SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, June 8, 2009

NAIK TARAF ? ............................ ???

surat yang telah dihantarkan kepada Tuan D.O Kota Marudu. sehingga kini masih belum ada perkembangan...
papan tanda projek ini yang telah dilaksanakan pada tahun ini...
overview... dewan atau balairaya ini?
tandas yang telah di naik taraf? dimana lantai jubin ?
keadaan tandas dewan ini hampir sama seperti sebelumnya...
pengadu juga memaklumkan bahawa, sepatutnya bumbung tandas ini juga harus ditukar kepada bumbung jenis "SPANDEX"
antara tiang penyokong bumbung yang telah ada rekahan pada struktur kayu tersebut...
tiang penyokong ini nampak kukuh, tetapi sebenarnya telah ada rekahan yang amat ketara, di gambar mungkin tidak nampak rekahan ini...
salah satu pintu dewan yang ada...
kunci pada pintu ini juga telah rosak... masih dalam keadaan sebegini selepas naik taraf...
naik taraf atau turun taraf ?
keadaan lantai yang telah di naik taraf?
kotak fius... tidak ada sambungan dari kabel elektrik yang sah. hanya seperti satu pameran sahaja kotak fius ini... penduduk kampung yang menggunakan dewan ini pada waktu malam terpaksa menyambung bekalan elektrik dari rumah yang terdekat, tidak kah ini membahayakan?
kipas angin elektrik ada.. tapi kalau sambungan kuasa elektrik tidak ada, apa lah gunanya kipas angin ini ?
overview saluran paip ke tandas, kalau tidak ada air, apalah guna tandas ini?
keadaan paip salur ke tandas ini telah bocor dan patah...
Ini adalah keadaan dewan Kg Kandawayon yang telah dinaik taraf baru- baru ini, dan penduduk kampung amat berterima kasih kepada pihak kerajaan yang telah memberikan peruntukan untuk dewan ini. cuma yang penduduk kampung agak terkilan ialah, cara projek naik taraf ini dilaksanakan. seperti melepaskan batuk di tangga, projek ini dilaksanakan tidak 100 % menuruti arahan seperti dalam nama atau title projek naik taraf tersebut. Tandas - paip tidak disambung dengan betul dan tidak ditanam dengan sebaiknya, mengakibatkan bekalan air terputus ke tandas. malahan, lantai tands juga tidak dipasang dengan jubin. bumbung tandas juga hanya digantikan dengan zink biasa sahaja. Lantai Dewan - lantai dewan juga masih berlubang serta tidak rata. Kipas Angin & Elektrik - kipas angin yang dipasang tidak berfungsi, akibat tidak adanya penyambungan elektrik oleh kontraktor, jadi buat apalah kipas angin elektrik ini ??? bekalan elektrik terpaksa disambung dari rumah berdekatan untuk majlis perkahwinan di dewan ini minggu lepas. yang ada pada dewan ini, cuma kotak fius sahaja. Penyokong Bumbung - kayu penyokong bumbung juga telah wujud rekahan. dan rekahan tersebut berlaku pada beberapa tiang yang ada. penduduk kampung risau jika struktur penyokong bumbung ini tidak tahan dan runtuh ! Pihak pengadu, iaitu En. Jackson Modusik ( Ketua Pemuda PBS Kg. Kandawayon ) telah menghantar surat bertajuk " MEMOHON TINJAUN TUAN PEGAWAI SENDIRI PROJEK MENAIKTARAF DEWAN KG. KANDAWAYON DARAT, KOTA MARUDU OLEH PEMBORONG ST " dan lebih menyedihkan beliau ialah, ketika beliau menghantar surat ini kepada receptionist di Pejabat Daerah, receptionist tersebut telah menjawab " buat apa kamu komplen-komplen ini ? apa kamu dapat ? " dan En. Jackson telah menjawab dengan " kami bukannya mau komplen, tapi kami mahu projek ini dibuat dengan baik untuk kegunaan orang kampung juga, kami minta tolong tuan D.O sendiri datang tengok, sama ada betul atau tidak cara projek ini dilaksanakan... " " tidak tahu lah jika surat tersebut sampai atau tidak kepada Tuan D.O ... " kata En. Jackson ketika berbual dengan saya... dan dari pertanyaan saya kepada orang - orang kampung, mereka juga terkilan dengan cara dewan ini dibuat dan dinaik tarafkan. hanya setahun lebih saja usia dewan ini. Malah penduduk kampung juga tertanya - tanya... " kenapa dewan kampung yang lain cantik dan teguh binaannya... ??? " Sebelum ini, pernah sudah berlaku projek yang dilaksanakan tidak mengikut piawaian dari title projek tersebut, ketika itu naik taraf jalanraya kampung dari gravel ke aspalt... di bahagian hujung kampung yang menjadi jalan untuk orang - orang kampung ke kebun mereka dan jalan hubungan ke kampung berdekatan. Penduduk kampung cuma mahukan projek yang dilaksanakan mengikut title dan dibuat dengan baik untuk kegunaan orang - orang kampung. Mereka juga amat bersyukur & berterima kasih kerana adanya bantuan dari kerajaan untuk menaik tarafkan infrastruktur yang ada di kampung. Harapan penduduk kampung agar dewan ini mendapat perhatian dari pihak - pihak berkuasa / kerajaan agar ianya dapat dibaik pulih dengan baik.

22 comments:

Anonymous said...

syabass kpd ming2ellyat...
karana kasi papar ini barita atas sikap kuntirik dan sikap pihak pagawai..mari kita ramai2 warga km bungkar karaja2 busuk urang2 yg mau kaya atas jalan BUYUK..dan tali BARUTnya ... mari kta tuntut hak kita, mari kta hukum mereka...

OrangKampung said...

Salam,
posting yang bagus.
Kerja2 begini ni adalah hasil kerja yang JIMAT KOS & MAU UNTUG BANYAK baini.Bagus lagi dewan ini ada bekalan elekrtik.Kalau di kampung kami, otutuwong no. Bajet naik taraf RM60 ribu tapi itu orang yang dapat kontrak tidak tolong pun kami pasang karan d dewan.Apa lagi bagi sumbangan dalam tabung JKKK.Janji saja mau bagi konon,sampai sekarang 1 sen balah dua berkarat pun tiada.

Aduan2 seperti ini sebenarnya bukan bertujuan untuk menghentam pihak berwajib tetapi bila kita sudah puas berurusan dengan cara yang betul dan tidak juga ada respon, kita perlu juga gunakan alternatif sumber penyaluran maklumat yang lain seperti blog untuk tatapan mereka.

Syukur kerana blog SAM (Suara Anak Marudu) ini telah dilahirkan untuk kita menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berwajib.
Semoga Tuan DO akan terus mantap dalam pentadbirannya.

AreenaKM said...

ini bukan NAIK TARAF ni, ini taraf TURUN TIMADANG ni..
Mau kali ini kontraktor2 ni dijaga2 masa buat kerja.

Cadangan sayalah, kalau projek2 naik taraf setiap kampung lebih baik serahkna kepada Badan JKKK kampung berkenaan supaya kes2 begini tidak berulang.Sekurang-kurangnya JKKK setiap kampung ada juga sumber mendapatkan tabung ba.
Kalau dulu2,JKKK selalu dapat projek kampung masing2.Sekarang, semuanya diserahkan kepada kontraktor..Apa salahnya jika beri kepada JKKK!!!..

Tuan Pegawai Daerah,
tolong buat sesuatu berhubung perkara ini.Tolonglah dengar cadangan kami ini.TOLONG SERAHKAN KEPADA BADAN JKKK SETIAP KAMPUNG PROJEK MENAIK TARAF KAMPUNG.
Saya yakin dan percaya JKKK lebih telus menjalankan kerja untuk kampung mereka sendiri berbanding kontraktor2 yang hanya TAMAK DUIT!!!

Mr. Aki Abad 21 said...

Wahai warga manusia d km bangun dan tarus cakap atas HAK kita ..jangan kita manjadi karabau d tarik2 indung, jangan kita jadi sapi yg d ikat, jangan jadi manusia d kasi gam itu mulut ...ucapan banyak2 tarima kasi pada ini buluk SAM yg barjuang untuk rakyat...

pagawai yg barkaitan bagus ko... barantilah kalau ini macam ko bagi jawaban pada urang kampung....jangan makan gaji saja tau, kasi salasai aduan urang kampung pun inda ikhlas...

Tuan DO apa lagi kasi jawabanlah itu surat ko tarima ka inda..? atau pura2 inda tarima !!! jangan itu macam bah kalau ada ko tarimaa...

karajaan suda bagus...tapi d bawa2 dia panjahat, inilah kakalahan karajaan sabanarnya... d tangan kamu...

ming2elly said...

AreenaKM...

yang buat projek ini pun ialah JKKK kampung, macam mana? bila ditanya, dia mendiamkan diri saja... JKKK kampung dia sub ini kerja dari kontraktor yang dapat tu 1st hand...

harapan penduduk agar dewan ini dapat dibaik pulih dengan sebaiknya untuk kegunaan penduduk setempat...

manakah dapat guna ni dewan kalau waktu malam, karan pun tiada, terpaksa lagi sambung sana rumah yang dekat sama dewan, TIDAK BAHAYA kah itu?

AreenaKM said...

BUDUH punya JKKK Kg.Kandawayon.
Membawa nama buruk pada JKKK kampung lain.

Anonymous said...

ba, minta bantuan YB KM, kasi sound sikit tu D.O.. skg mana2 D.O di sabah ni mmg sains projek nda siasat tu syarikat yg mau tender tu.. apa lagi kalau D.O yg suka ambil rasuah.. jadi la mcm ni, projek gajah putih la, melepaskan batuk di tangga la.. tp urang sabah byk yg salah kan YB, coz anggap tu tugas mereka, padahal yg buat semua ni D.O ba.. jadi klu ada yg masih nda ckup di kg. tu salah kan D.O tu..

elly said...

sebagai seorang penduduk kampung saya memang sangat2 kecewa dengan cara projek ini dilaksanakan...itu JKKK memang sub itu projek cuma mnpower saja, yang silapnya dia tidak buka mulut memperbetulkan apa yang patut....saya bukan mau cari gaduh dengan tu JKKK, sya cuma mau kemajuan...time kawin minggu lalu saya tidak berani masuk dewan, sbb saya takut dewan runtuh hahahaha...melampau suda kali perasaan sya tu tapi takut bah....tapi buhung la klo sya ckp langsung tdk masuk...ada juga bah..tapi sikijap saja..balik2 sya tingu di atas, sbb sya dengar gosip org kampung yg kayu atap tu cuma dari batang kelapa....sama itu kipas, kalo tak silap tingu semua yg tidak tahan lama, JENAMA TUT BAH ORG KAMPUNG CKP....diorg tu ah "MAU KAYA JA LEBIH TAPI MUTU KERJA TAK ADA"

kandawayon mari said...

Ini semua salah pengurus baini. Kalau dia urus bagus2 tu projek, tidaklah jadi macam ni. Tapi mimang ada sangkut paut rasuahlah ini. Tarang lagi bersuluh tu kecacatan pun dia kasi ok saja terus. Bikin malu orang kampung, keluarga dan diri sendiri saja.

Bah DO, inda payahlah kau pigi sana kg. Kandawayon kalu teda masa. Kau nampak sudah kana post di sini gambar2 yang cukup jalas ni. Cubalah kau pakai sikit kau punya power tu kasi katuk kepala ni orang2 yang bertanggungjawab. Kesian bah orang2 kampung...

Kalau tingu tu kepala surat, ketua pemuda PBS kg. kandawayon tu. itu pun kena cakap juga oleh orang2 sana pejabat daerah, "buat apa kamu komplen2 ni..." dia bilang ah.

Ai, kanapa tidak dikasi sk sama YB ni surat ni. Kalau YB yang mengadu di pejabat daerah pun inda kan kena cakap oleh pegawai2 di sana "buat apa kamu komplen2 ni...?"

Apa jawapan kamu ni YB? macam kana kasi tembirang2 saja kamu ni. atau ini sebahagian daripada permainan kamu saja ni.

ison said...

Kalau ikut peraturan, ni kontraktor perlu buat balik ni projek ni. Kenapalah dia rugi. Siapa suruh buat kerja cincai.

Cuma yang bikin susah mau urus ni kalau macam yang si kandawayon cakap tu, pengurus2 pun terlibat rasuah.

Pandai2lah kau urus DO. Bukan kau tidak mahir ni barang ni.

PJKKK said...

Susah kalau begini.
Ini JKKK Kg.Kandawayon ni pun wajar di ajar juga ba!!.. Bagus kamu tukar ini Pengerusi JKKK kamu ni kg.Kandawayon.Bikin rusak nama JKKK ja.Inda layakKitu dia jadi PJKK

Mr Apek Km said...

haiya..ini mcm punya kalajaa tala guna o, apa pasat bikin kalaja tara ikut law..lu ingat ah olang kampung tilak pandai baca plan kah..olang kampung skalang ah tilak buli buyuk..ini mcm kasi plojek sama mr apek. biar sama2 untung. Apek tala ambik bnyak punya, gelenti apek siap punya...

ming2elly said...

UNTUK PERHATIAN SEMUA...

SURAT YANG DIKEMUKAKAN OLEH KETUA PEMUDA ITU MEMANG ADA SK :-

- YB
- PENGARAH / PEJABAT PEMBANGUNAN NEGERI SABAH.

- PENGERUSI JKKK / KG KANDAWAYON DARAT

HARAP MAKLUM...

ming2elly said...

BERITA YANG BARU DITERIMA...

KEMUNGKINAN Y.B ATAU D.O AKAN DATANG KE KAAMATAN KG KANDAWAYON, PADA JUMAAT INI, 12-06-2009 JUMAAT. dan kalau D.O yang datang, kita akan tahu lah sama beliau dapat atau tidak tu surat...

dan ini juga kesempatan untuk Y.B atau D.O untuk melihat sendiri keadaan dewan tersebut...

elly said...

BERITA TERBARU!!!

Suda di sahkan YB MAX yang akan hadir pada Jumaat ini..

Kami mengalu-alukan Kehadiran Datuk dan ingin mendengar sendiri apa komen Datuk!!

TULUN SOKID said...

Baguslah kalau Datuk Max dapat pigi sana Elly..
Payah sangat Datuk ni dapat beri masa bila dijemput oleh setiap kampung untuk merasmikan apa2 program. Bukan senang mau bagi masa tu.
Ba,orang2 kampung Kandawayon..jangan tunggu lama2. pigi saja dekat sama Datuk Max dan ceritakan kisah sebenar.Jangan kamu takut dekat sama Datuk.Inda juga dia makan urang itu.Sama juga kita ini.

ming2elly said...

surat yang dikemukakan kepada D.O juga akan diberikan lagi sekali kepada YB untuk tindakan lanjut...

harap YB dapat membantu masalah dewan tersebut...

Mr. Aki Abad 21 said...

banyak TOYOL bah d km ....

PURIN said...

tuyol yang ada rambut di kapala baitu mr.aki...yang ada poket

Mr mark.. said...

Di sebut pasal Kg.kandawaion memang nda hairan la coz ada juga buaya besar di sana. Ketua Pemuda PBS Matunggong N Ketua wanita PBS Tandek punya ajaran ba kali tu. Diorang ni gam seperti batang pinang dibelah sinso. Diorang ni gam juga kena siasat oleh SPRM. Kali-kali dapat projek tapi nda hairan ba diorg in orang kuat datuk max ba orang bilang.Nda tau betul ka enda lah tapi bunyinya macam tu lah...

yobukyajor said...

Memang butul ko cakap tu mr.mark,
funny pula bagai batang pinang dibelah sinso itu.Ngam juga ba durang ni bekawin.Indalah panas butul ini dunia.;( yang satu macam badut suntik sana sini, yang satu tombirang macam ini km dia punya..tapi dua2 inda pandai buat karaja..
o ya..itu ketua wanita PBS tandek ba tu Puan Julitah tu, kenapa dia punya lesen yidak beku sedangkan dia kerja di parlimen? bukankah inda bule begitu..

Anonymous said...

suru JKKK buat balik saja ba itu dewan. Jangan tulung di kasi biar di buat sendiri sampai kurus. Jamgan kasi berhenti kalau inda nampak cantik itu dewan...