SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, July 9, 2009

Apa Sudah Jadi Dengan Pelajar Sekolah Kita?

Satu Malaysia (bukan 1Malaysia) baca berita ini, telah memalit arang, melukakan nama baik Kota Marudu. Ini berikutan laporan oleh suratkhabar The Star hari ini (muka surat 3), antara kandungan artikel melaporkan seorang guru melakukan spot check dan mendapati salah seorang daripada pelajarnya menyimpan klip dalam telefon bimbit yang merakamkan kejadian rogol ke atas rakan sekolah mereka, seorang pelajar perempuan berumur 13 tahun. Lima pelajar lelaki tingkatan 4 dan 5 telah ditahan polis selepas bapa kepada pelajar perempuan membuat laporan polis. Salah seorang daripada mereka dipercayai merakamkan aksi, sementara yang lain membuat 'kerja' masing-masing ke atas pelajar perempuan tersebut. Kejadian berlaku dipercayai 20hb May lepas di sebuah kampung di daerah Kota Marudu.
Nampaknya, kebejatan yang berlaku di kota menular ke kampung. Semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru, PIBG, bahagian pendidikan daerah perlu melihat isu ini secara serius dan mengambil langkah maksima membendung gejala tidak sihat ini. Usah menuding jari siapa yang harus dipersalahkan. Kegiatan harian pelajar sekolah di luar waktu pembelajaran perlu dipantau melalui gandingan bahu ke bahu. Banyak yang harus difikirkan. Kasihan permata bangsa kita. Jangan sampai masa depan bangsa kita dihiasi oleh generasi yang hilang rasa malu dan tidak lagi takut melakukan kejahatan.

16 comments:

SANGURU said...

Tugas mendidik bermula dari rumah. Dimantapkan di sekolah dan diperkuat oleh masyarakat. Menyedihkan apa yang berlaku kerana mereka anak-anak bangsa kita, harapan kita....menyalahkan mereka 100% amat-amat tidak wajar. Apapun, ianya telah berlaku dan harus jadi pelajaran dan pengajaran.

Little Mike (LM) said...

Harap pihak berkuasa pantau kafe berinternet dan kedai menjual telefon bimbit. Internet menyediakan segala-galanya di hujung jari. Ada peniaga telefon bimbit tidak bertanggungjawab menjual hp dengan tawaran 'pakej' tambahan free klip lucah. Ini mempengaruhi remaja yang masih mencari identiti diri. Setuju dengan sanguru. Gembleng tenaga harus bersepadu dari rumah, sekolah dan masyarakat. Tidak setuju juga jika pelajar ini disalahkan 100%. Semua pihak ambil iktibar

SANGURU said...

...Sebab itulah...saya memilih menjadi ibu-bapa separa konvensional. Hingga kini saya tidak benarkan anak-anak saya memiliki hp sendiri, tidak benarkan menguna internet. Saya sedang mengikuti perkembangan mereka...bila sudah tiba masa sesuai: gunalah...pakailah...

Biarlah saya dikatakan ketinggalan zaman. Yang ketinggalan boleh berlari mengejar, tapi yang jatuh rebah patah sakit, boleh bangun berlari lagi? SUSAH!

Admin RM said...

itulah sebab sy katakan Revolusi Akhlak & Moral remaja Marudu perlu dilakukan sebelum parah. walaupun terdapat pandangan sinis, sy dan kumpulan akan teruskan komitmen ini.

-m.i.r.a.c.l.e- said...

sebelum saya salahkan ibu bapa, guru, pibg dan pihak2 lain, baik saya salahkan diri sendiri dahulu. tepuk dada tanya nafsu!

Little Mike (LM) said...

adminRM - sebarang bentuk komitmen yang baik harus konsisten. Teruskan revolusi akhlak & moral. RM, SAM, individu, pihak berwajib dans esiapa sahaja,juga berperanan sebagai agen sosial

m.i.r.a.c.l.e - sepatutnya memang begitu. Individu perlu kuat prinsip moral dan karekter. Namun, ini perlukan kematangan yang tinggi. Mereka ini muda mentah. Tidak berfikir seperti orang berpengalaman, matang atau ambil tahu soal buruk baik. Mau tidak mau semua pihak terlibat saling bantu-membantu. kalau semua seperti miracle, alangkah sejuk hati ibubapa kita semua..

Little Mike (LM) said...

SANGURU. saya bersetuju tidak ada penggunaan telefon di sekolah termasuk 'menghalang' anak-anak daripada lebih awal terdedah kepada pengisian internet bersifat dewasa. Tidak salah akses internet tapi peringkat sekolah memadai tahu menggunakan komputer secara asas atau merujuk bahan bacaan.

Sampai masa nanti bila mereka dewasa, segala kemudahan ini akan dinikmati juga sebagai seorang yang berfikiran matang. Kedewasaan akan menjadi benteng waktu itu dalam membuat sebarang bentuk keputusan baik dan buruk. Rasanya usia muda alam persekolahan, elemen ini masih 'sukar' menjadi kebiasaan. Mereka masih perlukan bimbingan.

ANANG said...

Pandangan yg sangat baik drp SAM...tahniah, namun saya amat bersetuju dgn pandangan m.i.r.a.c.l.e, kita tidak perlu salahkan sesiapa....kita patut cermin diri sendiri agar segala godaan/tawaran itu boleh kita atasi dgn jayanya.

TERIMAKASIH

PEMIMPIN YANG TELUS LAHIR DARIPADA PRINSIP YANG KUKUH

ILLIE said...

sekarang persoalan dia..dimana kejadian ini berlaku? apa nama sekolah dia..sepatutnya kalu berita ini suda masuk newspaper..sia pasti jadi bahan bualan hangat di KM..harap2 kawan di KM bagi update dan cerita penuh mengenai kes ini

SANGURU said...

sy tahu kisah ni tp biarlah d selesaikan. Beri peluang kpd anak2 ini memperbaiki diri, kita manusia biasa, blh tergoda, blh buat salah, dan masih ada waktu untuk berubah. Biasanya org berubah klu ngam cara..

Untuk permulaan, tiap rumah jaga dan didik ahli2 dlm rumah. Mudah2an lahir masyrkat yg baik2...

Little Mike (LM) said...

illie.. saya kira penyiaran artikel tersebut mengambil kira pandangan ahli akademik, iaitu biar masalah dalaman diselesaikan dulu oleh pihak sekolah. Beri peluang kepada pelajar ini memperbaiki diri, dan beri juga kredit kepada sekolah yang sebenarnya sentiasa konsisten dalam piagam mereka membimbing pelajar. Kalau terdedah nama sekolah, pelajar, pasti ramai pihak terbabit menanggung malu. lagi pun sistem pendidikan kita tidak pernah mengkehendaki perkara sedemikian berlaku. sebab kes ini di luar daripada jangkauan sekolah.

SANGURU said...

DJrumputt, kalau baca entri ini, tolong pusing lagu ebit: MASIH ADA WAKTU...
masih ada waktu anak-anak muda berubah atau berlari mengejar impian. Masih ada waktu sang pemimpin baiki prestasi. Masih ada waktu sang pendosa membasuh noda dosa...MASIH ADA WAKTU. 3X.

evold said...

senang cite.. haramkan arak dan disko,pusat hiburan disabah.. takda krompomi..

tulunbunou said...

Kepada semua adik2 remaja yang dikasihi diluar sana..

Ingat perkara ini
'JANGAN MUDAH PERCAYA KEPADA SESIAPA PUN' tidak bermaksud untuk sentiasa prasangka kepada insan disekeliling kita.

Sebagai gadis/teruna harus sentiasa berhati-hati di dalam menempuh alam remaja yang menyeronokkan tetapi sangat membahayakan diri jika disalahgunakan.

Kepercayaan yang diberikan oleh ibubapa bukan untuk disalahguna.

BERINGAT SEBELUM KENA,MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.

Didikan agama dari kecil jg sangat penting didalam membentuk benteng pertahanan diri semasa remaja sehingga menginjak dewasa.

sekali kita jatuh tidak semestinya tidak boleh bangun, merangkak,melangkah dan berlari semula.

Masih ada waktu untuk berubah...

Anonymous said...

mmmmm...
kejadian ini berlaku bukan di pusat2 sosial seperti pub atau mana..

yang buduhnya c perempuan itu pun mabuk ikut itu lelaki 5 orang minum.
memang padan muka dia kena bedal.

Menurut sumber, kejadian rogol ini dirakam oleh para perogol menggunakan hp..

5 BEDAL 1...wueeeeeeeaaaaaaaaaak.

Little Mike (LM) said...

evold.. penutupan pusat hiburan, haram arak memang baik. Isu lain, tanpa penutupan atau pengharaman pun, penyimpangan akhlak tetap berlaku. Yang baik ialah kembali kepada sikap ketaatan peraturan hidup yang ditetapkan oleh agama. Agama sudah lama mengharamkan semua ini. CABARANNYA ialah bagaimana berjalan LURUS biar pun mata MELIHAT.

tulunbonou... jika mereka belum matang untuk berubah, masyarakat perlu mengembleng tenaga berkongsikan psikologi keibubapaan untuk mengangkat jiwa remaja kepada proses kematangan jati diri orang muda.

anonymous... terima kasih kerana berkongsi. Ternyata kisah di balik tabir agak menjelekkan. harap ini cerita yang menjadi titik tolak kesedaran anak-anak gadis dan peringkat perubahan sikap anak-anak muda.