SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, July 21, 2009

AKHIRNYA AKUR...

(Gambar: En. Kadir Shamsudin) Kg. Nolotan, Tandek, Kota Marudu, 21.7.2009: Projek membina jalan Tandek-Longob akhirnya siap diaspal. En. Kadir Shamsudin yang selama ini berusaha keras untuk memperjuangkan hak-haknya pun telah akur setelah mendapat jaminan. Berikut adalah kenyataan yang diberikan sendiri oleh En. Kadir Shamsuddin. 1. Pn. Luvita Koisun, Pegawai Daerah Kota Marudu: memberi jaminan bahawa rumah En. Kadir akan dibayar pampasan sepenuhnya sama ada mengikuti plan asal JKR atau jalan sedia ada. 2. Pn. Christina, Juru Nilai, Jabatan Tanah, Kota Kinabalu : turut memberi jaminan yang sama. 3. En. Hj. Razak, ADO, Pejabat Daerah Kota Marudu: beri jaminan akan mengurus perkara berkaitan pampasan ini. 4. En. Asnan Ismail, Biro Pengaduan Awam telah berhubung dengan En. George Akiong Daniel, Juru Nilai, Jabatan Tanah Kota Kinabalu dan memaklumkan bahawasanya pampasan akan dibayar. 5. Pihak Pejabat Pemungut Hasil Tanah Kota Marudu mengesahkan bahawa berdasarkan pelan yang disediakan oleh pihak kontraktor, rumah En. Kadir termasuk dan layak dibayar pampasan sepenuhnya. En. Kadir Shamsudin berpuas hati dengan penyelesaian ini dan mengucapkan ribuan terima kasih khususnya kepada SAM yang telah memulakan usaha penyelesaian ini, juga kepada semua pegawai yang terlibat khususnya Pn. Luvita Koisun, Pegawai Daerah Kota Marudu, yang sangat prihatin. En. Kadir juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf jika selama "perjuangan" ini terdapat kata-kata kasar dan sebagainya yang boleh menguris perasaan pihak-pihak berkenaan. Di pihak SAM, kami hanya memaparkan. SAM adalah media alternatif rakyat. Terima kasih.

1 comment:

Little Mike (LM) said...

semoga semuanya baik2 saja... walaupn ada waktunya pihak2 tertentu mungkin 'terluka' tapi bila bercakap tentang hak, tuntut la menurut kesesuaiannya. Syukur dapat diselesaikan dengan suasana aman...