SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, June 18, 2009

"SEJARAH MESTI CAKAP BENAR..."

(Sumber: Rancagan Di Luar Lingkungan, TV1, 18.6.2009) Oleh: Tekong SAM
Tentu sdr/i terkejut dan kesal bila baca kenyataan di atas. Saya ada mengikuti sampai habis rancangan kendalian Syed Munawar itu semalam kerana amat teruja. Sampai payah mau tidur selepas itu... Sejarah (dan subjek sejarah) nampak "benda remeh" dan "tidak canggih" sehingga budak-budak sekolah buat acuh tak acuh. Sebenarnya sejarah sangat penting dan sangat besar kesannya dalam membentuk set pemikiran (seterusnya tindakan). Sdr/i tahu kenapa Malaysia kalah dalam kes Pulau Batu Putih (sebagai satu misalan)? Cuba tanya sdr. Ismail, ahli baru SAM yang ada ikut kes itu secara langsung di ICJ, Belanda. Saya cuma beri klu - "Sejarah..." Berbalik kepada kenyataan di atas, benarlah kata orang yang benar bahawa kita semestinya bercakap benar dan berani kerana benar. Sejarah tidak patut "ditapuk-tapuk" atau "diubahsuai" ikut nafsu/perasaan apa lagi sekadar untuk "menyelamatkan perpaduan politik sementara". Kerana kesannya sangat besar di kemudian hari. Saya tidak akan panjangkan. Memadailah untuk merangsang kita sama berfikir dan menyelidik sejarah sekeliling kita...diri kita...orang kita...PEMIMPIN KITA...

6 comments:

ming2elly said...

sejarah lah yang telah menjadikan kita sebagai negara Malaysia yang makmur sekarang. Perpaduan kaum yang dinikmati sekarang juga adalah hasil perjuangan kita semua rakyat Malaysia.

jangan lah di sembunyikan rahsia sejarah ini, agar ianya menjadi panduan untuk generasi masa akan datang untuk terus bersatu padu dan maju ke hadapan bersama!!!

Little Mike (LM) said...

Sejarah penting utk pemupukan kesedaran betapa bukan mudah hayat negara kita mencapai kejayaan. ada harga yang telah dibayar melalui darah pejuang. Tanpa sejarah, kita buta asal usul.

Anonymous said...

setuju,
sejarah membuktikan siapa kita. Tapi susah juga kalau kasi sembunyi fakta sebenar.

D said...

kalau PKM teruk masa itu, rasanya bahaya pula PTI masa sekarang... kerana? Sejarah tidak pernah hilang dari ingatan apa beza PKM dan PTI. Imbas kembali sejarah tuntutan terhadap Sabah... Belajar sejarah kio..

Mr Apek KM said...

haiya..wa mau cha kap sama lu ah...itu sijarah ah talah baik punya...wa dha tang sini lulu ah..kelaja bhanyak susah..wahhwah..wa mau nahgis oo...ingat itu sijarah lulu..wa duduk sini bahynak cenang..sikalang ah..wa tala mau susah2 o...wa mau cinang...

Umar al-Longobi said...

"Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa." (Soekarno, 17 Ogos 1966)