SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, June 19, 2009

LAGI PROJEK BERMASALAH!!!..

Dari kiri; Nong, Pengerusi JKKK Kg.Gorontung, Tekong SAM (Sanguru) & Ming.
sementara Tompinai dan Mrs.Elly Ming mengambil gambar.
Mungkin ramai yang masih belum mengetahui akan cerita tentang keruntuhan jambatan gantung Kg.Gorontung Kota Marudu yang sedang dalam pembinaan.
Apabila mengetahui cerita ini dari SMS seorang pembaca setia SAM, saya telah menghubungi Tekong SAM iaitu Sanguru akan berita ini untuk diteliti lebih lanjut bagi mengelakkan salah faham/salah maklumat.
Mulanya cerita mengatakan jambatan gantung yang runtuh itu bertempat di Kg.Timbang Batu. Namun bila menjejaki tempat itu, jambatan gantung tidak pula runtuh.Rupa-rupanya jambatan gantung yang runtuh itu tidak jauh dari Kg.Timbang Batu, iaitu di Kg.Gorontung.
Ahli SAM yang disertai oleh Sanguru, Tompinai, Ming & Nong bertekad untuk mencari tempat tersebut dalam gelap untuk mengelakkan nama baik SAM tercemar.Walaupun beberapa kali sesat dalam operasi mencari tapak tersebut, akhirnya kami berjaya juga.Yang begitu indah untuk diingat, ketika Sanguru turun dari kereta untuk tumpang tanya dari penduduk kampung, ngam-ngam pula yang kami terjumpa itu adalah Pengerusi JKKK Kg.Gorontung En.Majinau Mijin yang kemudiannya mengiringi kami ke tapak tersebut.
Yang pasti menurut Pengerusi JKKK, pihak kontraktor iaitu Pn.Julitah Dalinsi tidak akan melanjutkan pembinaan jambatan gantung tersebut atas pelbagai alasan...lalu wajarkah demikian????...
Ikuti sambungan artikel ini esok...
NOTA: Pihak SAM memohon maaf kerana paparan gambar tidak memuaskan. Gambar itu hanya untuk tatapan permulaan.Gambar yang lebih jelas akan diambil esok ketika siang dan akan dipaparkan di sini.

10 comments:

ee'minan said...

o...om amu no po kopio milo wonsoyon om memakai nopo tamalang nga kada kotogod dahai tulun kampung, milo2 no di yahai memegarit X, Ingtangai no masalah dahai. Nunu guna di dia tirad no, amu ko koilo do mengatur tulun nu, mintombirang nogi dahai, moi yahai hilo upis nu nga, ilo it suai o korubaan dahai, "Hilo ee yb do kl kah". " Nunu no tiruba dokoyu, aso no peruntukan ka". Ogugumu no boros dilo tongondu dilo. Ba..balo dia bainokah...

ILLIE said...

cuba kamurang tanya..barapa jumlah peruntukan untuk pembiyaan projek ini.

Little Mike (LM) said...

ini lagi satu sikap kerja yang menyusahkan. Sudah-sudah la cari untung. Buat kerja betul-betul. Kenapa terlalu rakus dan jadi hamba WANG???

Mr. Aki Abad 21 said...

parkataan yg layak mr. aki kasi kaluar adalah ... KURANG AJAR, KURANG ASAM, BABAL, PENYAMUN, PEROMPAK dan sagala macam yg sama waktu dengannya...kajadian demi kajadian purrijik rakyat desa para kuntirik buat karaja...' malapas batuk d tanga saja' SIAL, BAHALUL, DAJJAL ...punya karaja... dulu bangunan astaka tandik tumbang, dewan kandawayon dan jambatan garantong pulak yg bermasalah.....apa punya cerita ini aaaaa ?

k ini taling permulaan mr. aki

ILLIE said...

DJ othoe suda kasi respon..dia akan telepon Datuk Max supaya menyiasat perkara ini.. antara komen DJ Othoe di FB sia...>


Othoe Suriafm at 08:44 on 19 June
Uii..atukoi!! Lissa bagi mikap 1 set..sia mau bah..ahahaha,...lugu atukoi!! Sampai buli rubuh tu jambatan kah? barat ba kali yg limpas..pastu tiang pakai bruti 2x2 saja kali..hehe..apapun bagus sia cari datuk max punya no tel dulu..nati sia kol dia..hehe..kasitau..

ming2elly said...

illie, ko kasi up lagi tu dewan kandawayon tu...

adventure juga bah semalam tu, siap pasang 4 wheel lagi jalan...

ILLIE said...

ok ming...jgn susah..akan di kasi tau pasal dewan kg.kandawayon

Anonymous said...

tahniah SAM atas usaha murni. perlu ajar juga ba orang2 yang tidak ketantuan.Ingat durang sija ada haraga diri ka.

SANGURU said...

SAM BERTEKAD AKAN MENGIKHLASKAN DIRI DEMI KEBENARAN, KEBAIKAN DAN KEMAJUAN. KEPADA PIHAK KERAJAAN/PEMIMPIN, BERSANGKA BAIKLAH TERHADAP SAM. SAM LAIN DARIPADA YANG LAIN. INSYAALLAH...

Aldusuni said...

Teruskan perjuangan !!!