SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, June 6, 2009

PERUNTUKAN TAMBAHAN PPRT DI SABAH

KOTA KINABALU 5 Jun – Sabah bakal mendapat peruntukan tambahan berjumlah RM30 juta daripada Kerajaan Pusat bagi melaksanakan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin berkata, peruntukan terbabit akan disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) pada tahun ini.

Katanya, sebelum ini kerajaan telah menyediakan peruntukan RM400 juta yang disalurkan menerusi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah bagi membina sebanyak 17,000 unit rumah PPRT di negeri ini.

‘‘Projek perumahan ini sedang dan akan dijalankan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Semporna, Kudat dan Kunak,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan dialog dengan pegawai-pegawai kerajaan tempatan di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Noor dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Iliyas Ibrahim.

Lajim berkata, pembinaan lebih banyak rumah PPRT di Sabah perlu bagi menampung keperluan penduduk berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan setinggan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, kelewatan pembinaan perumahan PPRT di sesetengah daerah di negeri ini berpunca daripada masalah tanah.

‘‘Sehubungan kita meminta pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri mengenal pasti tanah-tanah yang masih kosong bagi membina rumah PPRT.

Dalam pada itu, Lajim berkata, kementeriannya juga sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan (MOF) untuk mendapatkan geran kewangan sebelum disalurkan kepada PBT di seluruh negara.

‘‘Kita belum dapat menyatakan nilainya sekarang ini kerana ia masih dalam proses kelulusan. Kita jangka keputusan itu dapat dicapai pada tahun ini.

‘‘Apabila diluluskan nanti, kita sendiri akan turun padang dan menyerahkan cek kepada PBT seluruh negeri,” katanya.

(sumber: utusan melayu )

nota: banyak peruntukan atau dana dari kerajaan pusat tapi kenapa masih ada yang terpinggir. Dimanakah silapnya?

7 comments:

Anonymous said...

Ungka pod di moti oi aman Tompinai....Yati hiti ti nga sumorou-sorou i' tu', mandad-andad dot sabsidi do porinta dot pitalang-talangaon kasari hirid tibih om..aaik nogi haro...mamain-mamain kaa tuh ilo porinta daton ilo'?..Oopu noti tutok om nipon ku damot dot mandad ilo purujik daalo' korikot hitii nuluw....

ison said...

nokorikot nodi anon mantad nuluw do baino. osonong kopisolowot ambaya. ;)

om, otopot tomod no boros nu kawan. ogumu-gumu nogi daa peruntukan pinatahak kumaa sabah pisiar-siar diolo lo nga migagal di au mibagal dilo nowonsoi-wonsoi.

kologos tomod limbatah do hilo bawang baino kawan. wokon nopo nga mongogompi i kadau. monosop bo ngawi raha lo. miagal di napaasaan tokow no da mandad-adad ti nga kuroyon pod di. harap po da haro popotindal dati ti somoonu.

mr apek km said...

haiya...ini luit banyak o....itu kelajaan pushat bagik tapi ahh..apa pasal ini kuta maludu taada senarai..haiya..tala buli..o..ini mcm, wa punya lumah buluk, wa mau minta sikit,bikin lumah..haiya...itu yb mana o...lulu bnyak sakap mau tulung...skalang apa macam...

TULUN SOKID said...

Kalau pihak berwajib betul2 telus dalam menyenaraikan mereka2 yang layak mendapatkan bantuan rumah PPRT, saya percaya kadar kemiskinan tegar yang melanda mana2 tempat khususnya Kota Marudu ini akan berkurangan. Tapi apa yang mengecewakan, itu orang pilih keluarga dia saja supaya dapat PPRT..BUDUH + PENTINGKAN DIRI.

Anonymous said...

Ohowww....ungka poddi boh ti dukutur...Osoong-osonong koh po iya tu alawoi-lawoi ot sinikulan...yati nopo di ti nga' kologoss..mogindoyo owupu ngawi ti nipon ku ko' kotudu' po lot kasanangan...Em..umbal-umbalai da mongoi ponorupung hilod Luang Mondou Kuta Marudu ondum haro amas minaan lisoko dit jin MP Dokoyu...Nung haro, pibohogian tokou ka...Hehehe....
Yoku tii..i LINTAGU

tulunpitas said...

DIMANAKAH SILAPNYA?
silapnya ialah diPOKET!!!!

Anonymous said...

SEBENARNYA KESEDARAN PENDUDUK DALAM MEMILIH PEMIMPIN YG BTL2 MGUTAMAKAN RAKYAT ADALAH PTG. KITA HARUS BIJAK DLM MEMILIH PEMIMPIN. JNG KRNA WANG, MATA KITA KABUR. CUBA KITA BYG KN, ORG BRPENDAPATAN DPT PRUNTUKAN PPRT, KNP PLA MASIH ADA ORG YG BTL2 TIDAK BRKEMAMPUAN XDPT? INI ADALAH DISEBABKN OLEH PEMIMPIN YG KITA SENDIRI TELAH PILIH, SMADA PERINGKAT KG,DAERAH,DUN MAHUPN PARLIMEN. JD INGTLA, ANDA JADILA PEMILIH YG BIJAK.