SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, July 31, 2009

Catatan 2008: Kebimbangan Terhadap Idea Memansuhkan ISA

Artikel ini saya telah postkan di blog Mickey's Corner tahun lepas di sebalik rasa gusar terhadap usaha pihak tertentu memanipulasikan akta tidak popular ini.
Kita melihat daripada sudut kekuatan sistem perundangan yang 'tidak digemari' dalam mendidik kemantapan bermasyarakat, mengawal adab dan tatasusila. Kemampuan dari segi definisi menjalankan fungsi kuasa inilah yang juga dapat menangani trend pemikiran semasa yang cenderung mengaplikasikan 'kesedaran' hak kebebasan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang dilihat mahu mengangkat konsep kebebasan bersuara 'tanpa had dan kekangan', atas alasan yang menggunapakai 'kebebasan bersuara secara aman', 'kebebasan berhimpun secara aman', 'kebebasan hak asasi dalam membuat bantahan secara aman' dan sebagainya yang boleh disudahkan dengan takrif 'aman'. Sekilas pandang, 'aman' dengan mudahnya dapat menangkap perspektif, satu kerangka menifestasi yang boleh sahaja memberikan kredibiliti dari segi penghayatan konteksnya. Dengan sendirinya dapat memberikan semacam dimensi yang berkonotasikan penolakan terhadap kelakuan subversif, konfrontasi atau kacau bilau emosi.
Percaya atau tidak, setuju atau tidak, kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, kebebasan berarak untuk membantah, jika tidak dididik oleh sistem yang betul dengan sendirinya akan menjemput risiko emosi tidak terkawal yang akhirnya melupakan tujuan asal, sama ada diakibatkan oleh propaganda, aplikasi intelektual yang tidak searah, tidak puas hati, pergeseran ideologi dan fahaman politik atau yang melibatkan isu perkauman. Bijak pandai dapat melahirkan pengalaman melalui kata-kata 'api kecil itu kawan, bila besar menjadi lawan'. Di dalam setiap karekter, kita tidak akan dapat membaca potensi dan tahap reaksi ketika yang mempimpin 'terlupa ketika teruja' dan yang dipimpin 'teruja dan terlupa'. Ia belum lagi pada peringkat bertelingkah pula dengan pihak bertentangan. Bila pihak berkuasa mengambil bahagian menjalankan tugas di bawah peruntukan kuasa undang-undang yang 'tidak digemari', bayangkan sahaja di mana tahap kawalan diri bila kecelaruan emosi semakin bertambah kacau.
Sejak akhir-akhir ini, isu ISA menjadi medan agrumentasi politik yang membawa kepada gesaan agar perubahan dilakukan termasuk idea yang mahu akta tersebut dimansuhkan. Ia bertitik tolak daripada ciri-ciri dalam perlaksanaan kuasanya yang boleh menahan individu pada bila-bila masa, mengikut keperluan, menahan tanpa perlu dibicarakan. Satu-satunya akta yang sangat tidak popular, kejam dan sudah tentulah telah diklasifikasikan sebagai ancaman kepada hak asasi, yang dianggap sebagai satu bentuk penafian dalam mendapatkan proses keadilan.
Perlu digingatkan bahawa jika diberikan ruang terbuka kepada pemansuhan ISA, idea ini tidak perlukan apa-apa 'jangkaan' kerana ia pilihan popular 'HAPUSKAN ISA!'. Sejauh mana kematangan kerajaan dalam menangani idea popular ini. Saya percaya, rata-rata rakyat Malaysia dengan mudah mengambil pendirian mendesak kerajaan mengambil langkah 'popular' agar meletakkan batu nisan kepada beberapa akta yang tidak digemari - ISA.
Sekiranya pihak berpendapat ia perlu DIMANSUHKAN, sistem perundangan di Malaysia kehilangan reaksi cengkaman kukuh untuk mengekang tindak-tanduk ekstrem atau sebarang perbuatan subversif yang membahayakan nyawa negara. Jika ada keperluan, saya melihat langkah mengemaskini atau pengubalan dengan tujuan menghalusi beberapa bahagian akta adalah lebih baik. Umpamanya prosedur perlaksanaan ketika menahan suspek, tempoh penahanan, hak perundangan untuk membela diri dan kebajikan semasa dalam tahanan.
Kita mempunyai harapan yang baik mengenai kenyataan Datuk Seri Najib yang menyebut "kami perlu menangani perkara itu." Semoga barisan kabinet akan datang dapat menghalusi setiap tindakan masa depan berkenaan sebarang langkah membabitkan pengubalan undang-undang demi mempastikan hayat negara tidak tercalar oleh kerakusan. Usah perjudikan demokrasi yang bernafaskan budaya mengikut acuan Malaysia semata-mata kerana j'angkaan bahawa ia mendapat sokongan popular' untuk pengubalan sekian akta yang banyak memberikan nyawa kepada keamanan sejagat dalam negara.

18 comments:

Umar al-Longobi said...

ISA harus diberikan nafas baru. Kita ambil jalan pertengahan. Tidak perlu mansuh, tapi perlu dipinda sedikit agar lebih kelihatan menghormati hak asasi manusia.

"prosedur perlaksanaan ketika menahan suspek, tempoh penahanan, hak perundangan untuk membela diri dan kebajikan semasa dalam tahanan."

Perkara2 ini perlu diberi perhatian semasa sebarang penambahbaikan dibuat.

SANGURU said...

setuju dan sokong komen sdr. Umar. Tambah sikit lagi:

ISA UNTUK SEMUA. Maksud saya, siapapun yang patut ditahan, hendaklah ditahan demi mencapai konsep dan maksud ISA itu sendiri.

INGAT: "ISA UNTUK SEMUA"

Anonymous said...

saya hormati pandangan Sdr Umar dan sanguru serta sang penulis.

Ini Untuk Percambahan Minda sahaja. Rasa-rasanya, kalaulah 20 tahun akan datang sanguru tiba-tiba ditahan dengan menggunakan ISA kerana lantang menyuarakan hak rakyat Tandek yang tertindas (biasalah pejuang rakyat). Kenyataan2nya samada rasmi atau tidak tapi tidak disenangi oleh pihak yang berkuasa kerana menyatakan suara rakyat. maka apakah reaksi rakyat Tandek ketika itu apabila wira mereka ditangkap tanpa dibicarakan dan tiada jaminan masa untuk dibebaskan? bagaimana pula reaksi anak-anak dan isterinya pula pada waktu itu?

Gaaman said...

awal 1980an anak watan Sabah ditahan dibawah ISA kerana 'mengkritik' kerajaan Negeri berhubung penyerahan Labuan kepada KL. Tapi barisan pimpinan utama (negeri Sabah)yang mengetuai rusuhan(berlaku bom sana sini di KK) 1986 hanya didenda beberapa ratus saja. Fikir-fikirkan.. yg mana satu yg mengancam keselamataan negara???..

ison said...

Saya berpendapat setiap orang wajar diberikan hak/peluang untuk membela diri. Samada bersalah atau tidak, biarlah perundangan yang menentukan.

Sedangkan sistem kehakiman/perundangan di Malaysia juga 'nampak' tidak adilnya apabila kes berprofile tinggi yang dibicarakan, sudah tentu ISA (yang ada sekarang) boleh saja dimanipulasikan untuk kepentingan survival politik pemimpin2 tertentu.

Oleh itu saya sangat setuju jika ISA dipinda. Penahanan terus suspek bukan masalah utama, tetapi apa yang dibuat terhadap suspek semasa dalam tahanan dan adakah peluang untuk suspek membela diri atau tidak. Kerana apa?

Kerana definisi 'mengancam keselamatan negara' boleh saja dibuat ayat yang sama, tetapi membawa maksud yang berbeza mengikut tafsiran rakyat, niat pemimpin politik, dan sistem perundangan itu sendiri.

Perlu diingat bahawa ISA yang ada hari ini adalah kesinambungan daripada Emergency Regulations Ordinance 1948 yang tujuan asalnya ialah untuk membenteras komunis. Namun kini ISA sudah macam2 kegunaannya atas nama dan alasan 'mengancam keselamatan negara' inilah.

Niat itu kedengaran memang baik, tetapi kita mahu mencari titik pertemuan yang boleh diterimapakai agar ia lebih telus dan adil untuk 'semua' dan bukan hanya adil untuk kepentingan individu tertentu di sebalik nama 'keselamatan negara'.

Little Mike (LM) said...

sanguru, ison dn umar..
setuju bahawa penambahbaikan akta ISA lebih baik daripada mansuhkan terus.

anonymous,
CARA merancang perjuangan menunjukkan di mana tahap jangkauan keagresifan dan melaksanakan CARA menjadi pemisah antara perjuangan, ekstremist, sabotaj, subversif dan sebagainya...

akta ISA perlu dipakai dalam keadaan yang sesuai. Setakat perjuangan untuk suara rakyat melalui cara dan saluran betul, tidak memungkinkan penggunaan ISA.

dalam isu lain seperti HINDRAF kes mereka juga memperjuangkan hak kaum India terpinggir maknanya memperjuangkan hak minoriti. Atas kontes sama 'memperjuangkan suara rakyat' tapi cara yang membahayakan negara. Umpamanya isu yg ditimbulkn oleh HINDRAF seperti penyembelihan ethnik, perjuangan berdarah, memburuk-burukkan imej negara di mata antarabangsa... maka wajar dikenakan ISA.

jika memperjuangkan suara Tandek tapi membawa isu yg membahayakan negara, wajar la dikenakan tindakan ISA. Itu bukan perjuangan rakyat namanya. Perjuangan rakyat ialah perjuangan pembangunan, kemajuan dan pembinaan karekter minda bangsa.

Jika fakta pemimpin tidak ambil tahu hal rakyat, tapi dikatakan melakukan penyembelihan ethnik, di mana kebenaran perjuangannya?

sebab itu ISA masih releven. Bukan mansuhkan tapi gubal beberapa bahagian sebagaimana yg saya nyatakan dalam artikel.

Little Mike (LM) said...

gaman... dari segi isu itu, saya rasa tidak wajar digunakan ISA kerana 'mengkritik' isu Labuan.Tak mungkin kan mengkritik saja boleh dikenakan tindakan ISA

Tapi kita tidak tahu apa sebenarnya kandungan kritikan mereka sehingga menyebabkan ada keperluan untuk melaksanakaan ISA.

SANGURU said...

sekirannya aku bersuara yang tidak baik dan dengan cara yang tidak baik maka memang WAJIB aku ditahan pihak kerajaan. Jika sebaliknya maka pihak kerajaan seharusnya menyayangi orang seperti aku.

Pemurnian terhadap ISA memang perlu. Sepatutnya dimurnikan dari dulu, tak perlu tunggu rusuhan. Adil, telus dan ikhlas. Inilah maksudku "ISA UNTUK SEMUA" bukan untuk individu/golongan tertentu sahaja, manakala yang lain tidak.ISA untuk kepentingan rakyat dan negara, bukan untuk kepentigan pihak tertentu pula...ini SIA-SIA namanya...

Little Mike (LM) said...

benar sanguru... ISA perlu untuk semua demi rakyat dan negara dan bukan untuk golongan tertentu sahaja.

jika saya bersuara yang tidak baik dan dengan cara yang tidak baik maka memang WAJIB juga la aku ditahan pihak kerajaan.

Gaaman said...

hakikatnya begitu la 'kan?..ada pro dan kon, dan bukan senang mencari titik pertemuan yg MAMPU menyenangkan hati semua orang(pihak). Inilah realitinya pemerintah akan berusaha mempertahan sesuatu yg memberi kelebihan kepadanya..

Mr. Aki Abad 21 said...

inda paya banyak cakap... cakap macam mana sakali pun tatap dua parkataan yg kita mahu..sukung isa atau tulak isa..pada mr.aki ISA wajip ada untuk ''PANJAHAT'' d kasi kurang atau d kasi bagus itu lain carita.... panjahat memang tanpat dia inda bagus, urang bagus suda tantu d atas tilam.

pindik kata mr.aki sukung ISA d kasi kakal...merika yg parna masuk kurungan tatap cakap inda adi....walaupun dia barsala.


taruskan ISA tangkap manusia panjahat2

Little Mike (LM) said...

Mr. Aki....
harus kekal ISA... untuk perubahan waktu, perlu diperhalusi...

Tulunbunou said...

ISA wajar diteruskan demi keharmonian negara tercinta.. cuma perlukan sedikit penambahbaikan.

ISA bukan Ikut Suka Aku said...

Kenapa kita mahu mansuhkan sedangkan kita boleh menghalusinya?

Little Mike (LM) said...

tulunbonou... nada kita seiring

ISA bukan Ikut Suka Aku... tanyamu tanyaku jua.... terima kasih bertandang

Anon 80 said...

SALAM HORMAT BUAT SEMUA,

2X5 tidak sama dengan 2X2 kerana jawapannya sungguh berbeza.

Maka meminda, menghalusi atau mengubahsuai AKTA ISA samalah maksudnya dengan memansuhkan ISA. Bila ISA sudah diubah maka dimansuhlah itu maksudnya. Bererti,ada yang baru hasil daripada evolusi yang lama. Maka yang lama tidak lagi sama dengan yang baru.

Sdr LM,

"Perjuangan rakyat ialah perjuangan pembangunan, kemajuan dan pembinaan karekter minda bangsa." Ya ini memang benar. Tetapi pembinaan karater minda apa jika ia dihalang oleh ISA?.

Suatu ketika dulu PBS dipandang tinggi oleh segenap lapisan rakyat Sabah kerana kelantangannya memperjuangkan hak-hak rakyat Sabah. Sebut saja, siapa yang perjuangkan 20 PERKARA yang menjadi asas kepada pembentukan Malaysia. Bukankah pemimpin PBS (Pairin, Dr.Max, Dr Jeffry and etc.)?. Namun apa yang terjadi dengan pemimpin-pemimpin ini?. Bukankah ISA yang mengajar mereka untuk tunduk membisu memperjuangkan Hak ini sehingga kini. Implikasinya, Rakyat sabah akan sekian lamalah diperkotak katikkan oleh pemegang amanah ISA ini. Minda Rakyat menjadi jumud angkara takut memperjuangkan sesuatu isu. hakikatnya, Pembangunan bangsa tak kemana, kemajuan tak kunjung tiba seperti yang dihujahkan oleh LM.

Sdr LM,

" Setakat perjuangan untuk suara rakyat melalui cara dan saluran betul, tidak memungkinkan penggunaan ISA."

Persoalannya sekarang, apakah cara yang digunakan oleh pemimpin2 ini tdk betul dalam memperjuangkan 20 PERKARA?. adakah cara mereka dulu telah mengancam keselamatan negara?. Atau adakah mereka-mereka ini PANJAHAT seperti kata Mr. Aki (yang Bahasa Melayunya tunggang langgang). Saya rasa TIDAK. tapi mengapa ISA yang digunakan?

Saya masih ingat artikel pujian yang dibuat oleh Ketua Pengarang Utusan melayu ketika kali pertama DR MAX menjadi Menteri Kabinet Persekutuan pada tahun 2001. Dalam artikel itu Dr. max mengimbau sejarah ketika dia ditahan ISA cermin matanya HANCUR kerana dikasari oleh pegawai ISA. Sehingga kini kesalahan Dr Max dan yang lain2 itu tidak pun diperjelaskan. Demikian juga dengan kes Mata lebam Anwar Ibrahim kerana ditumbuk sewenang-wenangnya dalam tahanan ISA. Rasa-rasanya kalaulah Sdr LM atau keluarga LM lah yang ada dalam situasi itu, apakah perasaan LM?.

SALAM

Umar al-Longobi said...

(Maka meminda, menghalusi atau mengubahsuai AKTA ISA samalah maksudnya dengan memansuhkan ISA. Bila ISA sudah diubah maka dimansuhlah itu maksudnya. Bererti,ada yang baru hasil daripada evolusi yang lama. Maka yang lama tidak lagi sama dengan yang baru.)

Sdr/i Anon 80,

Sila rujuk kamus dewan edisi terkini. jelas dan terang, perkataan "mansuh" dan "pinda, halusi, ubah (sedikit)" adalah berbeza. harap maklum.

penambahbaikan (spt pindaan dll) itu antara lain tujuannya adl utk mengelakkan nasib yg sama menimpa pejuang2 rakyat pada masa ini dan akan datang.

syabas atas pandangan yg bernas. teruskan bersama SAM!

Little Mike (LM) said...

Anon80,
sangat menghargai pandangan saudara. seperti kata umar al-longobi, memang jelas perbezaan antara mansuh dan mengubahsuai,memperhalusi akta... MANSUH - ditiadakan/dihilangkan daripada peruntukan undang-undang/tidak digunapakai. MENGUBAHSUAI/MEMPERHALUSI - memindah beberapa bahagian dalam akta agar lebih berperikemanusiaan tanpa menjejaskan fungsinya.

Sekadar cerna minda. saya rasa jika pemimpin kita bijak,sabar hati dan 'merendah diri'tapi konsisten dan tegas, tahu menggunakan segenap cara dan saluran yang dapat diperakui dalam konteks perundangannya, delegasi demi delegasi, dimuafakatkan perbincangan melalui meja bulat dan bukan menyalak di media, mengelakkan penglibatan rakyat (sebaliknya pemimpin kepada pemimpin melalui konteks pemikiran ilmiah), tiada provokasi dalam perjuangan PERKARA 20.... apakah perjuangan ini gagal mendapat tempat untuk dibincangkan peringkat tinggi?

Jika saya memperjuangkan PERKARA 20 tapi melibatkan rakyat melalui tindakan mengapi-apikan perasaan, provokasi kepimpinan, sentimen melawan arus, street protest, melibatkan media dengan segala macam keriuhan politiking.. bernada keras tapi kurang inisiatif dari segi konsistensi deligasinya, BERANI tapi tidak dalam konteks muafakat dan semangat kenegaraan, rasanya perjuangan begini akan BERJAYA? rasanya KALAU INILAH caranya, saya bersedia dikenakan ISA jika semua 'kekerasan' di atas saya aplikasikan di dalam cara. namun jika saya berusaha dengan cara 'halus' namun masih GAGAL, saya akan tetap menggunakan konteks semangat kenegaraan untuk mendapatkan HAK kita. saya tidak perlu takut penggunaan ISA.

saya mengalu-alukan pandangan saudara anon80. Terima kasih kerana berkongsi pemikiran saudara dengan saya. Saya gembira dan bersedia belajar daripada saudara... teruskan bersama SAM.. :)

jika ada kata terlajak, tegur-tegur la...