SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, July 10, 2009

"APA GUNA KEMENANGAN JIKA RAKYAT TIDAK GEMBIRA?"

MUKADIMMAH: Pada tahun 2008 (bahkan sebelum-sebelumnya pun) , rakyat N5 Tandek /dan P168 Kota Marudu mahu sangat agar agar BN (khususnya PBS) mengambil anak watan yang berkelayakan sebagai calon dan seterusnya pemimpin. Sayangnya, rakyat tidak tahu bagaimana menyuarakan suara hati yang berbelas tahun tersimpan, terbuku, membara dalam hati. Maka itulah "patik yang pacal dan hina ini"....membantu menyuarakan suara-suara itu kerana Tuhan memberikan ilham, idea dan cara kepada patik untuk melakukannya... Agak SULIT dan RAHSIA sikit jadi saya tidak akan bicarakannya di sini. Memadailah saya ringkaskan cerita...setelah "banyak pihak" membantu dan ribuan rakyat N5/P168 Kota Marudu menandatangani sokongan tanpa berbelah bahagi, saya lantas melampirkan satu surat yang ditujukan seretak kepada PM (ketika itu Pak Lah), CM, Presiden PBS, Tim. Presiden PBS, SU Agung PBS dan "pihak-pihak yang berkenaan". Dan dalam surat itulah antara lainnya saya ada nyatakan bahawa memang BN boleh menang di N5/P168 namun saya susuli pula dengan satu persoalan : "APA GUNA KEMENANGAN JIKA RAKYAT TIDAK GEMBIRA?..." . Inilah yang saya maksudkan dalam entri sebelum ini. Satu persoalan yang hingga kini belum dijawab. Pertanyaan di atas sebenarnya saya kutip dari pandangan salah seorang daripada ribuan rakyat yang kami temui. Dan...benarlah jangkaan kami - TERNYATA BN MENANG (syabas, memang kami sokong ketika itu) NAMUN SANGAT MENGHAIRANKAN DAN AMAT MENYEDIHKAN KERANA KEMENANGAN ITU SEMACAM TERLALU HAMBAR. RAKYAT TIDAK KELIHATAN GEMBIRA. Mengapa? Rakyat ada jawapannya... Apakah akan berulang lagi? Mungkinkah pacal yang hina ini terpaksa keluar masuk kampung lagi??? Apa pula persoalan rakyat ketika itu?

3 comments:

Umar al-Longobi said...

sy ada membaca kisah ini di dalam blog tuan dulu. sedikit sebanyak sy memahami jln ceritanya. hujung dan pangkalnya.

apapun, memang benar apa gunanya kemenangan jika tidak berjalan seiring dgn kegembiraan rakyat.

tapi, adakah `mereka` mementingkan soal kegembiraan rakyat? atau hanya kemenangan semata? bersama kita renungkan...

Anonymous said...

Nah apa yg ditulis ini adalah sesuatu yg benar.Anak tempatan yg berkelayakan harus mewakili kawasannya seperti N5 Tandek.Kalau kita tingu senario semasa politik di Semenanjung,ciri2 utama pemilihan seseorang calon ialah 'Anak tempatan'.Mimanglah BN tetap manang di Tandek tapi pada pandangan saya,itu adalah disebabkan oleh 'aura' parti PBS itu sendiri.Arwah Datuk Saibul dulu pun amat kuat sekali semasa berada dalam PBS, tapi bila keluar dan masuk PDS,beliau kalah.biarpun beliau adalah anak tempatan tetapi,tetapi beliau kalah dengan masyarakat tempatan yg hardcore dengan PBS.PRU lepas, kalau orang lain sekalipun yg tanding wakil PBS,kemenangan tetap dalam tangan PBS. Akan tetapi,dari apa yg saya lihat, masyarakat Tandek sudah semakin matang berfikir,kerana golongan veteran sudah tidak mampu berpolitik dan digantikan oleh generasi muda @ golongan muda yg berfikiran rasional dalam membuat sesuatu keputusan.golongan ini akan melihat pemimpin yg boleh bekerja ataupun tidak.pendek kata,pemimpin yg membantu rakyat akan disokong dan sebaliknya. wodithitam.

Anonymous said...

pbs/BN kejam jika terus mencalonkan sesiapa yang mereka suka tapi tidak disukai rakyat. Rakyat sayang BN, sanggup terima orang luar yang karut marut, tapi akan tiba masanya, rakyat N5/P168 akan kasi tumbang BN jika terus nda da akal. Zalim bah kalau memaksa rakyat memilih.