SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, June 13, 2009

SUDUT SYY..JAGA BODY!

10 SITUASI LELAKI YANG PERLU DIFAHAMI OLEH WANITA/ISTERI

1. Bila si dia sibuk… Jangan sesekali merengek atau mengada-ngada ( yangg paling kasar bahasanya " TERGEDIK-GEDIK" semata-mata nak menarik perhatian si dia. Fahamilah keadaan si lelaki mungkin memikirkan sesuatu yangg lebih penting. Mungkin perancangan masa depan untuk membina Mahligai Impian. macam Impian kasih

2. Bila si dia ego…… Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik…. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran…. Jangan membuat sesuatu yangg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat……. Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri… Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong.. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba…… Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang….. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul….. Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain sangat.

9 comments:

SUAMI kepada seorang iateri said...

Wahai wanita,
kalau tidak mampu ikut semua TIPS ini pun cubalah mempraktikkan.

Semoga ada banyak tips lagi lepas ini untuk wanita.

SAM gerbang informasi kami!

ison said...

Umumnya wanita jika ada sesuatu hal yang terjadi masuk dalam hati dulu baru naik di fikiran.

Umumnya lelaki jika ada sesuatu hal yang terjadi, berfikir dulu baru turun dalam hati.

Kedua2nya harus saling memahami supaya menemui jalan persefahaman dalam semua perkara.

jaguarKM said...

ada tips jaga body ka?
Kirim salam sama sumandak dalam gambar ya :)

Anonymous said...

betul...betul...betul...
lelaki ditapau dengan rasional..
perempuan pulak dengan emosi....
keduanya saling melengkapi...

isteri takut said...

macam mana dengan suami yang kaki arak dan kaki pukul?

anticurang said...

bagaimana dengan isteri yang curang?

Mr. Aki Abad 21 said...

kalau suami yg kuat minum arak kasi carai kalau inda buli suda baranti...cari laki baru heheh. suami yg kuat minum oren inda apa..kalau yg kuat minum tapai talampau bah..tanya itu isterilah bah...

kalau isteri curang...kasi tapil dia.. biar dia manangisss

Anonymous said...

kalau lalaki manapil, parempuan pun boleh manapil juga bah mr.aki.. kui..kui..kui

Carl S. Adun said...

Bagus butul tips ko ni Nong...mo cuba dlu..he..he...