SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, June 15, 2009

KOTA MARUDU???

Bung Moktar: Konsep ‘Satu Rumah Satu Keluarga’ bantu penduduk miskin

15th June, 2009( newsabah times)

KINABATANGAN: Konsep ‘Satu Rumah Satu Keluarga’ akan dilaksa-nakan di kawasan Parlimen Kinaba-tangan bagi membantu penduduk miskin luar bandar memiliki rumah sendiri tanpa berkongsi dengan anggota keluarga lain.

Ahli Parlimennya Datuk Bung Moktar Radin berkata pemberian 100 buah rumah oleh kerajaan untuk setiap kawasan Parlimen di bawah konsep itu perlu ditambah memandangkan bilangan itu tidak mencukupi.

“Usaha melaksanakan konsep ini mengambil masa yang lama tetapi ia perlu dimulakan secara berperingkat,” katanya di sini kelmarin.

Bung Moktar berkata beliau bersama Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Khalid Ramli telah meninjau masalah perumahan di beberapa buah kampung di daerah Kinabatan-gan dan daerah kecil Tongod pada Sabtu.

Hasil lawatan itu, katanya, Khalid telah meluluskan pembinaan 50 hingga 60 buah rumah di daerah ini dan Tongod setelah melihat sendiri kesesakan yang dialami dalam sesebuah rumah yang dihuni lebih dari satu keluarga.

Katanya daripada 165 kampung di kawasan Parlimen Kinabatangan, terdapat sebanyak 2,368 Ketua Isi Rumah Termis-kin (KIRT) manakala hanya 210 unit ru-mah telah siap dibina melalui program pe-rumahan rakyat sejak empat tahun lepas.

NOTA: Satu usaha murni yang cuba diusahakan oleh seorang pemimpin. Kita mengharapkan agar pemimpin kawasan kita juga dapat mencontohi dan seterusnya mencuba. Tompinai percaya masih ramai penduduk di Daerah ini yang mempunyai keadaan seperti di kawasan parlimen kinabatangan. SAM

8 comments:

SANGURU said...

Terus terang, saya selalu memuji Bung Mokhtar. Bah! Alang2 pakai "YB/MP" import, bagus import Bung Mokhtar memimpin orang KM/P168 KM. Dia dari dulu sampai sekarang BERANI, TIDAK TINGGI SEKOLAH TAPI DENGAR PANDANGAN ORANG TINGGI SEKOLAH dan BERSUNGGUH-SUNGGUH....idea dia simple tapi ada makna. Ada jiwa rakyat. Saya selalu cakap dengan "rakan2 saya di seberang"...INI ORANG (B.M) , JADI CALON "BEBAS" PUN, PELUANG MENANG AMAT BESAR...klu "si anu",jadi calon bebas? - PELUANG HILANG WANG PERTARUHAN SANGAT BESARRR...

Mr. Aki Abad 21 said...

Mr.aki nampak ini bung ..main langar saja, inda paduli siapa d dapan..walaupun tungang langang malayu dia tapi dia barani..

urang macam bunglah kita cariii d km kalau ayam mati apa guna...anita dan max aduhaiiiiiiii alamas oku

TOMPINAI said...

Tabik dengan Yb. Datuk Bung Moktar.
Saya berdoa agar ramai lagi yang spertinya dikalangan pemimpin kita...

Little Mike (LM) said...

kenapa pemimpin tempat kita tidak mengambil teladan daripada ahli politik macam bung moktar? atau sekurang-kurangnya berkerja kuat mcm dia?

Aldusuni said...

mau kaya sendiri bah i2 LM

Tompinai said...

Kalau ya pun, jgnlah abaikan kawasan sendiri. Bukan jga bole bawa mati itu kekayaan..betulkan..kan

DINAKAN said...

agak2nya, kalau satu keluarga satu rumah... macamana pula org yang tinggal d rumah panjang, bole kah satu keluarga satu rumah panjang...?

NONG said...

Dinakan,
bisa saja boleh. guna saja sifir 1MALAYSIA..hehehe