SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, June 17, 2009

NELAYAN MARUDU PATUT BOLEH!

Oleh: Tekong SAM
Kota Marudu, Sabah : Gambar di atas sudah boleh menerangkan majlis apa dan apa matlamatnya. Memadailah kalau saya nyatakan di sini bahawa pihak kerajaan telah dan perlu terus mengambil berat kepentingan warga nelayan di mana-mana kerana sebahagian besar daripada mereka masih di bawah paras kemiskinan. Persatuan pula hendaklah dipimpin oleh individu-individu yang berjiwa besar dan didikasi. Harus amanah dan ada iltizam memajukan ahli dan seterusnya masyarakat nelayan. kebetulan majlis ini didakan di premis jabatan saya dan berkesempatan berbual-bual dengan YB Bolkiah tentang strategi dan kaedah untuk menambahbaik persatuan dan memajukan masyarakat nelayan. Antara gagasan beliau yang terpuji mewujudkan berbagai industri kecil bersifat "agro". Mudah-mudahan masyarakat kita khususnya kaum Bajau di pesisir pantai dapat mengambil peluang yang ada. "MAJULAH SAUDARAKU!"...

3 comments:

NONG said...

salam,
betul Sanguru.Gambar saja sudah mampu mengungkapkan segalanya.
Tanpa nelayan,memang indadalah kita ini temakan ikan di laut.
Semoga usaha seperti ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya untuk membela nasib para nelayan kita khasnya nelayan Kota Marudu.

DINAKAN said...

rasanya bertambah baik lagi kalau ada kilang pemprosesan makanan laut dibuat di kota marudu...

Anonymous said...

Ba..kalau ada yang sanggup dan berani bina kilang rasanya tiada masalah ba tu. ada juga peluang pekerjaan orang2 KM ni.