SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, June 19, 2009

SECAWAN KOPI

"ORANG KITA ADA AURA..." Oleh; Tekong SAM
Di kedai kopi juga, selain hal ehwal politik, cerita yang dianggap "Top Ten" dalam carta perbualan ialah - barang mistik, barang ada aura, harta karun, BON, "tarik-tarik" (bukan tarik tali atau "tarik-tarikan" duit/ kutu-kutu...)
Saya pernah kenal seorang kawan di kedai kopi yang ada barang punya aura. Kata beliau, orang politik suka jumpa dia minta tolong. Pinjam barang, minta azimat, minta doa, minta ubat...minta MENANG pemililihan dan sebagainya...
Orang kita memang ada aura. Nenek moyang kita ada aura. Paduka Mat Salleh ada aura. Tun Mustapha ada aura. Datuk Seri Pairin Kitingan ada aura. Yang tak disebut nama pun ada aura cuma tak berapa kuat....(memang kurang kuat kalau aura datang daripada "fulus" dan "kelicikan" atau "paksaan"...atau tumpang aura parti...).
Jadi kalau dah tau orang kita sendiri tidak kurang auranya, mengapa masih tergila-gila meminjam "aura orang"? Kita mesti ada keyakinan diri dan terus yakin... Menurut sahabat saya Mufakiralam, "aura sebenar ada dalam hati manusia. Batu cincin, azimat, keris dan tangkal...semua itu hanya "teman" dan "pembantu". Oleh sebab orang kita pun ada aura - YAKINI ORANG KITA, PILIH ORANG KITA, SOKONG ORANG KITA (SENDIRI)...

3 comments:

Anonymous said...

mau minta dulu aura PANGANU ni.
Adakah Sanguru?

Little Mike (LM) said...

Orang politik, kalau ikhlas berjuang dan tau berkerja untuk rakyat melalui etika betul serta kerja keras, tidak perlu jumpa bomoh untuk pemanis menang dalam pemilihan. tangan rakyat sendiri memberikan anda undi.

buat kerja betul2 dan rakyat senang bersama dengan anda. Jika anda terus gagal atau CINCAI, mcm mana jaga rakyat?

SANGURU said...

boleh kita cari sama2 bah anony. hehehe...jumpa jg tu klu kerjasama, hehehe

LM, sedangkan jawab komen pun nda boleh cincai2 apa lagi bikin astaka, stadium, jambatan , dll...alalalalala...