SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, July 12, 2009

11 Hadiah untuk Hari yang Ke 100. Kota Marudu Perlu Cekap Hidu Peluang Perkara 7 Dan 8.

11 hadiah mesra PM DS Najib kepada rakyat sempena menyambut 100 hari sebagai Perdana Menteri Malaysia.
1. Diskaun Tol 2. Rumah Rakyat 3. Lesen Penjaja 4. Permit Teksi 5. Cegah Jenayah 6. Daftar Kelahiran 7. Jalan Luar Bandar - Pembinaan jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak ditambah dalam tempoh RMK-10. 8. Bekalan Air Dan Elektrik - Bekalan air dan elektrik ditingkatkan di Sabah dan Sarawak. Perincian akan diumumkan akhir bulan ini. 9. Latihan Motorsikal 10. Tambahan Peruntukan 11. Unit Amanah Sengaja saya tidak melampirkan kenyataan tambahan perkara lain. Bacaan tambahan boleh didapati di muka depan suratkhabar Berita Harian hari ini. Pengumuman oleh PM ini harus menjadi satu keutamaan oleh YB dan MP kita buat waktu ini. Kita harus claim idea kemajuan dan pembangunan ini (Perkara 7 dan 8) kerana ia hadiah PM sendiri kepada rakyat. Ini suntikan Persekutuan yang seharusnya diambil perhatian secekap dan sepantas yang boleh. Peruntukan yang disalurkan kepada MP dan YB untuk rakyat jangan pula hilang arahnya. Bersyukur kerana inisiatif tambahan di atas merangsang lagi idea pembangunan serta dapat menggerakkan peruntukan sedia ada MP dan YB bagi menyelesaikan projek kemajuan rakyat yang lain. Kalau dapat durian runtuh' tapi objektif memajukan Kota Marudu masih jauh tersasar, ENTAH la...Ini kerajaan Persekutuan yang bagi. Bukan baru hendak dipohon. SAM begitu berharap dan benar-benar ingin melihat Kota Marudu/Tandek menjadi sebahagian daripada hadiah ini. Pada masa yang sama kawasan pedalaman yang lain perlu turut bangkit menghargai hadiah ini. Maju prasarana majulah bangsa.

2 comments:

Umar al-Longobi said...

harap MP dan ADUN di KM ambil maklum akan perkara ini dan terus bertindak...

Little Mike (LM) said...

ya, kita inginkan kepantasan dan kecekapan orang politik kita untuk bertindak...