SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, July 31, 2009

PELANCARAN BLOG GABUNGAN NGO SABAH

KOTA MARUDU, SABAH: Jumaat, 31 Julai, blog Rasmi Gabungan NGO Sabah dilancarkan tanpa paluang gong atau genta kompang, bukan juga dilancarkan oleh menteri. Para pembaca budiman dialu-aukan ke http://www.ngosabah13.blogspot.com, atau klik pada "BLOG GABUNGAN NGO SABAH" di ruangan link header blog ini. Blog tersebut akan memuatkan aktiviti-aktiviti NGO serta turut memuatkan blog/web site badan NGO sama ada dalam gabungan atau luar gabungan NGO Sabah.

Catatan 2008: Kebimbangan Terhadap Idea Memansuhkan ISA

Artikel ini saya telah postkan di blog Mickey's Corner tahun lepas di sebalik rasa gusar terhadap usaha pihak tertentu memanipulasikan akta tidak popular ini.
Kita melihat daripada sudut kekuatan sistem perundangan yang 'tidak digemari' dalam mendidik kemantapan bermasyarakat, mengawal adab dan tatasusila. Kemampuan dari segi definisi menjalankan fungsi kuasa inilah yang juga dapat menangani trend pemikiran semasa yang cenderung mengaplikasikan 'kesedaran' hak kebebasan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang dilihat mahu mengangkat konsep kebebasan bersuara 'tanpa had dan kekangan', atas alasan yang menggunapakai 'kebebasan bersuara secara aman', 'kebebasan berhimpun secara aman', 'kebebasan hak asasi dalam membuat bantahan secara aman' dan sebagainya yang boleh disudahkan dengan takrif 'aman'. Sekilas pandang, 'aman' dengan mudahnya dapat menangkap perspektif, satu kerangka menifestasi yang boleh sahaja memberikan kredibiliti dari segi penghayatan konteksnya. Dengan sendirinya dapat memberikan semacam dimensi yang berkonotasikan penolakan terhadap kelakuan subversif, konfrontasi atau kacau bilau emosi.
Percaya atau tidak, setuju atau tidak, kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, kebebasan berarak untuk membantah, jika tidak dididik oleh sistem yang betul dengan sendirinya akan menjemput risiko emosi tidak terkawal yang akhirnya melupakan tujuan asal, sama ada diakibatkan oleh propaganda, aplikasi intelektual yang tidak searah, tidak puas hati, pergeseran ideologi dan fahaman politik atau yang melibatkan isu perkauman. Bijak pandai dapat melahirkan pengalaman melalui kata-kata 'api kecil itu kawan, bila besar menjadi lawan'. Di dalam setiap karekter, kita tidak akan dapat membaca potensi dan tahap reaksi ketika yang mempimpin 'terlupa ketika teruja' dan yang dipimpin 'teruja dan terlupa'. Ia belum lagi pada peringkat bertelingkah pula dengan pihak bertentangan. Bila pihak berkuasa mengambil bahagian menjalankan tugas di bawah peruntukan kuasa undang-undang yang 'tidak digemari', bayangkan sahaja di mana tahap kawalan diri bila kecelaruan emosi semakin bertambah kacau.
Sejak akhir-akhir ini, isu ISA menjadi medan agrumentasi politik yang membawa kepada gesaan agar perubahan dilakukan termasuk idea yang mahu akta tersebut dimansuhkan. Ia bertitik tolak daripada ciri-ciri dalam perlaksanaan kuasanya yang boleh menahan individu pada bila-bila masa, mengikut keperluan, menahan tanpa perlu dibicarakan. Satu-satunya akta yang sangat tidak popular, kejam dan sudah tentulah telah diklasifikasikan sebagai ancaman kepada hak asasi, yang dianggap sebagai satu bentuk penafian dalam mendapatkan proses keadilan.
Perlu digingatkan bahawa jika diberikan ruang terbuka kepada pemansuhan ISA, idea ini tidak perlukan apa-apa 'jangkaan' kerana ia pilihan popular 'HAPUSKAN ISA!'. Sejauh mana kematangan kerajaan dalam menangani idea popular ini. Saya percaya, rata-rata rakyat Malaysia dengan mudah mengambil pendirian mendesak kerajaan mengambil langkah 'popular' agar meletakkan batu nisan kepada beberapa akta yang tidak digemari - ISA.
Sekiranya pihak berpendapat ia perlu DIMANSUHKAN, sistem perundangan di Malaysia kehilangan reaksi cengkaman kukuh untuk mengekang tindak-tanduk ekstrem atau sebarang perbuatan subversif yang membahayakan nyawa negara. Jika ada keperluan, saya melihat langkah mengemaskini atau pengubalan dengan tujuan menghalusi beberapa bahagian akta adalah lebih baik. Umpamanya prosedur perlaksanaan ketika menahan suspek, tempoh penahanan, hak perundangan untuk membela diri dan kebajikan semasa dalam tahanan.
Kita mempunyai harapan yang baik mengenai kenyataan Datuk Seri Najib yang menyebut "kami perlu menangani perkara itu." Semoga barisan kabinet akan datang dapat menghalusi setiap tindakan masa depan berkenaan sebarang langkah membabitkan pengubalan undang-undang demi mempastikan hayat negara tidak tercalar oleh kerakusan. Usah perjudikan demokrasi yang bernafaskan budaya mengikut acuan Malaysia semata-mata kerana j'angkaan bahawa ia mendapat sokongan popular' untuk pengubalan sekian akta yang banyak memberikan nyawa kepada keamanan sejagat dalam negara.

PEMIDATO MASA DEPAN KG. LONGOB

Puteri Hamidah
Pengerusi Program
Nota: 1. Penyampaian hadiah ini adalah bersempena dengan Pertandingan Pidato Peringkat Kg. Longob, Anjuran Puteri UMNO Bahagian P. 168 Kota Marudu. 2. Kita dapat menyaksikan, hadiah itu disampaikan oleh "Permata Lama" kepada "Permata Baru", pemidato masa depan Kg. Longob. Syabas dan tahniah kepada semua!

Thursday, July 30, 2009

FAHAMI MAKSUD I.S.A

Saban hari sejak kebelakangan ini pelbagai isu diutarakan dalam pelbagai blog mahupun pelbagai jenis media massa secara umumnya.

Namun demikian antara isu tersebut ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA,Internal Security Act) yang merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia dan Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Apabila atau Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), yang amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alat yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Bagi golongan bertamadun dan bermaruah sedarlah bahawasanya akta ini adalah sebahagian daripada acuan mempertahankan Perlembagaan Negara dan Kontrak Sosial yang telah termaktub dalam kaedah mempertahankan keamanan negara, perpaduan kaum dan konsep 'Menang-Menang untuk semua kaum'.

Justeru itu, gunakanlah saluran yang betul sekiranya terdapat perasaan kurang senang atau tidak puas hati terhadap sebarang dasar kerajaan dan jangan sesekali terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu yang boleh merugikan negara.

Pesanan untuk warga Kota Marudu dan Komuniti Utara Sabah yang berada di Semananjung; Jangan mudah terpengaruh hasutan luar yang boleh memalukan keluarga.

JAMUAN RAKYAT BERSAMA YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA

KOTA BHARU, 30 Julai- Majlis Jamuan Rakyat Bersama YAB Perdana Menteri Malaysia, akan diadakan di Padang Kompleks Sekolah-Sekolah Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, pada 1 Ogos 2009, jam 12.00 tengahari. Penulis merupakan salah seorang yang dijemput atas kapasiti sebagai wakil jabatan. Sesungguhnya program-program seperti ini amatlah digalakkan demi merapatkan jurang di antara pemimpin dan rakyat di dalam negara kita. Pemimpin-pemimpin di Kota Marudu, rajin-rajinlah menganjurkan aktiviti bersama rakyat. Tanpa rakyat, siapalah anda...

Permata Bangsa Sabah Utara, Ke Arah Permufakatan!

Selamat malam!
Permata Bangsa Sabah utara ke arah permuafakatan. Demikianlah perkembangan terkini yang berlaku dan ternyata ia telah menarik perhatian banyak pihak. Samada luar atau dalam Sabah. Sebelum itu, mana yang betul "Utara Sabah" atau "Sabah utara"? Ahhh... tidak kisahlah. Perkara kecil saja. Yang penting maksud kita sama. Tapi, saya lebih selesa menggunakan "Sabah utara" berdasarkan undang-undang nahunya. Baik, tiga daerah yang utama di zon ini iaitu, Kota Marudu, Pitas dan Kudat.
Daerah ini adalah daerah berjiran. Adat berjiran... apabila jiran susah, rumah sebelah akan terkena tempiasnya. Sekurang-kurangnya rasa kesedihan. Apabila jiran senang... rumah sebelah juga akan terasa percikannya, sekurang-kurangnya rasa kegembiraan. Lebih kuranglah situasinya daerah-daerah yang terdapat di Sabah utara. Susah dan senang yang ditanggung oleh salah satu daerah ini, pasti akan memberikan impak besar kepada daerah lain.
Atas sebab itu, permuafakatan khususnya di antara ketiga-tiga daerah itu harus diperkasakan bagi bersama-sama membangunkan zon ini samada dari aspek ekonomi, sosial, politik dan seumpama dengannya. Tahniah kepada Permata Bangsa Kota Marudu dan Pitas. Jalan kesatuan itu telah mula kita lihat. Diharapkan ia akan mencapai matlamat yang digariskan dan berakhir dengan kejayaan. Tinggal lagi, Kudat. Saya percaya atas komitmen yang ditunjukkan, sedikit masa lagi Permata Bangsa dari tiga daerah ini akan dapat disatukan.
BERSATU MENENTANG KEMISKINAN DAN KESUSAHAN!

Wednesday, July 29, 2009

KEMALANGAN DI JALAN UTAMA KOTA MARUDU KUDAT

KOTA MARUDU: Satu kemalangan yang melibatkan lori trailer dengan proton iswara aeroback. Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pm, di hadapan Restoran Singgah Hati. Dentuman yang kuat telah menyebabkan para pengunjung restoran terkejut. Bagaimana pun, kemalangan tersebut tidak melibatkan kehilangan nyawa. Lori berkenaan dalam perjalanan ke arah KK/Kudat sementara proton terlibat menuju ke arah Pekan Kota Marudu. Proton tersebut dalam perjalanan ke Hospital Kota Marudu untuk menghantar anggota keluarganya yang sakit buah pinggang. Punca kemalangan tidak pasti, masih dalam siasatan pihak polis. Tahniah kepada Polis Kota Marudu kerana pantas berada di tempat kejadian, lebih kurang 10 minit selepas kejadian tersebut. SAM

Lensa SAM

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com Antara Dj Utara Fm

Dj Tom & Nong
Dj Rumput
Dj Aldusuni
Dj PP

Tuesday, July 28, 2009

SALAM TAHNIAH SAM & PONET.FM

Dalam kesibukan kota, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan 'TAHNIAH' kepada semua warga SAM dan PONET.FM yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan misi penggabungan bersama dan dikenali Komuniti Utara FM. Saya selaku warga SAM juga amat bangga dengan pencapaian ini malah ramai dikalangan pembaca setia Blog SAM turut terkejut apabila melihat perkembangan yang tidak disangka-sangka, apatah lagi ianya turut dilancarkan oleh mantan PM Tun Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini. Dari Kepala Batas hingga ke Kota Marudu Singgah sebentar di Pekan Ranau Salam tahniah kepada sang guru tahniah juga buat DJ Rumput disitu.

NAK BERPOLITIK JANGAN JADI POLI(banyak)TIKUS

Dewasa ini semakin ramai orang yang giat berpolitik. Kadang2 seakan politik sudah menjadi gaya hidup bagi individu tertentu. Satu perkembangan yang ada nilai positifnya juga. Sekurang2nya ia menjadi satu indikasi bahawa rakyat kini semakin tidak boleh diperbodoh dan dipermainkan oleh golongan yang menganggap diri mereka lebih pandai berpolitik atau yang terlibat secara langsung dalam pergerakan sesebuah parti politik... Baca selanjutnya

PERUTUSAN TERIMA KASIH DARIPADA PENGERUSI GABUNGAN NGO SABAH

Oleh: ANDROD SADIAN (Pengerusi Gabungan NGO Sabah)

SAYA dengan sukacita ingin memberikan sekalung penghargaan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 atas kesudian memenuhi undangan kami di majlis yang sederhana tetapi meriah di Lohan Rest House, pada 25 Julai. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah yang mewakili kerajaan negeri Sabah kerana sudi bersama-sama dalam majlis tersebut.Tidak lupa saya mengucapkan syabas dan terima kasih tidak terhingga kepada semua AJK Pengelola yang dipengerusikan oleh Datuk Hj. Jirin Saliun , yang berjaya merancang dan melaksanakan program mengikut perancagan bersama. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih juga kepada Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Ustaz Mohd. Rodhi Daud serta rombongan NGO dari semenanjung Malaysia. yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada penduduk Kg. Lohan, Ranau dan pengunjung dari lain-lain daerah yang telah sudi bersama-sama dalam majlis 'Jasamu Diabadikan', Tun Abdullah Ahmad Badawi. Demikian juga kepada perwakilan NGO dari seluruh negeri serta individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran program ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas segala sumbangan, jasa baik, khidmat sukarela dan komitmen Tun/Tan Sri/Datuk/Tuan/Puan/Sdr/i...

"SEMOGA GABUNGAN INI BERTAMBAH MANTAP, TEGAP DAN KUAT"

Ke arah 1Sabah, 1Malaysia, Kerana yang 1...

Monday, July 27, 2009

VIDEO PELANCARAN Utara.FM

Sumber: http://utarasabah.net/

SANGURU DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT KUSNET (KOMUNITI UTARA SABAH)

Perlantikan Encik Androd Sadian sebagai Penasihat KUSNET..
Salam warga KUSNET, Saya mewakili para admin KUSNET adalah dengan ini melantik Encik Androd Sadian yang lebih dikenali sebagai Sanguru sebagai Penasihat KUSNET. Pertimbangan untuk perlantikan ini adalah berdasarkan kepada, 1. Beliau adalah Pengerusi Gabungan NGO Negeri Sabah sesuai dg KUSNET yang bersifat NGO dan kini menjadi salah satu komuniti yang termasuk dalam gabungan tersebut. 2. Penasihat kepada radio online rasmi KUSNET iaitu Utara.FM dan telah bertanggungjawab mengangkat Utara.FM ke satu tahap yang sangat tinggi apabila telah dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi atas inisiatif NGO Sabah. 3. Merubah satu dimensi baru KUSNET yang mana satu perkembangan positif berlaku dengan pantas di KUSNET dengan keterlibatan beliau secara langsung di KUSNET khususnya di Utara.FM. 4. Ketrampilan peribadi beliau sebagai pemimpin adalah sesuatu yang patut kita contohi dengan ciri-ciri pemimpin yang fleksible dan penuh dengan toleransi. Semoga dengan adanya tuan Sanguru secara langsung bersama dengan kita, kita akan lebih kuat, lebih bersatu dan lebih mantap untuk mencapai gagasan 1Utara dalam usaha untuk menyahut saranan kerajaan menjadi 1Malaysia. Terima Kasih Oleh Tuan Rumputt Ketua Pentadbir KUSNET..

INTIPATI UCAPAN PENGERUSI GABUNGAN NGO SABAH: 3 PERKARA

Lohan, Ranau, 25 Julai: Dalam ucapan Pengerusi Gabungan NGO Sabah sempena Majlis Jasamu Diabadikan untuk Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi,En. Androd Sadian mengemukakan 3 perkara. Beliau memilih angka "3" sesuai dengan minat Pak Lah tentang angka "3". 3 perkara tersebut ialah: PERKARA 1 : REKOD: 1. Pertama kali gabungan NGO menganjurkan majlis mengenang jasa pemimpin yang sudah bersara. 2. Pertama kali wujud gabungan NGO Sabah yang bersaiz besar. Kini ada 33 persatuan NGO yang bergabung di bawah Gabungan NGO Sabah. 3. Pertama kali wujud kerjasama sistematik antara gabungan NGO semenanjung dan Sabah. 4. Pertama kali sesebuah gabungan/NGO memiliki Radio sendiri. Gabungan NGO Sabah mempunyai radio online - utara.fm, yang turut dilancarkan oleh Tun Abdullah 5. Pertama kali NGO berbakti kepada masyarakat dalam bentuk yang kreatif iaitu menaja perkhawinan. 6. Pak Lah luar biasa. Naik bukan cara meminta, turun sebab diminta-minta (namun beliau tidak berkeras untuk bertahan) PERKARA 2 : VISI DAN MISI GABUNGAN NGO SABAH * Gabungan NGO Sabah akan mengeratkan kerjasama sesama persatuan di negeri Sabah. * Gabungan NGO Sabah akan berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pemimpin untuk menganjurkan berbagai program kemasyarakatan * Membantu semua ahli gabungan menganjurkan program-program persatuan masing-masing * Memperkasakan Gabungan NGO Sabah. * Membesarkan saiz Gabungan NGO Sabah. PERKARA 3 : PERMINTAAN NGO SABAH * Kerajaan dan pemimpin menganggap NGO sebagai sahabat * Kerajaan dan pemimpin prihatin kepada keperluan-keperluan NGO.

Sunday, July 26, 2009

NGO KOTA MARUDU D' LOHAN RANAU

Ahli-ahli NGO dari Kota Marudu sedang berbual-bual selepas program berakhir.
En Jason Majimal ( Naib Pengerusi II Persatuan NGO Sabah) dan En Majunus bersama dengan YB Datuk Masidi Manjun.
Pengerusi Persatuan NGO Sabah, En Androd Sadian bersama dengan Persatuan Talesamia Kota Marudu dan Persatuan Penderma Darah Kota Marudu.
KOTA MARUDU: Kehadiran beberapa Persatuan NGO Kota Marudu ke Program NGO Negeri di Lohan Ranau, amat memberangsangkan. Ini menunjukkan betapa NGO Kota Marudu ini berada dalam persefahaman dan kerjasama yang baik. Kesedaran yang tinggi dalam berpersatuan untuk menjaga kepentingan ahli dan juga kebajikan semakin jelas. Tahniah dan Syabas kepada Kota Marudu. SAM

Gambar Aldusuni

Kejayaan 1Malaysia bergantung kepada rakyat -utusan malaysia

RANAU 25 Julai - Kejayaan konsep 1Malaysia amat bergantung kepada sejauh mana rakyat negara ini menterjemah dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, jika rakyat tidak mengamalkannya, konsep itu tidak akan bermakna sedangkan gagasan yang terkandung adalah untuk kebaikan semua bagi jangka masa panjang.

"1Malaysia perlu diamalkan dan ini penting, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun menjelaskannya, kejayaan (konsep 1Malaysia) adalah daripada amalannya.

"Semua pihak perlu memahami dan mengamalkannya, maka segala apa yang dicita-citakan dalam 1Malaysia akan menjadi kenyataan. Ini penting dan perlu ditekankan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis Jasamu Dikenang dan pelancaran Utara FM, iaitu radio dalam talian di Rumah Rehat Lohan, Kampung Lohan, dekat sini hari ini.

Majlis anjuran Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sabah itu adalah bagi mengenang jasa serta sumbangan Abdullah terhadap pembangunan di negeri ini ketika menjadi Perdana Menteri.

Abdullah berkata, konsep tersebut amat relevan dan terbaik pada masa ini dan rakyat tidak harus menolaknya hanya kerana keliru atau tidak memahami matlamatnya.

Sementara itu, beliau berkata, sektor pelancongan di Sabah perlu mengeksploitasi sepenuhnya alam semula jadi kerana masih banyak tempat yang belum dikomersial sebagai ekopelancongan.

Selain itu katanya, pelancongan berasas kebudayaan dan kesenian juga perlu dijadikan produk baru berikutan keunikan kumpulan etnik yang pelbagai di negeri ini.

Mengenai perkembangan Koridor Pembangunan Sabah (SDC), beliau berpuas hati kerana pelaksanaannya masih berjalan walaupun setelah dirinya tidak lagi berada di tampuk pemerintahan.

"Saya senang hati dengan langkah-langkah yang diambil sejak SDC dilancarkan antaranya perjanjian yang telah dibuat, ini petanda baik untuk masa depan Sabah," katanya.

Lensa SAM

Saturday, July 25, 2009

Detik Bersejarah SAM dan UTARA Fm

Sanguru selaku Pengerusi Gabungan NGO Sabah ditemubual oleh DJ2 Utara Fm.
Warga Utara Fm bergambar dengan Datuk Hj. Jirin Saliun, Penasihat Gabungan NGO Sabah.
DJ Utara Fm sedang menemubual Datuk Hj. Jirin Saliun secara langsung.
Nash bersama para krew Utara Fm, selepas temubual berlangsung malam semalam di Rest House Kg. Lohan, Ranau.
Artis pertama dari Semenanjung bersama Utara Fm
Krew Utara Fm bekerja keras menjayakan liputan langsung malam sebelum kedatangan Pak Lah, sesuai dengan slogan SUARA KAMI, SUARA MEREKA.
Meskipun kekurangan peralatan, itu tidak menjadi penghalang kejayaan.
Kenangan manis sempena penggabungan SAM dan Utara Fm. Inilah hasilnya.

PENGAJARAN DARI PULAU TIOMAN

Apa khabar semua? Lama tidak mencoret di dalam SAM. Maklumlah dihambat dengan sedikit kesibukan. Syukurlah, SAM semakin matang dan berkembang sekarang. Penulis berbakatnya semakin bertambah, kegiatan offlinenya terus diaktifkan dan jaringan kerjasama dengan rakan-rakan luar KM bertambah erat. Ini satu petanda yang baik dan kita mengharapkan agar impaknya nanti akan dapat menyatukan Permata-Permata Bangsa Utara khasnya dan Sabah amnya di dalam rangka mengangkat peradaban rakyat. Sebenarnya saya baru balik dari Pulau Tioman. Sebuah pulau yang dikatakan sebagai antara terindah di dunia. Berdasarkan pemerhatian saya, 85 % pengunjung pulau tersebut adalah dari luar negara. Berada di Pulau Tioman adalah sama seperti kita bercuti di luar negara. Bermula dari bangsanya, budayanya, makanannya dan lain-lain lagi. Semua itu ala-ala kebaratan. Saya sempat bertanya kepada seorang rakan, "Kenapa kurang malaysian di sini?". Dengan selamba dia menjawab, "Sebabnya malaysian takde (kurang) duit.". Memang betul, bukan sedikit belanja jika hendak ke pulau itu. Makan malam untuk satu keluarga sahaja lebih kurang RM 700.00. Kalau saya seorang, RM 700.00 itu boleh menampung perbelanjaan dapur saya selama 3 bulan. Tapi, bagi mereka nilai itu sama sahaja dengan 70 sen. Demikianlah gambaran kasar berkenaan dengan Permata Bangsa dari negara luar. Saya percaya, sebahagian besar mereka adalah dari negara penjajah. Kalau dulu nenek moyang mereka menjajah kita secara fizikal, sekarang cucu mereka pula menjajah kita secara minda. Dengan membawa budaya hidup yang songsang dengan nilai-nilai agama dan ketimuran. Tapi, adakah mereka bersalah dalam hal ini? Tidak... kita tidak boleh salahkan mereka 100%. Mereka tidak pun melanggar undang-undang negara kita. Sekarang izinkan saya bertanya, di manakah status Permata-Permata Bangsa Marudu? Jawablah dengan jujur... Di mana mereka (Permata luar) berada, kita pasti akan melihat mereka berada dalam keseronokan. Ya, memang budaya hedonisme itu bakal menghancurkan diri dan bangsa. Tapi logiknya, mereka 'layak' berbuat demikian. Kerana mereka lebih maju ratusan tahun ke depan berbanding bangsa kita. Yang menggusarkan, apabila bangsa itu masih dicengkam dengan kemunduran tapi gaya hidupnya mengalahkan `urang putih`. Permata Bangsa Marudu, ingatlah! Masa berseronok untuk kita belum tiba lagi. Sekarang adalah masa untuk bekerja kuat bagi membangunkan rakyat Marudu samada dari segi minda atau fizikal. Sanggupkah kita melihat orang kencing dan menari-nari di atas kubur kesengsaraan rakyat Marudu? Bersama kita renungkan...

Friday, July 24, 2009

SAM DAN KUSNET D LOHAN RANAU : PELANCARAN UTARAFM

PARA DJ DAN TEKNIKAL KREW SEDANG BERUSAHA MENYEDIAKAN MINI KONTINYA.
DJ RUMPUT DAN WADY SEDANG BERTUNGKUS LUMUS MENYEDIAKAN RADIO UTARAFM SECARA ONLINE
DJ SIPUT DAN DJ KUPANG SERTA KREW UTARAFM SEDANG BERBINCANG
LOHAN, RANAU: Penyertaan SAM dan KUSNET di program NGO khusus untuk mengenang jasa mantan PM yang 5, Tun Abdullah memberi makna yang tersendiri kerana UtaraFm akan dilancarkan oleh Tun Abdullah. Selain itu, persediaan untuk pelancaran ini memperlihatkan kerjasama yang jitu di kalangan warganya. Adalah menjadi harapan yang UtaraFm akan bakal menjadi salah satu radio online nombor satu di Malaysia. SAM

Thursday, July 23, 2009

SELAMAT HARI JADI DS NAJIB...

KOTA MARUDU, SABAH: Pihak SAM mengucapkan selamat hari jadi ke-56 kepada DS Najib dengan doa dan ucapan. Doa: Semoga Tuhan memberi petunjuk dalam memimpin negarabangsa. Ucapan: Semoga 1Malaysia menjadi realiti...

Santai ...

Aldusuni " Lensa SAM "