SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, June 4, 2009

Kongsi2 cerita.. Dari Lt. M. Muss

Salam pertemuan semula buat seketika untuk ahli2 SAM juga pembaca2 SAM yang lain. Yen abar bi kemimon? Semoga alap-alap jo. Iyen serita? Di Tandek cerita pasal astaka runtuh. Astaga, kenapa kaitu terjadi? Siapa kontraktornya? Siapa pekerja-pekerja buat astaka itu? Atau peruntukan inda' sukup? Adedeh, bukan senang untuk senang, bukan susah untuk jadi susah. Lu pikir la sendiri.. City Bus? Kerajaan negeri @ Pihak berkuasa tempatan patut buat kajian semula. Bah, ini cerita bukan cerita dari KM, tapi dari urang KM. Buli juga bah kan. Atas permintaan Sanguru, saya terus kongsikanlah permasalahan yang dihadapi oleh penumpang-penumpang bas di area KK ni khususnya. patut saya kasi post kemarin lagi bah, tapi atas kesulitan yang tidak dapat dielakkan terpaksa tangguh petang baru dapat post. Itu pun di CC. Hari rabu lalu bersamaan tarikh 3Jun, peraturan pengangkutan bas di KK bagi bas-bas yang ada permit KK wajib ambil dan turunkanpenumpang di Terminal Wawasan dekat Wawasan Plaza. Ceritanya, pada pagi rabu tersebut saya naik bas dari Hospital QEH naik bas Pinampang No. 13. Bah apa lagi, bukan main rancak penumpang-penumpang dalam bas itu merungut. Masing-masing ada komen tersendiri. Antara rungutan-rungutan @ kmen yang sempat saya memorizekan dalam ingatan saya sepanjang hari kemarin dan hari ini adalah seperti berikut: Komen negatif keatas sistem pengangkutan di KK:
  • "Hayaa, apa macam ini kerajaan baru ah, bukan bikin senang sama rakyat, malah bikin susah lagi"
  • "Buduh betul, ini city Bus, sengaja mau monopoly pengangkutan bas di KK ni"
  • "Adeh, inda' cukup budget la ini hari-hari tambang 6 ringgit pulang balik dari kinarut, naik lagi city bus tambah lagi bajet."
  • "Adui, susah sudah kalau macam ni, terpaksa la ini jalan kaki dari terminal wawasan pigi wisma merdeka. Panat lagi. Inda apa la bah, save juga bajet bah"
  • "Ini barang ah, kerja DBKK bah ni. Sengaja diorang buat begitu, inda' cukup lagikah cukai yang diorang pungut itu? Saya rasa diorang ni ada komplot baini sama City Bus."
  • "Hemm, mengkali inilaini 1Malaysia mengkali."
  • "Najib... Najib... kenapalah ditukar lagi Pak Lah itu dulu. Bagus lagi itu Pak Lah oo. Selalu bagi bantuan sama rakyat."
  • "Kalau inda tekira-kira sudah ini, bagus lagi buat demonstrasi ni semua penumpang-penumpang bas sama pemandu-pemandu bas. Ramai bah itu inda setuju time masyuarat LPKP itu hari, tapi dikasi lulus juga ini projek."
Komen positif:
  • "Bagus juga kerajaan buat macam ini oo, lengang sudah jalan di pasar pelipin ni. Kalau dulu naa, hari-hari traffic jam."
  • "Apa pun tindakan kerajaan sebenarnya untuk kebaikan rakyat ba itu. Besyukur la bah jadi rakyat Malaysia, aman makmur. Cuba kamurang tingu Pakistan, Palestine, timbak sana timbak sini. Kalau bulih ikut saja bah ketetapan kerajaan."
  • "Ngam betul ini cara tau. Barulah sistematik. Tidaklah macam dulu berselerak macam dulu."
  • "Padan muka itu bas-bas yang tiada permit."
{Ada vanyak lagi rungutan. Tapi inda dapat dimemorizekan semua. Semua dialog positif dan negatif itu saya dengar sendiri dengan telinga saya sendiri. Bukan fitnah apatah lagi mau cari masalah. Tujuan utama saya yang sebenar ialah mendedahkan permasalahan rakyat. Siapa yang kasi selesai ini masalah? Lu pikir la sendiri} Walaupun cerita ni bukan cerita dari KM tapi masih dari urang KM, atas semangat keperihatinan warga SAM di atas permasalahan penduduk 1 Malaysia, sebab itulah saya kasi post ini permasalahan. Tapi bukan mau cari masalah ah. Sekadar berkongsi. Maaf, sengaja guna bahasa rojak. Cepat-cepat mau pulang bilik ni dari kerja. lepas ni terpaksa jalan dari Segama ni pigi Terminal Wawasan. Adedeh...

5 comments:

SANGURU said...

SAM ke arah 1sabah. Maksud: masalah sabah SAM turut ambil kira. alap banar seritamu ni mus. Alapppppp.....

ILLIE said...

Selamat kembali Muss..
saya berharap pihak pengurusan DBKK lebih bersikap PRO menyelesaikan masalah pengangkutan di KK.Selain itu pihak pemerintah juga perlu campurtangan dalam menangani masalah ini.

Srixon said...

sanguru, ada kwn2 ko kah nie yang members 4x4 di KM, minta tolong konvoi hantar beras sana kampong gana minggu depan pa mcm, kalau ada sms me k 0195339669 - Jack

SANGURU said...

srixon, siou lambat respon. sy bru buka sam, bru blik dari keningau-tambunan-ranau. Akan sy cuba atur. Ada kwn bah...

SANGURU said...

srixon, siou lambat respon. sy bru buka sam, bru blik dari keningau-tambunan-ranau. Akan sy cuba atur. Ada kwn bah...