SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, July 6, 2009

14 FIRMA BIOTEKNOLOGI KOREA SELATAN TINJAU KERJASAMA DENGAN SYARIKAT

Sumber: Daily Express, 5 Julai 2009 KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 syarikat bioteknologi dari Korea Selatan akan berada di sini minggu depan dalam usaha menjalin pakatan dengan bioteknologi Malaysia. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata syarikat berkenaan akan mengambil bahagian pada Sidang Kemuncak Padanan Perniagaan Bioteknologi pada 7 Julai. "Mesyuarat itu akan menemukan usahawan dalam bidang penjagaan kesihatan, pertanian dan bioteknologi perindustrian dengan kumpulan Korea Selatan diterajui oleh Institut Penyelidikan Biosains dan Bioteknologi korea." Katanya dalam satu kenyataan, sabtu. Beliau berkata semasa lawatan kerjanya selama lima hari Korea Selatan yang berakhir semalam, banyak syarikat Korea Selatan berminat untuk memulakan operasi mereka di Malaysia bagi memenuhi permintaan pasaran Asean dan Timur Tengah. "Sebagai contoh, KBT Co Ltd merancang untuk membuka kemudahan penyelidikan kontraknya di Kuala Lumpur diikuti dengan kemudahan pembuatan" katanya. KBT Co Ltd juga akan mengadakan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia dan Sirim dalam pemprosesan bio produk asli, katanya. Sementera itu, syarikat pemprosesan bio, Biotron mahu memperkenalkan kepada Malaysia satu proses baru dalam pengeluaran bio-fuel menggunakan biomas tropika, katanya. Syarikat juga dijangka membentuk pakatan dengan InnoBio Sdn Bhd dari Malaysia dalam pengeluaran produk bio-farmaseutikal dan berminat untuk bekerja dengan Sabah untuk memajukan industri bioteknologi marin. Dr Ongkili berkata Korea Selatan merupakan satu daripada peserta utama bioteknologi dengan lebih 640 syarikat terlibat dalam perkhidmatan biokejuruteraan, perniagaan bioteknologi marin, farmaseutikal dan pertanian. "Saya percaya KBT Co Ltd dan Biotron akan menyediakan platform teknologi untuk bioreaktor bagi pengeluaran enzim yang akan membolehkan Malaysia mengkomersilkan patennya daripada universiti-universiti dan institut penyelidikan temapatan" katanya.
Semasa lawatan itu, Dr Ongkili juga melawat kemudahan Samsung Electronics dan kagum dengan kilang mengitar semula sisa elektronik yang dikendalikan oleh Persatuan Alam sekitar da diperintis oleh presiden Samsung Group Malaysia Datuk Lee Sang Bai. Bernama

4 comments:

Little Mike (LM) said...

sejauh mana Dr. Max memberi ruang kepada usahawan daripada sabah khasnya dari KM? Harap beliau ada cara untuk mengangkat usahawan tempatan atau sekurang-kurangnya pendedahan awal berkecipung dalam industri bioteknologi... Bila lagi balas budi KM??

dinakan said...

Ngam juga ini pelaburan bioteknologi kalau ada d Kota Marudu, kalau tanam jagung ambil masa lama, kalau ada teknologi begini rasanya satu minit kita tanam, masuk minit ke-2 sudah bebuah itu jagung... apa pendapat kamu org mr. aki.... ngam kan tompinai.

TOMPINAI said...

ngam juga tu dinakan...hehe
secara tegasnya, kita amat berharap agar yb. Dr max dapat membawa satu dua syarikat ini bertapak di daerah kita. Mungkin kalau dicari ada juga bahan mentah yang sesuai yg terdapat dikawasan ini.

Mr. Aki Abad 21 said...

dinakan/tompini
tanam 1 minit makan hasil minit ke 2 ini urang2 pintar2 saja yg dapat ooooo dinakan, macam kamik urang2 bukit tanam 1 ari makan 5 tahun itupun kalau inda mati ...tarap,langsat kamik tanam 5 ingga 7 tahun baru dapat kami rasa buah dia, pasal indada baja...kalau ada pun tahi2 burung saja n tahi sagala tahi bertumpuk2 kasi baja..

palaburan paling ngam d km adalah tantang pertanian,perikanan,penternakan...semua rakyat karaja itu bah..