SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, July 14, 2009

Apa Perkembangan Projek Bermasalah Setakat Ini?

Gambar diambil daripada DUN N5 Tandek. YB Anita Baranting melihat sendiri projek bermasalah seperti jambatan gantung dan Astaka Tandek
Sebulan berlalu, tidak kedengaran lagi sebarang perkembangan mengenai dua projek bermasalah yang sebelum ini telah disiarkan oleh SAM. Perkembangan terkini mengenai jambatan gantung tidak diketahui. Adakah kerosakan jambatan dibaikpulih atau pihak pemaju memberhentikan begitu sahaja projek berkenaan? Bagaimana dengan projek Astaka Tandek? SAM mengharapkan kelibat YB di tempat projek bermasalah dapat mengatasi kerumitan yang timbul dan segera dapat menyelesaikan masalah projek tersebut. Artikel ini tidak bermaksud menangguk air keruh atau 'mengapi-apikan' semula isu ini. Namun sebagai warga Tandek, kita harus claim secara konsisten projek kemajuan yang telah disasarkan untuk Tandek. Kita mahu projek tersebut dijayakan untuk manafaat masa depan. Apa perkembangan projek penurapan jalanraya setakat ini? Ada idea yang mampu merungkai permasalahan timbul? Atau masih dibiarkan begitu sahaja. Tertangguh. Jangan dibiarkan lama-lama. Nanti lebih banyak gangguan terhadap bajet. Atau teruskan sahaja penurapan sepenuhnya mengikut laluan sedia ada(itupun kalau sudah buntu arah penyelesaian). Biar selesa digunakan oleh pengguna jalanraya. Harap ada perkembangan baik demi rasa kecintaan terhadap Tandek. SAM mengharapkan keprihatinan YB membuahkan susulan yang positif dan memberikan kredit kepada sokongan rakyat selama ini dengan reaksi prasarana desa yang baik.

5 comments:

ming2elly said...

YA, BETUL TU!!!

DEWAN KG KANDAWAYON PUN TIDAK LAGI KEDENGARAN APA KAH HASIL SELEPAS PAPARAN TEMPOH HARI...

sampai bila la kekurangan di atas NAIK TARAF dewan tersebut akan di RECTIFIED kan mengikut kehendak untuk NAIK TARAF ???

Aldusuni said...

ambil tindakan lagi bagus... sya suda ambil gambar.

Puteri said...

syabas YB..

Little Mike (LM) said...

ya kan.. dewan kandawayon lg pula. Harap ada perkembangan baik..

aldusuni... mana sudah tu gambar? yg terbaru ka?

Puteri.. kita akan sentiasa 'syabas' kepada mereka yang jalankan tugas dengan prihatin...

Umar al-Longobi said...

jangan disangka "marudu mudah lupa", hehe. kami ada rekod. kami akan sentiasa meneliti perkembangannya. jadi, kamu yg dibayar gaji buatlah kerja betul2. peace!