SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, June 18, 2009

TINJAULAH PELUANG PELABURAN DI KOTA MARUDU DAN TAMBAHKAN BAJET PEMBANGUNAN DALAM RMK-10 (2011-2015)

Seperti kata Y.A.B Perdana Menteri, 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' merupakan salah satu agenda menuju negara maju menjelang tahun 2020. Disebalik Konsep itu, Daerah Kota Marudu tersenarai dalam Kedudukan Daerah termiskin di negara ini. Justeru itu, tinjau-tinjaulah peluang pelaburan yang boleh membangunkan daerah ini setanding dengan daerah lain. Ini kerana, terdapat banyak peluang pelaburan yang boleh dibuat selain daripada merasmikan sesuatu yang sudah lama dibangunkan. Contohnya, tinjaulah peluang untuk menyediakan kilang berasaskan makanan daripada hasil laut dan pertanian, membina Institusi Pengajian Tinggi, Membina Bangunan Pusat Sains dan Teknologi, Mewujudkan Bandar Cyber dan Membina Mercu tanda Daerah Kota Marudu selain daripada trade mark pengeluar jagung tempatan agar terkenal diseluruh Malaysia. Selain itu, penekanan terhadap permintaan tambahan bajet peruntukan pembangunan juga adalah perlu dalam RMK-10. Ini kerana, Negeri Sabah mensasarkan negeri maju pada tahun 2025, Malaysia mensasarkan tahun 2020 dan rasanya daerah kota marudu boleh disasarkan pada tahun 2022 sebagai daerah maju. Bagaimanapun berikut adalah cadangan yang perlu dimasukkan dalam perancangan RMK-10. Iaitu, menambahkan bajet pembangunan khas untuk daerah Kota Marudu yang merangkumi, Free WiFi Zone, naik taraf jalan pekan kepada 2 hala untuk mengurangkan kesesakan pada masa depan, membina kompleks pentadbiran kerajaan, menyediakan bekalan air bersih untuk semua kampung yang belum memperolehinya, naik taraf jalan kampung, menyediakan lampu jalan di kampung-kampung dan naik taraf pusat rekreasi yang dikenal pasti berpotensi untuk tujuan pelancongan. Namun begitu, tinjauan, pemantauan, pemerhatian menyeluruh juga adalah perlu bagi merealisasikan impian kita bersama dalam memajukan daerah kita selaras dengan Konsep '1 Malaysia'.

5 comments:

Umar al-Longobi said...

syabas atas cadangan yg amat baik.

sy percaya ramai yg mengakui bhw KM mempunyai byk ruang pelaburan. cuma hambatannya skrg, pelabur sendiri takut melabur di KM. sebabnya adl KUASA BELI pddk KM amat rendah. kalau mereka teruskan juga melabur, alamat gulung tikarlah jawabnya.

so, harus difikirkan bagaimana meningkatkan KUASA BELI pddk KM. salah 1 cara yg paling cepat, praktikal dan berkesan adl melalui perniagaan. latih pddk utk menjadi usahawan berjaya. kemudian wujudkan Blok Ekonomi PBU utk mempastikan kerancakan ekonomi itu berpusat sifatnya.

kalau KUASA BELI pddk KM tinggi, sy rasa syarikat GM yg muflis itupun berani melabur di KM.

JMimie said...

Satu artikel yang sangat bagus. Semoga dengan meningkatnya kesedaran IT di kalangan warga Marudu akan membuka mata dan minda masyarakat agar tampil lebih berani, berdaya saing dan berinovatif utk mengimplemantasikan peluang2 pelaburan di daerah kita.

Anonymous said...

Bagus juga cadangan2 begini tapi payah juga tu kalau setiap projek diberi dengan kontraktor yang JIMAT KOS BUAT KERJA CINCAI..

Kalau masuk kampung2, banyak betul signboard di pacak tentang naik taraf jalan tapi kalau tengok pada cara naik taraf, indada rupa langsung. Bagus tabur batu ba kalau naik taraf. Turun taraf memang sesuai diberi pada jalan2 yang kononnya dinaik taraf..

Little Mike (LM) said...

Sebahagian daripada RM7.6b sudah disalurkan kepada Sabah dan Sarawak. Banyak jumlah ni.. Peruntukan tambahan ini dibantu juga oleh RMK9. Banyak mana pun peruntukan tapi diserahkan kepada orang yang rakus dan tamak, hasilnya tetap hancur. Kita mengharapkan permulaan yang baik di bawah kepimpinan DS Najib.

SANGURU said...

apapun...sila pastikan orang kita di KM benar-benar sudah bersedia menerima "kemasukan dan penguasaan pelabur2 luar" kerana kita tidak mahu sebuah bandar baru/ zon perdagangan "bebas" yang dikuasai orang luar yang secara langsung dan tidak langsung akan "menjadi orang KM" dan menyebabkan orang2 KM sendiri merasa tidak mampu menduduki "zon moden" itu lalu "naik bukit2" atau "masuk ke luar". Urbanisasi yang tergesa2 sebagaimana yang telah berlaku di beberapa negeri/negara ternyata menakutkan impaknya.

KEMAJUAN SEBENAR YANG DIKEHENDAKI OLEH ORANG KM IALAH : TARAF SOSIO-EKONOMI SETIAP KELUARGA/ PERSONAL yang dilakukan secara terancang dan bersifat "Human Development" agar mereka benar-benar "ADA KEKUATAN SURVIVE DAN BERSAING"...Individu/Komuniti bistari yang maju dan MERDEKA. Jika ini berlaku - KM INI MEMANG KITA YANG KONTROL. MMG PUN KITA YANG PATUT KONTROL...