SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, June 6, 2009

Perginya Seorang Pendidik

Gambar terakhir Allahyarham Ustaz Hj. Baharuddin Bin Mardiah dalam program bersama Profesor Dr. Abdul Rahim Salam di Masjid Kampung Salimandut, Tandek, Kota Marudu.
Al-Fatihah Allahyarham cukup dikenali di kalangan masyarakat Dusun Kota Marudu
Allahyarham seorang pendakwah dan pendidik yang tabah serta bijak menyelami jiwa masyarakat khususnya para Dusun mualaf. Beliau seorang yang ikhlas dan tawadhuk dalam melaksanakan tanggungjawab. Allahyarham cukup rapat dengan masyarakat Dusun kerana isteri beliau sendiri merupakan anak jati Dusun Kimaragang iaitu anak perempuan Hj. Jamal@Jamari. Hari-hari terakhir beliau masih memikirkan hal-hal pendidikan dan akhlak anak bangsa Kota Marudu khasnya di Tandek.Warga SAM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

5 comments:

musli oli said...

Alfatihah, semuga rohnya bersama roh-roh yang dikasihi Allah

Umar al-Longobi said...

sy sebagai bekas muridnya mendoakan dari kejauhan semoga allahyarham diletakkan di dlm golongan kekasih Allah di alam sana.

apb sy membaca surah al-waqi`ah, sy selalu teringatkan allahyarham. kerana allahyarham pernah membetulkan tajwid sy yg salah pada 1 ayat dlm surah ini. kpd keluarganya, bykkan bersabar dan redhalah dgn pemergiannya.

semoga Allah memberkati semuanya!

NONG said...

Salam,
TAKZIAH buat Makcik Saya Puan Hajah Rosmih Hj.Jamal atas pemergian suami tercintanya Ustaz.Baharuddin.
Semoga terus tabah & kuat menghadapi ujian Tuhan ini.

Keluarga di Kg.Salimandut sangat terkejut dengan khabar berita ini.

Semoga arwah dicucuri rahmat.

ison said...

Salam Takziah buat keluarga arwah..

Puteri Hamidah said...

Salam Takziah buat makcik saya, Pn.Hjh. Rosmih Hj. Jamal & Keluarga atas kembalinya Allahyarham suami tersayang, Ustdz.Baharuddin ke rahmatullah. Semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.