SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, June 3, 2009

SECAWAN KOPI...

"BILA MANUSIA SEUMPAMA BA..." Oleh: Tekong SAM Grand Hotel, Keningau: Petang tadi sampai di sini atas undangan urusetia Anugerah Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri (tidak perlu saya nyatakan perinciannya), dan baru sebentar tadi saya balik dari minum-minum kopi dengan sahabat saya yang bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah Keningau. Semasa sembang-sembang tadi, saya puji kepesatan pembangunan pekan Keningau. Selepas sembang-sembang, beliau bawa saya pusing-pusing sekitar pekan. Dia tunjukkan beberapa bangunan baru yang bikin "cemburu" tengok. Sambil driving beliau beri pendapat. Katanya "Marudu pun boleh bah gang kalau ada pemimpin yang benar-benar mahu memajukan tempatnya sendiri, dan ada orang-orang kaya yang mahu buat pelaburan...". Saya tiada modal mahu cerita melainkan mengkhabarkan tentang beberapa projek di Kota Marudu yang "alahaiiiii..." (bikin "lemas"). Saya minta beliau ziarah SAM untuk keterangan lanjut. Semasa saya baring-baring buat artikel ini, TV Brunei sedang menyiarkan ceramah agama mengenai "BABI" dan "BAHAYA BABI". Saya amat tertarik, maka dalam diam terdetik di benak saya..."sekotor-kotor dan sebahaya-bahaya BABI...ada yang lebih "kotor" dan "merbahaya" di kalangan manusia...sehodoh-hodoh babi, babi tidak pandai "main kotor" macam manusia...babi menjadi vekor penyakit, tapi di kalangan manusia ada yang cipta penyakit, cipta alat pembunuh, reka sistem diskriminasi, bentuk acuan yang salah dan sebagainya. Babi menyondol tanah, manusia menyondol sesama manusia untuk kepentingan diri dan kroni..." Jadi saya membuat premis mudah yang tidak rapuh : "kebobrokan masa kini disebabkan oleh manusia "kotor" yang "main kotor" mengalahkan babi...KERUNTUHAN dan kehancuran di sana-sini bukan angkara babi tetapi angkara manusia..."

7 comments:

NONG said...

Salam Sanguru,
Waah..dalam kejauhan pun ingatan dan tumpuan untuk SAM dan Kota Marudu tidak terlalai walau siiiikiiit pun ah..BRAVO Sanguru!.

Setuju dengan pendapat Sanguru. Segalanya bermula dari MANUSIA..

Umar al-Longobi said...

sy memang kenal sgt dgn bumi keningau. 2 tahun sy bertugas di situ. rumah sewa sy pd zaman solo dulu di kg. bayangan. sy rasa semua kenal kg. bayangan kan?

sebelum sy sampai keningau, dlm fikiran sy oleh kerana keningau pedalaman atas maka sudah tentu pembangunannya `pedalaman` juga. rupa2nya... makan abuk kalau KM lg. hehe. kenapa begitu? jwpannya, pemimpin di sana pandai kasi maju kawasan sendiri. tambahan pula pemimpin mereka memang org sana.

tentang b_b_... bagus utk renungan kita bersama. selamat berprogram tikung. hati2 keti di keningau. bahaya ma. bilang kwn sy, 80 % yg pigi keningau, pasti akan terkawin gadis keningau, hehe..

ison said...

Keningau... mengulas cakapan si umar yang last tu, saya hampir2 menetap di keningau. oppsss... ;)

Puteri Hamidah said...

Tak Tumbuh, Tak Melata
Tidak sungguh, Sanguru Tak Kata...

Saya sangat setuju pendapat Sdra. Umar, pembangunan keningau ada perkaitan yang signifikan dengan pemimpin di kawasan tersebut.

Sdra ison, kenangan silam oii...hehe..

mrakunman said...

Anehkan, komen biasanya menyusul apabila ada kejadian yang berlaku. Jarang kita dengar komen kepada keadaan yang belum berlaku. Apabila ada sahaja kerosakan, secara umumnya manusia di persalahkan, manusia adalah punca segalanya.

Kita sebagai manusia alfa, bahawa kita sebenarnya agen kepada pembangunan itu. Cobalah cipta atau lahirkan manusia-manusia pemikir, jangan lahirkan manusia-manusia yang hanya tahu menghafal. Fikir-fikirkan lah

ison said...

kada koguriyok ka puteri. milom waro mongulangkaji dati. hehe...

ILLIE said...

awasi ko ikau ison..waro ososorou id keningau..yaku nga wari i toboh..id keningau noh ot kinolopikan ku 3 tadau sid kg.bunga raya..milom tu kelo mari kih pomoros ponong sori..hahahaha