SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, June 27, 2009

Rawatan Gangguan Makhluk Halus ...

Gambar: Sesi ceramah dan rawatan dalam siri pertama lawatan di Masjid Kg. Salimandut & Surau SMK. Mat Salleh Ranau
SIRI LAWATAN, CERAMAH & RAWATAN
PROF. DR. ABDUL RAHIM SALAM
Ke-Sabah, Anjuran Bersama Yayasan Ithmam Malaysia dengan Suara Mualaf Sabah ( SMS ) & Suara Anak Marudu ( SAM ) DAERAH KOTA MARUDU & RANAU
DR. ABDUL RAHIM SALAM
Mendapat pendidikan ijazah pertama dalam pengkhususan Fizik (BSc) dari Universiti Malaya dan ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Fizik Gunaan dari University of Ducham, England. Bermula kerjaya sebagai tutor, pensyarah sehingga ke jawatan Profesor Fizik di Universiti Malaya. Di situ beliau telah mengasaskan makmal penyelidikan dalam bidang Fizik Semikonduktor yang terlibat dengan penyelidikan bahan elektronik maju. Turut terlibat secara langsung dengan kegiatan saintifik dalam penyelidikan, penerbitan dan pembentangan kertas di peringkat antarabangsa, serta melatih mahasiswa sehingga ke peringkat PhD. Pernah menjadi Pemeriksa Luar ijazah diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran kepada beberapa buah universiti dan institusi, dan juga Ketua Pemeriksa Fizik kepada Cambridge Examination Board dan Majlis Peperikasaan Malaysia. Beliau adalah Fellow Malaysian Institute of Physics, Member Institute of Physics (UK) dan Member of Institute of Electrical & Electronic Engineers (USA). Di antara pengalaman pentadbiran beliau adalah sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya dan Ketua Saintis Kementerian Pertahanan Malaysia. Pernah menjadi Ahli Lembaga, Panel Penasihat dan Pakar Runding kepada SIRIM, MIMOS, Dewan Bahasa & Pustaka, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Kementerian Kewangan Malaysia, Institute Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) dan Bank Dunia. Dalam industri, beliau terlibat dalam Teknologi Komunikasi & Maklumat, Sistem Ketenteraan dan Pesawat Penerbangan. Minat terkini beliau adalah untuk memahami kewujudan entiti-entiti Alam Fizik dan Alam Metafizik, iaitu Fizik Dwi-Alam (Dual-Universe Physics), sifat-sifat jirim, gelombang dan bentuk-bentuk tenaga dalam kedua-dua alam ini. Juga bagaimana entiti-entiti tersebut berupaya melintasi sempadan Fizik Dwi-Alam sehingga berlakunya interaksi di antara entiti-entiti tersebut. Akhir sekali, bagaimana ilmu ini boleh digunakan untuk membantu memahami unsur-unsur penyakit dalam alam zahir dan ghaib supaya boleh dimanfaatkan manusia. CERAMAH Perubatan Fizik & Metafizik: Kewujudan Konflik Kefahaman Tentang Unsur-Unsur Penyakit ,Pesakit & Rawatan TAMRINUL THABIT (SENAMAN STATIK) Senaman jasad dan pernafasan yang melibatkan posisi tertentu. Tujuan senaman ini adalah untuk membina kesihatan jasad zahir, kelancaran prestasi nafas dan kelancaran pergerakan otot-otot dan perjalanan darah. Manafaat utama adalah untuk meringankan serangan tekanan dikepala, sakit kepala dan migraine. Boleh dilakukan oleh semua peringkat umur, tetapi amat digalakkan bagi warga tua dan wanita. THAQATUL SHU’A (TERAPI PERUBATAN) Diagnosis yang menggunakan kaedah imbasan pancaran tenaga (aura) untuk mengesan jenis-jenis kecederaan, sama ada pada jasad zahir atau tersembunyi atau sakit yang wujud dalam bentuk zahir atau dalaman. Rawatan ke atas pesakit adalah secara kaedah saintifik dan kaedah rohaniah. Tarikh & Tempat: 1. 2hb - 3hb Julai 2009( Masjid Kg. Lingkudau, Ranau) 2. 6hb - 7hb Julai 2009 ( Kota Marudu. Tempat akan diberitahu 2 hari sebelum program ) Tentatif Program: - 9.30 Pagi- 10. 30 pagi: Pendaftaran. - 10. 30 Pagi- Zohor: Ceramah Perubatan Fizik & Metafizik; Kewujudan Konflik Kefahaman Tentang Unsur-Unsur Penyakit. - 2.00 petang-Isyak: Sesi Rawatan. - Solat Maghrib berjemaah & ceramah agama (selepas Maghrib) disampaikan oleh Hj. Abdul Halim Abas Pendakwah BEBAS dan Penulis Buku Bagaimana Menjadi Wali Perhubungan: 1. Ranau-Suara Mualaf Sabah (SMS); Nazri Abdullah/ Aldusuni 019-8827449 2. Kota Marudu-Suara Anak Marudu (SAM); Androd/ Sanguru 019-5339378 Nota: Sesi rawatan terbuka kepada semua pesakit gangguan jin, makhluk halus, saka dan pelbagai penyakit yang tidak dapat dikesan perubatan moden ( berkaitan batin ). Para pesakit diminta membawa air ( satu botol) dan limau kapas ( 3 biji).

No comments: