SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, July 5, 2009

BICARA DIHUJUNG MINGGU

(SUDUT BICARA TANPA SUARA) Salam...rasa-rasanya dihujung minggu begini, kita semua lebih suka bersantai bersama keluarga dan bagi mereka yang suka mencari bahan mentah makanan, pastinya tamu hujung minggu menjadi tumpuan. Kita pasti sambil duduk mata mungkin ke arah TV tapi minda itu berfikir...berfikir untuk banyak perkara. Ada yang mungkin mengeluh..ah! esok kerja lagi, dan mungkin juga ada yang berfikir..ah! kenapalah saya perlu berkerja....1001 macam persoalan yang biasa lebih kepada keterusan hidup kita. Kadang2 terfikir juga kalaulah banyak duit pasti tidak akan merasa tertekan sangat...ya mungkin tapi tahukah betapa risau dan tidak tenangnya kehidupan mereka yang berduit...sentiasa takut..takut kehabisan duit dan juga takut kena 'kidnap'...Inilah kehidupan kata orang....bukan senang mahu senang, bukan susah mahu susah.... Seorang kawan telah menggunakan satu istilah ' biar wang berkerja untuk saya'. Ganjil bukan selalunya kita akan berkerja untuk wang tapi kawan ini menggunakan istilah lain pula...parah sudah mungkin ini kawan...fikir saya. Namun bila difikirkan semula, betul juga sebab selama ini kita berkerja kuat untuk mencari wang yang cukup...ambil overtime, buat jualan langsung dan macam2 lagi, semata2 untuk mengumpul wang. Bila wang cukup atau ada, apa yang kita buat, enjoy sana sini, beli itu ini....kita menggunakan pendekatan duit ini hasil titik peluh saya jadi biarlah saya menggunakannya sepenuhnya...itu berkerja untuk wang nah sekarang bagaimana dengan istilah wang yang berkerja untuk kita....Wang berkerja untuk kita....Bagaimana dan macam mana...boleh fikir....SALAM SAM

2 comments:

Little Mike (LM) said...

Di KL tempat saya bekerja.. istilah 'wang bekerja untuk saya' seakan satu kebiasaan. Bayangkan orang lain telefon keluar wang, mereka telefon, wang masuk.

Lebih PELIK tapi benar... percayakah pendapatan mereka (taikun bisnes) seminit goyang kaki income yg masuk mencecah RM2000 malah lebih?? kita dalam satu minit berapa? Saya telah membuat kiraan sepintas lalu kadar income yg saya dapat dalam seminit lebih kurang 17 sen sahaja... huhuhu...

itu belum tolak kos makan minum, maintenance, kos tempat tinggal, kos perubatan... adehhh...

cabaran alaf baru bukan terletak pada ukuran wang ringgit walaupun fenomenanya dalam hakiki kehidupan tidak dapat disangkal. Namun apa yang lebih penting ialah bagaimana kita dapat memajukan diri sejajar dengan majunya bangsa lain...

TOMPINAI said...

maksudnya LM, orang2 kita harus mengubah tanggapan yang 'kita berkerja untuk wang'kepada 'wang berkerja untuk saya'

orang2 kita harus dibuka mindanya atau membuat transformasi dalam pemikiran ekonomi mereka.

Oleh, Kita berharap supaya SAM akan bertindak kearah transformasi ini.

salam sam