SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, June 25, 2009

Sedikit cerita pendek..

Hari ini saya tengah berborak dengan rakan-rakan lama dan baru yang rasanya agak sukar juga berjumpa dengan dorang ni.. kalau bukan kerana ada urusan sambil jalan-jalan d Bandaraya KL... iyelah, sebelum balik kg, kena cuci-cuci mata dulu dengan suasana pagi. Dipendekkan cerita, ada seorang kawan yang saya gelar si Gaman asyik tengok sumandak, bila saya tanya dia, dia cakap 'Adiiss... wasi diti', lepas tu saya cuba pandang apa yang dia cakap. Bila saya lihat, Aik... macam tak percaya pula, rupanya kalau masyarakat dah bersatu padu atau dalam ertikata lain 'Perpaduan', memang bermacam ragam gaya dorang, ada yang berpeluk berlainan bangsa, ada yang berpeggangan tangan, ada yang berjalan pun macam endah cukup kain.... haaiii.... dunia...dunia... susahlah mau cakap... apapun, utamakan perpaduan.. kio. Lagi satu, masa berborak dengan dorang ni... saya memang tidak terkejut dengan pertanyaan dorang, apabila bertanya tentang SAM... mulanya saya cakap selamba saja, tiba-tiba saya terkejut pula bila dorang cakap hebat berita SAM, saya cuba tanya berita yang mana satu? mereka kata pasal Jambatan Gantung Runtuh... mmm... apa lagi saya cerita penjang lebar lah pasal tu... tak sangka pula perkara kecil macam tu dorang dah ambil perhatian... lega rasanya bersama SAM. Untuk makluman semua, mulanya saya bantu promosi SAM melalui lisan, ingatkan orang-orang di semananjung tidak berminat... rupa-rupanya minat mendalam sangat... dorang cakap macam TV3. Hehehehe........ bangganya dinakan. Sebelum saya pergi, dorang cakap 'SYABAS DAN TAHNIAH SAM'.

2 comments:

SANGURU said...

SAM akan terus membesar. Kitalah pengasuh, guru, pelindung dll kepada SAM

NONG said...

Setuju Sanguru,
sekarang ni SAM sangat digeruni dan ditakuti..
SAM bukan mencari kesalahan dan menjatuhkan sesiapa, SAM hanya melakukan tugas sebagai JAMBATAN rakyat.Yang benar kita julang, yang mungkar kita tentang..

SAM adalah JAMBATAN rakyat Kota Marudu.