SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, July 9, 2009

Anak bangsaku...

Merujuk kepada entri LM berkaitan dengan gejala sosial yang melanda permata bangsa. Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dengan anda semua. Tidak dinafikan dewasa ini kita berdepan dengan pelbagai ancaman sosial. Ancaman sosial ini bukan sahaja berlaku terhadap golongan remaja tetapi turut dialami oleh orang dewasa. Tidak mengira umur,bangsa,agama, pangkat dan tahap pelajaran. Membedung gejala ini bukanlah satu perkara yang mudah kerana ianya melibatkan kerjasama dari pelbagai pihak dengan menggunakan pendekatan yang lebih efisien. Kata pepatah menyatakan 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Oleh itu ibubapa memainkan peranan yang paling besar didalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa haruslah bersifat lebih konvensional, tegas dan menyemai didikan agama dari kecil kepada anak-anak. Telefon bimbit merupakan sebuah alat telekomunikasi yang sangat penting era ini. Bagi ibubapa, jika terpaksa membekalkan anak2 kemudahan ini, berilah anak2 anda telefon bimbit yang tidak mempunyai kemudahan internet, kamera dan video. Saya pernah diberitahu oleh adik saya bahawa semasa disekolah beliau pernah melihat pembunuhan ngeri didalam telefon bimbit salah seorang rakan. Saya sangat terkejut mendengar perkara tersebut. Kita semua tahu bahawa penggunaan telefon bimbit adalah tidak dibenarkan disekolah. Anak bangsa kita semakin pintar.. Sudah tiba masanya kita menggembleng tenaga mencegah kebejatan seperti ini terus meracuni permata bangsa yang kita kasihi. Kepada adik2 remaja yang dikasihi diluar sana.. Ingat perkara ini:- 1. 'JANGAN MUDAH PERCAYA KEPADA SESIAPA PUN' tidak bermaksud untuk sentiasa prasangka kepada insan disekeliling kita. 2. Sebagai gadis/teruna harus sentiasa berhati-hati di dalam menempuh alam remaja yang menyeronokkan tetapi sangat membahayakan diri jika disalahgunakan. 3. Kepercayaan yang diberikan oleh ibubapa bukan untuk disalahguna. 4. BERINGAT SEBELUM KENA,MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI. 5. Kasihi dan jagalah diri anda dengan sepenuh jiwa agar tidak ada penyesalan dikemudian hari. Sekali kita jatuh tidak semestinya tidak boleh bangun, merangkak,melangkah dan berlari semula. Tetapi jika seringkali jatuh,terlena dan mengharapkan orang lain untuk menyedarkan kita... bahaya tu adik2.... Masih ada waktu untuk berubah... Perhatian: Entri ini adalah pendapat peribadi saya.

3 comments:

Umar al-Longobi said...

ogumo dikau ot label TB, hehe. bagus, sy setuju!

nota: saya suah edit pic kau. ok juga ka? hehe

Tulunbunou said...

Hehehe..umar thanks.Ok ba..

Little Mike (LM) said...

sangat penting pendidikan karekter kanak-kanak bermula dari rumah. Perkembangan psikologi kanak-kanak dipengaruhi oleh sejauh mana ibubapa perhatian serius oleh sikap keibubapaan.