SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, June 9, 2009

WARKAH BUAT HAWA

Hawa... Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu. Andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu. Andai engkau menjadi ibu, didiklah anakmu sehingga dia TIDAK GENTAR MEMPERJUANGKAN AD-DIN ALLAH.

Hawa... Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu. Ingatlah hawa !!! janji Tuhan kita, WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK. Jangan sesekali dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan mahram Kerana... aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman, maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya, dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa... Ketahuilah olehmu, lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui perhiasan yang ditonjolkannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi... Lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan mahramnya. Kerana, dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta. Kerana, dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita. Yakni, sebuah ikatan yang SAH di sisi Allah, itulah PERNIKAHAN. Oleh itu hawa, jagalah pandanganmu, peliharailah auratmu, awasi akhlak dan tingkahmu, dan TEGAK kanlah pendirianmu, sebaik-baik hiasan dunia adalah WANITA solehah. Kau HAWA! berusahalah segigihnya, mencontohi sifat dan sikap wanita-wanita contoh dunia, Mariam... Asiah... Khadijah... Fatimah... Menjadi idaman lelaki soleh, adalah kerana iman dan akhlak mulia, bukan manis kata-kata, bukan indah senyuman di wajah, bukan ayu kerlingan mata. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah cinta ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta saudara-saudaramu... keluarga... sahabat... yang membahagiakanmu.

Hawa... Cintailah Allah dikala susah dan senang, Kerana kau akan perolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan berjumpa cinta yang seumpama itu, cinta antara saudaranya. Cinta itu anugerah... cinta itu fitrah ketentuan Allah, cinta makhluk boleh datang dan pergi, Tetapi cinta Allah... cinta Rasul Allah... cinta yang abadi. JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA MENJADI ''TANGAN'' YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI

Wallahua'lam....

(daripada seorang teman...)

4 comments:

Umar al-Longobi said...

cuma ada 1 hati, tapi terpaksa banyak cinta yg perlu dimiliki dan diberi...

ison said...

Kada kow kojiwang baabanar ki. Haha...

NONG said...

Umar,
itulah jiwa insan.Hehehee.

Ison,
Katuk ong jiwang no.Kadang2 nopo beti jiwang.Amu obule ong suwab2 no jiwang.Koluog..hahahaa

SONSOGON said...

kadang2 jiwang ini memberi kadamaian..fikir2kan lah