SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, June 19, 2009

Setiap Projek Perlukan Consultant Dan DiAudit

Saya tidak faham mengapa kontraktor yang diberikan amanah tidak mempunyai kesedaran tinggi terhadap nilai projek yang mempunyai makna yang begitu besar kepada manafaat rakyat. Seolah-olah nilai projek itu cuma nampak kepada KEUNTUNGAN semata-mata. Untungnya kepada rakyat seperti bukan urusan mereka. Janji dapat projek, kaut untung, selebihnya biar sub-kontraktor yang buat.
Saya sebenarnya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenai proses mula hingga selesai projek namun tidak menghalang saya daripada mendekati consultant dan kontraktor untuk mendapatkan gambaran yang baik perlaksanaannya. Kebetulan saya memikul tugas seliaan dan mengurus kawasan perumahan eksklusif termasuk tapak pembinaan projek yang belum siap di tempat sama saya bertugas, bernilai jutaan ringgit. Secara ringkasnya, perlu ada Pelan perancangan, pelan disahkan serta diluluskan pihak berwajib (cth Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), etika kerja yang melibatkan nasihat consultant, perlaksanaan projek, pemantauan spesifikasi material, kuantiti dan kekuatan bahan, pemantauan kerja dari segi masa, kualiti dan kos serta penilaian akhir selepas siap projek melalui analisis struktur sama ada ia mengikut piawaian dan aspek keselamatan. Selain daripada itu saya melihat perlu juga dilakukan pengauditan ke atas projek untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan. Insiden yang melibatkan astaka Tandek dan terbaru jambatan runtuh mendedahkan kelemahan sebenar sistem bagaimana projek itu dilaksanakan. Menghairankan, tender diberikan kepada pemaju/kontraktor tanpa meneliti terlebih dahulu latarbelakang pembida, rekod kerja atau penelitian terhadap pemilikan lesen. Kontraktor yang menggunakan lesen orang lain perlu dihalang daripada membuat bidaan tender. Ini bertujuan hanya kontraktor yang berkredebiliti serta berpengetahuan dalam perlaksanaan dan spesifikasi kerja sahaja dibenarkan membangun agenda rakyat. Kontraktor yang berlesen tetapi mempunyai rekod lampau yang buruk juga tidak harus terlibat atau dibenarkan membida. Lebih baik terus bekukan lesen sahaja. Kenakan tindakan tegas kepada kontraktor yang kaut untung atas angin dengan meminjamkan lesen kepada orang tertentu. Menyusahkan! Melaksanakan projek ini sepatutnya bukan sesuatu yang sukar walaupun tidak mudah. Posisinya harus tidak menyimpang daripada kod kerja. Sebagai contoh, projek pembinaan jambatan, pihak kontraktor tidak harus menyerahkan perlaksanaan total kepada sub-kontraktor. Kontraktor perlu berpengetahuan dari segi aspek jenis dan bentuk, beban dan analisis rekabentuk, teknik pembinaan, penyelenggaraan jambatan dan beberapa aspek lain seperti ciri-ciri keselamatan yang memihak kepada pengguna termasuk ketahanan dalam jangka waktu yang lama. Kontraktor harus tahu mengawalselia dan bertanggungjawab penuh sehingga selesai projek. Kalau setakat berpengetahuan MAU DAPAT PROJEK dan PROSPEK KEUNTUNGAN SAHAJA, anda sekadar membina jambatan yang menghumban nyawa ke gaung maut.

19 comments:

e'aman said...

kerja cincai ba. inilah satu2nya alasan paling tepat bagi hasil kerja yang bermasalah. Buat kerja CINCAI.

SANGURU said...

keruntuhan moral boleh menyebabkan keruntuhan yang lain.

SANGURU said...

keruntuhan moral boleh menyebabkan keruntuhan yang lain.

Little Mike (LM) said...

mcm menggelagak pula rasa dari seberang.. mcm ini kerja diorg buat sama KM!!... betul2 ka orang kampung diorg anggap TIDAK TAU APA-APA NI?? Sampai suka hati/cincai buat projek..

NONG said...

yang paling menyedihkan lagi mau kasi tinggal saja itu kerja kononnya atas arahan Pengarah JPNS.. sejauh mana kebenarannya siapa yang tahu.

Little Mike (LM) said...

adess...
mcm mana boleh keluar statement tidakperikemanusiaan ni sampai buli pula kasi STOP saja tu kerja? Tidak ingat mo bertanggungjawab! NAR!

NONG said...

Betul LMike..
itu pengerusi JKKK sendiri yang cakap semalam bo. Bukan c Julitah Dalinsi telefon saya bagi tau.Saya juga yang telefon dia bilang itu PJKKK.Baru konon c Julitah Dalinsi kasi tau yang Pengarah JPNS arahkan supaya projek itu dihentikan serta merta. Berapa membazir sudah.bagus kasi siap dari buat lagi baru.
Punya PANAS hati saya ni sekarang.Nasib saja saya tiada lesen ba.
Inilah akibat kalau terlalu beri projek sama dorang ni.Biasa sudah makan duit.

Anonymous said...

minta puji saja kau sana Pn.Justina.
Bagus kalau tinggi sekolah mau mengada-ngada..

Little Mike (LM) said...

Anon..
suara kebaikan tidak ditentukan oleh latarbelakang pendidikan. harap anon sudi-sudi la kiranya bezakan antara hasrat ikhlas bersuara dengan 'saja-saja minta puji'...

TanakGouton said...

BUDUH punya anon,
Penakut.Jangan pakai nama anon ba kalau betul sekolah kau tinggi!

NONG said...

Salam Perpaduan kepada Anon,
TERIMA KASIH atas ulasan ini.

SANGURU said...

Anon, usahlah cakap pasal tinggi sekolah. Saya yang pilih Nong walaupun tinggi sekolah kerana melihat SIFAT BAIK, JUJUR, BERANI, RAJIN, AMANAH...dlm dirinya. Sifat-sifat begini bukan semua orang yang TINGGI SEKOLAH memilikinya.

DALAM SAM ADA MACAM2: suri rumah, doktor, guru, penulis/pelukis/kartunis, bomoh, usahawan, bekas tentera,..etc...kelulusan juga macam-macam...kebolehan juga macam2...Gabungan inilah antara kunci KEUNIKAN & KEMANTOPAN SAM.

tulunbunou said...

Pendidikan bukan satu ukuran untuk menentukan jati diri seseorang.. Akal budi, semangat juang yang ikhlas dipertaruhkan untuk membangkitkan maruah rakyat yang tergadai.. Itu lah permata gemerlapan yang dinanti. bak kata bijak pandai.. jangan fikirkan apa yang telah diberikan oleh orang lain kepada kita tetapi renung2kan lah apa yang telah kita sumbangkan kepada mereka. peace..

ison said...

anaru boroson ku ong toyoon kuno nga aso i guna. osukup no nisimbar tongo kinoruangan dilo. sabar nopo ki nong. gumama tokow i banar nunu2 it apatut.

Anonymous said...

Ni Anon yang satu ini ha memang buat kerja gila.Ini Anon jenis ini memang yang tukang buat projek CINCAIII dan tahu makan duit sajjj...nasi dia tida mau itu. Saya memang Anon tapi bukan Anon yang gila ini, sekali lagi saya tegaskan bahawa Sy Anon bagi penulis komen 18, 44 dan 45 dalam artikel N5 Tandek: satu lagi Projek Runtuh.

Buat anon ini, tolonglah jangan buat kerja gila lagi....adakah kasih ikut taraf pendidikan seseorag...Kau fikir c Justina itu tidak bijk kahhhh..saya dengar dulu dia tu bijak juga di sekolah...nasib baik kahwin awal dan ada family kalau tidak silap-silap dia lagi tinggi sikul dari kau Anonnnn..

saya Anon celupar juga tapi tidaklah membabi buta macam sesetengah orang yang mengaku pejuang kebenaran tetapi tidak kena komen sikit suruh datang KM la mau bertumbuk, cakap orang bagus matilah, cakap orang kasi ilmulah.....hahahaha bukan kah itu lucu...

Sabar bah geng.....perhatikan betul2 ulasan saya bahhhhh. Kata orang yang Pahit Jangan dibuang terus, Yang Manis Jangan diminum terus, Sebab yang pahit tidak semestinya mendatangkan musibah dan yang manis itu tidak semestinya mendatangkan kenikmatan...

anon...anon yang ini. plz..stop this okeyyyy..

Juani Tuyundo (Adik Kak Nong) said...

Ba..untuk meleraikan sebarang salah faham,suka cita saya ingin berkongsi satu cerita.

Pada suatu masa dahulu, tersebutlah kisah Pn.Justina ni ketika dizaman persekolahannya bukanlah seorang yang BODOH + LOWONG.

Dari sekolah rendah dia ni memang dalam kategori bijak pandai sampailah Tingkatan 6 d SMK.Kota Marudu di mana dia bertemu jodoh dengan suaminya Tompinai.

Keputusan STPM Pn.Justina ni cukup baik dan beliau mendapat tawaran UPSI dalam Bidang Sains Sukan. Bukan senang2 masuk UPSI bro. Tetapi kerana ketika itu Pn.Justina sedang sarat mengandung anak sulung, seluruh keluarga berpendapat supaya beliau janganlah melanjutkan pelajaran.

Jadi sebelum membuat andaian ke atas seseorang itu, fikir seribu kali.Jangan anggap seseorang yang tiada masuk UNIVERSITI itu tiada sekolah..kelulusan PHD pun kalau celik tapi tidak mampu melihat, tiada guna juga.

Salam Dari Pulau.

Umar al-Longobi said...

sy setuju dgn komentar adik juani! kpd yg berkenaan ubahlah cara berfikir! kasi cair sikit tu kebekuan minda tu. okey...

syabas LM! SAM sememangnya versatil. spt yg dicoretkan oleh dr. nellson dlm `uniknya SAM`. rupanya dlm bab pengawalseliaan binaan juga, SAM mempunyai pakarnya. ini amat berguna utk memantau projek2 binaan di KM pd masa akan datang.

NONG said...

Baru nampak ulasan adik ku..
Menyempat juga ko masuk cyber sana kk ah..ko tidak balik kampung ka?.
Anyway..thanks atas sokongan itu. tidak payahlah ba cerita kisah2 lalu. Tolong kawan2 buat assignment pun anggap saja ada masuk U, hehe..

Saya sentiasa berpegang pada prinsip "TAK PERLU TUNJUKKAN YANG KITA INI BAIK DAN PANDAI..."

Lem said...

Cadangan:

Ramai betul yg guna nama anony...bikin bingung dan bikin susah mau reply komen :)

Senang sikit, bagi mereka yang mengunakan nama anony tu tukar2lah bah nama tu. Kalau baca komen2 di sini macam lebih dari dua anony....atau pun anoy ni melibatkan orang yang sama?

Bagi mengatasi kekeliruan ini, sanang sja caranya ..klik saja ba name/url baru tulis nickname korang (kalau tidak mau mendedahkan identiti sebenar)..tidaklah SAM tertanya2 siapa anony itu, sapa anony ini, dan anony2 pun tidaklah tuduh-menuduh sampai ada mengaku sebagai anony 18, 44, 45. Lama2 urang beli jackpot.hehehe...