SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, June 10, 2009

TINDAKAN YANG MEMAKAN DIRI SENDIRI

( GAMBAR HIASAN: ISUHANGAT BLOGSPOT)
Banyak paparan yang dibuat oleh SAM telah menunjukkan betapa rapuhnya jiwa manusia ini. Kegagalan mereka mengawal tindakan dan sikap telah menyebabkan kerugian yang besar. Ketelusan mereka telah mula diragui. Kejadian di depan mata yang selalu diabaikan atau dilihat dengan sebelah mata, berjaya membuka mata-mata para pembaca atau pelayar blog. Kalau sebelum ini, segala suara meminta perhatian, ditinjau selalunya ditapis. Ia ditapis oleh mereka-mereka yang tidak mahu melihatnya. Namun atas keperihatinan SAM, SAM cuba menyampaikan segala keluhan,permasalahan dan rungutan kepada mereka melalui berita maya. SAM telah menggaraukan suara-suara kecil malah menyaringkan hingga telinga-telinga mereka menjadi panas. Ada juga cakap-cakap yang mengatakan "itu masalah kecil ba" atau small matter tapi sebenarnya masalah kecillah yang biasanya akan mendatangkan masalah besar itu. SAM hanya bersuara tentang perkara yang tepat, menyampaikan sesuatu tanpa menimbulkan kecurigaan. Ketidakpastian atau prasangka hanya ditimbulkan oleh mereka-mereka saja.Mungkin , ya tapi jelas sekali semuanya bermula dari sikap, sifat dan tindakan. Jangan jadi seperti ikan di atas yang cuba menelan ikan lain nanti tercekik, kalau sekali dua tak tercekik akhirnya akan tercekik juga.

3 comments:

SONSOGON said...

pemimpin macam ni inda buli dipiara lama2..pandai2 lah mau atur

Little Mike (LM) said...

kita masih tercari-cari prestij kepimpinan. SAM sudah menjalankan fungsi berprestasi dan konsisten dalam membantu menyampaikan suara-suara bangsa...

TOMPINAI said...

Sekurang-kurangnya mereka-mereka sedar yang semakin hari warga KM semakin berpijak dibumi yg nyata...
SAM akan jalankan tugasnya semampu yang mungkin.