SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, June 19, 2009

Apabila Pemimpin Mabuk Di Lautan Trilogi Cinta.

1. Adakah ini satu anjakan atau lonjakan semangat juang anak Marudu yang berkobar-kobar? Semenjak duamenjak ini, saya percaya kebanyakan kita sedar akan kewujudan gelombang perubahan di bumi Marudu. Artikel demi artikel dipaparkan saban hari. Komen demi komen dihulurkan. Yang mengajak rakyat berfikir dan menuntut perubahan. Meminta agar pemimpin lebih beramanah, cakna dan tidak memandang rakyat Marudu seperti cara rakyat dipandang 20 tahun lalu. 2. Sekali lagi, adakah ini satu anjakan atau lonjakan semangat juang yang berkobar-kobar? Adakah ini menunjukkan si `A` (dalam Teori MAXIMUS) sedang berada di tengah-tengah arus perubahan ini? Dan, adakah ini merupakan satu signal bahawa `Sukarno` Marudu akan muncul tidak lama lagi? Jawabannya ada di dalam diri saudara-saudari sekalian. Tahniah kepada ahli SAM yang telah turun ke lapangan. Syabas juga kepada pembaca SAM sekalian. 3. Ya... macam begitulah fitrah dalam dunia perjuangan. Tidak semua akan berpuas hati dengan pengorbanan kita. Pasti akan ada seekor dua yang akan merancang untuk menjatuhkan hatta memalukan kita. Sehingga ke tahap serangan peribadi! Saya pun pernah kena dulu, ha ha ha! Sahabat sekalian, walaupun ianya pahit... anggaplah itu sebagai minyak `benjin` yang akan memarakkan lagi api perjuangan kita membela nasib rakyat! 4. Bagi saya SAM adalah milik rakyat. Bukan hak Kerajaan, Pembangkang atau Bebas. Berjuang sekuat yang boleh berdasarkan kapasati yang ada. Yang mampu turun ke lapangan, akan turun. Yang berpeluang berjumpa dengan DO atau YB, akan berjumpa. Yang berkelapangan untuk mengambil gambar, akan mengambil gambar. Dan yang hanya mempunyai ruang untuk menulis, akan memerah otak untuk berbuat demikian. 5. Faktanya, SAM tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi yang bersifat peribadi. Dan, Ketua Pengarang SAM pun tidak pernah meminta kami menyokong idealisma perjuangannya atas dasar peribadi. Tapi, biar sama-sama berjuang seikhlas yang boleh untuk mengangkat martabat khasnya rakyat Marudu kerana Tuhan untuk manusia! 6. Saya akur, SAM adalah salah satu wadah perjuangan yang amat terhad dan tidak seorang pun yang berani menjamin bahawa setiap suara SAM akan didengari oleh orang-orang miskin, para petani, nelayan, surirumah, pemandu-pemandu teksi/bas dan seumpama dengannya. Tapi, kita ada satu kekuatan. Iaitu, kebanyakan pembaca SAM adalah golongan cendikiawan. 7. Justeru, kita berharap golongan-golongan ini akan menggunakan segala kudrat yang ada untuk menyebarkan maklumat-maklumat di dalam SAM kepada rakyat dan pemimpin. Inilah kekuatan kita! Kita harus bangkitkan pemimpin-pemimpin yang sedang mabuk di lautan Trilogi Cinta. Pemimpin-Harta-Rakyat. Janganlah disebabkan terlalu cinta kepada harta, rakyat yang mengangkat dan memuja kamu siang dan malam terus menerus dikecewakan!!! Salam hormat. Nota: 1. Semasa saya menulis artikel ini, saya sedang mendengar Lagu Dari Penjara (siapa yang belum pernah mendengarnya, bolehlah berkunjung ke blog saya). 2. YouTube di atas adalah sekadar penguat artikel ini. Warga Indonesia itu, kalian boleh tukarkan kepada Warga Marudu. Anggaplah W.S Rendra mewakili SAM di dalam menyemarakkan arus Revolusi Marudu.

11 comments:

Anonymous said...

Mohon mAaf kaLau kelanCangan saYa mengkRitik sAm manyaBabkan keCil haTi.SemAkin faHam sAm.Okei 0-0.Torima kaseh.

Really Da`i said...

TUJUAN BERJUANG

Tujuan berjuang kerana hendak mengenalkan Tuhan Pencipta alam
Agar disanjung, dicintai, disembah dan dijadikan idola

Selepas itu hendak kenalkan syariat-Nya untuk keselamatan manusia

Agar manusia hidup bersatu, bekerjasama, harmoni dan bahagia

Berjuang bukan kerana ekonomi, membangun dan berkemajuan

Ia merupakan sampingan sahaja, kalau boleh dijadikan untuk Tuhan
Berjuang mengajak manusia membesarkan Akhirat

Mengingatkan manusia, Akhirat tempat akhir buat insan

Di sana tempat kekal abadi

Sama ada di Syurga mahupun di Neraka

ison said...

Pemimpin yang baik bukan tidak pernah berbuat kesilapan. pemimpin yang baik sentiasa memperbaiki diri dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Pemimpin yang baik bukan tidak mahu wang. pemimpin yang baik sentiasa mempergunakan wang yang ada untuk kebaikan bersama (bukan hanya untuk kebaikan diri sendiri dan kroni sahaja, manakala rakyat diabaikan).

Pemimpin yang baik bukan tidak boleh dikritik. pemimpin yang baik meneliti setiap kritikan sebagai 'key performance indicators' yang terbaik.

Jadilah pemimpin yang baik.

SANGURU said...

benar dai'...namun apalah daya, kami d SAM inilah kemampuan dan yg boleh kami pikul atau sesuai kami buat. Ingin rasanya bersuara seumpama ahli agama tapi biarlah yg arif melakukannya. Tiap manusia ada kebolehan dan atas kebolehan itulah ia akan dipertanggungjawabkan. Dunia titian ke akhirat bukan begitu syeikh? Dan rasanya...pintu syurga itu banyak, maka tentu ada banyak cara "mengetuk" pintu2. Tk dai'...

Umar al-Longobi said...

sdr/i anon,

SAM x mengenali anda. apapun, maaf kami telah lebih dulu kami berikan, sebelum sdr/i terfikir utk memohon maaf lagi. tapi, jgn diulang ya... marilah bersama SAM dlm perjuangan yg kecil ini.

RD,

trma kasih atas kunjungan & peringatan. amat baik utk difikirkan. teruskan bersama SAM.

Mr. Aki Abad 21 said...

butul juga kou cakap ini DA'i

( datang kou d km dan tandik nanti mr. aki atur ceramah AKHIRAT KOU ... jangan di tampatkou saja... d km dan tandik juga wajib d kasi tingkat ITU IMAN ...tapi kaou cakap saja indada bukti kamik lihat terutamanya d km dan tandik...minta maappp aaaa mr. aki bukan sanang d kasi tunduk hanya cakap2 saj...mr. aki mau buktiiii )

jangan lupa kalau butul2 kou ikhlas hubungai sya di emil ini dan mr. aki atur caramah kou d km dan tandik ini emil mr. aki bangkawotb@yahoo.com dengan segera !!!

cakap biar TUNAI indada main UTANG2 apa lagi masuk suruga...

salam perjuangan,
salam ukhwah

'' mr. aki BELA siapa saja yg banar..walaupun barlainan bangsa, barlainan agama, barlainan pahaman pulitik .... apa lagi sahabat2 dalam SAM yg mati2an berjuang guna macam2 cara dan sumbangan...

sumbangan pikiran, sumbangan wang ringgit ( kasi darama urang MATI ) kasi ajar murid2 , kasi balanja minum dan makan dan banyal lagi sumbangan mereka pada km dan tandik...sumbangan mereka inda mandapat liputan TV ...

YANG BANAR
MR. AKI
URANG BUKIT

Anonymous said...

Tak payahlah backup kawan-kawan kau tulun longob.Kau pun goverment servant juga! 5x2= 10 juga.

Umar al-Longobi said...

sdr/i anon,

tq atas komen dan kunjungan ke SAM. sy x pasti apa niat sdr/i memberikan komen spt itu. kalau sdr/i mengikuti perkembangan SAM dari awal hingga kini, sy pasti sdr/i x akan tanya soalan2 picisan spt ini.

sy jwb mcmnilah. bolehkah sdr/i anon bezakan di antara KERAJAAN dan PARTI PEMERINTAH. jwbnya memang berbeza. sy x akan ulas di sini kenapa. anggaplah ini homework utk sdr/i. huraiannya ada dlm SAM. atau kalau malas buka, boleh cari di Google Search.

so, memang SAM adl milik rakyat. tapi, kami berkawan baik dgn Kerjaaan (bukan parti pemerintah), kerana kerajaan adl payung rakyat. siapapun kerajaan kami akan tetap berkerjasama di dlm melaksanakan dasar2/gagasan2nya yg baik utk rakyat.

dan, apa yg SAM buat ini adl utk menyahut seruan PM (bukan presiden UMNO) bhw "RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN". kami bersuara krn kami mahu rakyat betul2 rasa bhw rakyat telah didahulukan. kami kritik projek itu dan ini krn kami mahu rakyat nampak bhw memang pencapaian telah diutamakan. ertinya, pada dasar yg baik, kami telah membantu kerajaan.

jadi, sepatutnya kktgn/pgwai kerjaan dlm SAM diberikan anugerah prkhidmatan cemerlang (kami x minta pun). kerana kami bukan saja terperap di dlm pejabat. tapi, kami buat kerja tambahan utk memperkasa dasar2 kerajaan yg baik utk rakyat.

janganlah `demand` sgt minta SAM buat itu dan ini. kami bergerak atas dana sendiri. yg berkenaanlah yg lebih tau n sptutnya btgjwb. apa yg kami buat ini pun sudah dikira berhemah. kami x terlalu mengutuk. kami x pun buat police report. kami x pun panggil SPRM. kami cuma dedahkan sedikit shj kepincangan.

itupun bukan tujuan utk mengaibkan/menghukum sesiapa. kami cuma minta ambil tindakan segera demi kebaikan rakyat. sdr/i anon, KM masih antara daerah termiskin di M`sia. maknanya, tlalu byk kekurangan berbanding kebaikan. bukan kita x mahu menmaparkan kebaikan. tapi, tunggulah kita terkeluar dulu dari senarai termiskin di M`sia itu. berpuluh tahun kita di bwh kerajaan. knpa kita masih mundur? kita harus kerja kuat! tq

nota: mana2 ahli SAM yg ingin menambah/membetulkan konsep ini dialu-alukan.

NONG said...

cukup jelas, mantap dan manis sudah gaya bahasa ko ni Umar.Kalau ini pun itu anon yang berkenaan tidak faham, tidak tahulah bahasa apa lagi mau pakai...hehehe.
momogunan moloyuan no nga iri-iri babal..haha,Posimoyoon nono i anon yang berkenaan dino,karaag tiwou.

Little Mike (LM) said...

Setuju dengan Umar..
KAsi lari dulu label daerah termiskin di Malaysia. Selagi tidak, selagi itu kami berusaha membantu melalui pendedahan kepincangan dan juga kritikan melalui penulisan. Anon menganggap seolah-olah SAM berpolitik. SAM bukan WADAH POLITIK. SAM ADALAH WADAH MINDA RAKYAT yang tidak mahu kekal di bawah tempurung kemiskinan.

SANGURU said...

SAM BUAT KERJA BETUL. SAMA AKAN TERUS BUAT KERJA INI, SELAGI B..E..T..U..L.

apapun kritikan, kami terima. Kami anggap sebagai "peluru" untuk kami berlatih "mengelak", "bergerak"...dan sesekali..."menembak" hehehe....

Ok bah anon. SAM ok aja!
TAHAN TUKUL
TAHAN LASAK
BOLEH TAHANNN???...