SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, June 23, 2009

SAM: Besar Kepala Atau Besar Minda?

SAM wadah sederhana tapi selalu diragui keikhlasannya. Bukan sekadar disesak dengan kemelut minda satu dua individu yang tampil tanpa identiti malah mempersoalkan objektif SAM. Tanpa menidakkan kredebiliti identiti tanpa nama, saya perlu menganjak tafsiran 'besar kepala' berpaksikan keterampilan wacana melalui jendela minda SAM.
SAM dilihat sebagai hambatan yang menyusahkan. Kekritisan dan keberanian SAM dibayangi pandangan negatif menyingkirkan sama sekali perspektif bistari dari hati orang tertentu intipati yang mengisi wadah SAM. Besar kepala, konotasinya ditolak dalam pembudayaan karekter. Ibarat kemudi yang tidak bertuankan kejernihan di laut akal. Sauhnya berjubah taufan, mudik ke muara kacau-bilau. Sudah tentu SAM menolak jauh-jauh kedangkalan begini daripada mendasari kerangka yang mengisi hasrat penulisan. Bila berlakunya kepincangan yang mengundurkan kelangsungan dan survival bangsa, jangan padamkan roh kemerdekaan bersuara dan berfikir. Kebekuan berfikir tidak mendewasakan bangsa. Mengabaikan hak-hak kemasyarakatan menyebabkan kita mudah diprovokasi oleh elemen berpecahbelah. Pergerakan pemikiran yang mendukung gagasan SAM berorientasikan suara rakyat. Jika ada yang memandang mudah sikap SAM 'yang lantang' menyelongkar budaya cincai, ia satu kegagalan untuk mengerti SAM sebenarnya menyelongkar khazanah minda supaya pihak berkenaan terarah kepada etika kerja bersepadu dan berkualiti. Bersuara selalu disalahertikan sebagai mengambil langkah menentang. Apakah budaya cincai itu satu ekspresi etika yang tepat ketika label kemunduran kekal menyelimuti desa? Usah pandang serong ketika minda SAM bernada sinikal. Anda, saya dan masyarakat adalah agen sosial yang harus percaya mampu menangkis konflik sosiologi yang menghambat pemupukan kemajuan serta mendangkalkan aspirasi politik telus. Peranan SAM komited menentang ketidakseimbangan ekonomi, penyimpangan moral politik, kemunduran etika melalui cara uruskerja dan apa saja bentuk kepincangan membabitkan kepentingan rakyat. Sama ada anda orang politik dan kami rakyat biasa, kita harus menjadi masyarakat yang kolektif, bertimbalbalik fungsi dan peranan yang menguntungkan keperkasaan jati bangsa kita. Ingatlah, SAM dan PERGERAKAN PEMIKIR di luar sana, samada ahli politik, aktivis, golongan profesional, pejuang mistikal, perwira atau gembala tanah ladang dan arena samudera, anda dan kita adalah milik bangsa. JATUH SAMA DIPAPAH, MERANGKAK SAMA TERLUKA, BANGUN SAMA BERJUANG, BERTINDAK SAMA SERUMPUN. (Kepada organisasi politik yang dihormati, anggaplah SAM sebagai nota rakyat. SAM membantu bukan MEMBANTUT MISI dan VISI. Mohon maaf, mohon ampun jika terkasar bahasa. Anak cucu tumpang belajar.)

7 comments:

SANGURU said...

Setuju. Bukan kerana penulisnya orang SAM tetapi kerana BENAR. SAM sebenarnya dialu-alukan di kampung2 kerana mereka anggap SAM adalah wadah paling hampir untuk didekati/diakses. Mau tunggu TV3/RTM/Berita Harian/akhbar tempatan buat liputan? - SUSAH SIKIT BOSSS...

SAM tidak akan berhenti selagi SAM diminta tutup kerana menyalahi akta/peraturan. Tapi jangan risau, SAM LULUS. SAM tahu akta/peraturan antaranya:
1. akta hasutan 1948
2. Akta Fitnah 1875
3. Akta Rahsia Rasmi 1972
4. Akta perihal dagangan 1972
5. Akta suruhanjaya komunikasi dan media 1998
6. Akta hakcipta 1987
7. Akta kesalahan komputer 1997.

Saya & rakan2 sentiasa memantau dan memastikan aktiviti SAM tidak menyalahi peraturan. Kalangan pemimpin pun "respect" / suka SAM. Mengapa mesti tunduk kepada tekanan individu2 tertentu?

Umar al-Longobi said...

"Kepada organisasi politik yang dihormati, anggaplah SAM sebagai nota rakyat. SAM membantu bukan MEMBANTUT MISI dan VISI." saya amat bersetuju dan demikianlah akan hakikatnya SAM itu. teruskan!

nota: sy juga memiliki buku ttg akta2 itu. sbg bloggers, bagus juga kalau tau perkara2 tu.

Little Mike (LM) said...

boleh baca dalam internet semua akta/peraturan seperti yg disebut. Bloggers perlu ada kesedaran tinggi terhadap cara penyampaian kandungan artikel agar tidak menyalahi mana2 akta... Bacaan tambahan yang sangat baik sebagai warganegara...

SAM.. teruskan! salam ceria selalu..

Mr. Aki Abad 21 said...

kalau urang awam dan yg terlibat memang ampai2 d kajar oleh akta..tapi kalau dia ada kuasa, kana pun sikit2 saja..ada timbang2

atau silap2 manangggg... kalau macam mr.aki indada pandapatan bayar itu paguam alamat...manangis dalam pinjara ...

nasip urang miskin, salalu d pijak2 dan d bawa2 ...

orang kampung said...

SAM tak perlu takut dengan tekanan beberapa individu yang mungkin ada kepentingan. Sekiranya apa yang diutarakan itu adalah benar. Rakyat pun tahu menilai.

elly said...

Kenapa kita mesti takut kepada mereka2 yang tidak bertamadun itu? individu yang kerap kali memberi tekanan kepada SAM itu adalah orang yang takut kesalahan/kesilapan mereka di ketahui. SAM berani kerana BENAR!! Terpulang kepada mereka dan keluarga mereka untuk menilainya!!

SAM teruskan!!!

dardie said...

berwadah secara terbuka dan telus adalah apa yang dipraktikkan hampir di seluruh dunia sekarang..oleh itu, sudah sampai masanya kita perlu mempunyai satu ruangan bicara terbuka seperti SAM ini sebagai medium berkongsi, menyampai dan menegur secara intelektual mengenai apa2 saja yang sedang berlaku dan akan berlaku di sekitar kita..dengan harapan akan terbentuk suatu tamadun kemanusiaan, tamadun pemikiran dan tamadun perjuangan yang boleh dijadikan tatapan atau lebih baik sebagai panduan dalam mengharungi kemajmukkan pemikiran jelata semasa...