SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, June 23, 2009

Undang-Undang Untuk Penulis.

Salam SAM! Pada kali ini saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian berkenaan dengan undang-undang untuk penulis. Seorang yang berjuang melalui medan penulisan haruslah hadam dengan perkara-perkara seperti ini. Kita mahu Permata Bangsa yang bukan sahaja berani di medan juang tapi berilmu dan tahu kenapa dia bertindak begitu dan bukan begini. Ringkasnya, terdapat lebih kurang 50 undang-undang yang berkaitan dengan penulisan. Namun, 8 yang paling utama adalah seperti berikut:

1. Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) dan Akta 174.

  • Akta ini adalah untuk pelajar. Dalam akta ini pelajar tidak boleh terlibat dalam apa-apa bentuk penerbitan (Blogging rasanya boleh sebab tiada penerbit diperlukan). Jika bersalah tindakan seperti denda tidak melebihi RM 500.00, penggantungan atau penyingkiran akan dikenakan, sekiranya seseorang pelajar melanggar akta ini. Jika pelajar ingin juga menulis bolehlah meminta kebenaran terlebih dahulu.

2. Tatertib Penjawat Awam.

  • Rasanya semua penjawat awam tahu.

3. Akta Mesin Cetak & Penerbitan 1984.

  • Terpakai bagi mereka yang ingin menerbitkan buku atau majalah. Penerbit mestilah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna.

4. Akta Fitnah 1957.

  • Fitnah jenayah boleh dikenakan tindakan di bawah Kanun Jenayah Seksyen 499-502 yang mana jika seseorang itu disabit bersalah, dia boleh dipenjara sehingga 2 rahun dan/atau denda.

5. Akta Hasutan 1948.

  • Sebuah penulisan itu dianggap menghasut apabila tulisan itu menyebabkan kebencian atau kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan serta menimbulkan perasaan benci antara kaum di Malaysia. Jika disabit kesalahan, seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM 5000.00 dan/atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama.

6. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

  • Sesiapa saja yang menghasilkan tulisan yang boleh menjejaskan keselamatan negara akan dikenakan tindakan di bawah akta ini. Terus dipenjarakan tanpa didakwa dan dibicarakan di mahkamah.

7. Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

  • Sebagai penulis, dilarang sama sekali menulis sesuatu yang berkaitan dengan dokumen terperingkat (biasanya melibatkan kakitangan kerajaan) kerana ia melibatkan keselamatan negara.

8. Undang-Undang Hak Cipta.

  • Tidak dibenarkan menciplak, mencuplik dan seumpama dengannya tanpa kebenaran daripada pemilik sebenarnya. Namun ramai juga pemilik asal yang membenarkan karyanya diciplak dan seumpama dengannya asalkan sumbernya disebutkan.

Sekian, bye!

Rujukan: Buku, "Menjadi Penulis Jutawan" oleh Nimoiz TY. Mereka yang berminat boleh dapatkan di pasaran.

6 comments:

DINAKAN said...

ok juga ba.. kitorg paham2 suda sikit ini undang2, tapi... macamana agaknya kalau di hapuskan akta penulisan blog, akta percetakan, akta komunikasi dan akta komputer... ok ba kan.

Anonymous said...

lebih baik aku mati Dinakan..huhuhu

Little Mike (LM) said...

kita perlu akta untuk mengekang 'minda subversif' yang tidak meletakkan negara sebagai paksi penghormatan ketika menulis itu satu keperluan untuk bangun berjuang.

Mr. Aki Abad 21 said...

kalau buluk suda d kasi apus ...ngam lah bah..tingal kta buat surat layang banyak2.... inda mati akal manusia sikarang...pintar2 suda

ADMIN said...

akta yg sederhana dan `berpatutan` memang perlu utk mempastikan keadaan keharmonian terkawal. tapi, kalau akta digunakan utk kepentingan politik... itu harus ditentang!

Anonymous said...

Pasal cadangan Dinakan mau kasi hapus semua akta memang tidak ngam. rusak bangsa kita. Bayangkan Majalah/VCD lucah bahambur di mana-mana. Susa kita Dinakan. Itu bab kasi rusak masyarakat.Lapas itu,tulisan bebentuk hasutan lagi teruk. Lebih2 tulisan pasal perkauman dan agama. Ini barang kalau tiada kawalan,tingu saja macam di Ambon,Kalimantan dan Selatan Thai Ini baru di negara jiran. Jadi x ngam itu Dinakan.