SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, July 7, 2009

Permohonan Dibenarkan!

Ahli perniagaan Chia Foo Huan, 46, mempunyai sebab untuk tersenyum sebaik sahaja melangkah keluar daripada bangunan Mahkamah Majistret Papar pada pagi hari ini. Permohonan beliau untuk mendapatkan semula barang kemas bernilai RM1.3 juta, wang tunai sebanyak RM18,035 dan beberapa dokumen miliknya yang telah dirampas oleh pihak polis telah dibenarkan oleh Majistret Herlina Muse. Dalam penghakimannya, Herlina mendapati rampasan yang dibuat oleh pihak polis mengikut Akta Pajakgadai 1972 adalah tidak sah dan mengarahkan agar semua barang rampasan tersebut dikembalikan kepada Chia. Pihak polis yang bertugas di bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajakgadai, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, telah merampas barang kemas, wang dan dokumen tersebut kerana mendakwa Chia menjalankan perniagaan pajakgadai tanpa sebarang lesen. Rampasan itu dibuat ketika pihak polis menyerbu kedai emas milik Chia bertempat di Jalan Bunga Raya, Papar pada 4 Mei, tahun ini, jam 2.30pm.Pada 22 Jun yang lalu, Chia, melalui peguamnya P. J Perira, telah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 413 Kanun Acara Jenayah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Magistret Papar. Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Chia mendakwa perniagaannya telah terjejas akibat daripada rampasan tersebut."Rampasan yang dibuat oleh pihak polis terhadap barang kemas, wang tunai dan dokumen daripada kedai saya mempunyai niat jahat," tambah Chia yang memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah supaya semua barang rampasan itu dikembalikan kepadanya. Gambar di atas menunjukkan Chia (kiri) dan peguamnya, Perira berjalan keluar daripada Mahkamah Majistret Papar. Nota: Kadangkala dalam menjalankan tugas, ada kriteria siasatan yang terabai sehingga menyukarkan pengguna. Pengguna harus tahu mengenai hak sementara beri peluang kepada pihak berkuasa untuk melakukan tugas. Bagi mereka yang berhasrat menjalankan perniagaan atau sebarang bentuk bisnes, buatlah persiapan dan melalui cara yang sesuai supaya kemudian hari anda boleh menyedari hak asasi anda. Sedikit anjakan, kita di SAM dalam menjalankan tugas 'kewartawanan' mengetengahkan isu, perlu berhati-hati agar isu yang dibawa ke ruang artikel berpandukan juga kepada sebab munasabah dan ada faktanya. Setakat ini tahniah kepada SAM kerana etika siaran artikel tidak terbabas daripada kod penulisan dan tidak berpaksikan kepada prasangka melulu. Atas sebab ini, saya terdetik untuk menyertai gagasan SAM kerana percaya SAM wadah sesuai untuk saya berkongsikan sesuatu dari balik tirai mahkamah. Penegasan: sebarang siaran artikel saya mengenai kes dalam mahkamah, SAM tidak perlu bimbang kerana saya hanya akan siarkan artikel mengenai kes yang telah disahkan disabit kesalahan dan relatif kepada isu setempat. Buat waktu ini, ini pengenalan saya. Selepas ini, saya cuba mengetengahkan isu yang melibatkan Kota Marudu bertujuan mendidik masyarakat agar berdisiplin dan tidak mencemarkan nama baik KM. salam dari KAMAR HAKIM.  

4 comments:

Little Mike (LM) said...

Tahniah LEM. Anda memulakan langkah baru SAM dengan pengenalan artikel yang baik. Teruskan mendidik masyarakat.

Umar al-Longobi said...

bagus LEM! teruskan... artikel yg sangat berinformasi.

Rantong said...

Salam ziarah. Blog dan posting yang menarik.

View Profile: Rantong™

LEM said...

terima kasih atas komen yang membina... :)