SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, July 30, 2009

FAHAMI MAKSUD I.S.A

Saban hari sejak kebelakangan ini pelbagai isu diutarakan dalam pelbagai blog mahupun pelbagai jenis media massa secara umumnya.

Namun demikian antara isu tersebut ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA,Internal Security Act) yang merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia dan Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya. Apabila atau Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan.

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan mempertahankan hak asasi manusia. Dikenali sebagai "keganasan putih" (white terror), yang amat ditakuti dan dibenci, meskipun menjadi satu alat mudah untuk negara membasmi sebarang penentangan dan debat terbuka. Akta ini merupakan satu alat yang dikekalkan oleh kerajaan yang berkuasa untuk mengawal kehidupan umum dan masyarakat awam.

Bagi golongan bertamadun dan bermaruah sedarlah bahawasanya akta ini adalah sebahagian daripada acuan mempertahankan Perlembagaan Negara dan Kontrak Sosial yang telah termaktub dalam kaedah mempertahankan keamanan negara, perpaduan kaum dan konsep 'Menang-Menang untuk semua kaum'.

Justeru itu, gunakanlah saluran yang betul sekiranya terdapat perasaan kurang senang atau tidak puas hati terhadap sebarang dasar kerajaan dan jangan sesekali terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu yang boleh merugikan negara.

Pesanan untuk warga Kota Marudu dan Komuniti Utara Sabah yang berada di Semananjung; Jangan mudah terpengaruh hasutan luar yang boleh memalukan keluarga.

22 comments:

Anonymous said...

iya.. saya sokong jika ISA tidak di mansuhkan.

Anonymous said...

org2 kota marudu sedar juga bah ISA, walaupun kami d semananjung, kami tetap jaga tatasusila kampungan tooo...

Umar al-Longobi said...

ISA mungkin tidak perlu dimansuhkan. Namun, ada baiknya dilakukan sedikit pindaan sbg penambahbaikan. Spt, berikan peluang kepada tertuduh untuk membela diri di mahkamah. Sebab kita risau berlaku kesilapan di dalam penangkapan itu. Sekarang negara aman dan damai. Lainlah kalau masih zaman komunis.

gadis putrajaya said...

bagi saya ISA perlu dimansuhkan, kerana ianya memberi banyak masalah kepada negara teutama individu yang belum pasti kesahihannya dalam melakukan kesalahan.

Jiran Presint 3 said...

ngam.. adalah perlu dipertahankan ISA, namun saya kurang setuju pendapat sdr umar, kerana negara kita mengamalkan pelbagai undang2, setiap kesalahan memang mempunyai akta tertentu. tidak semestinya menangkap kucing pendatang pun kita kategori ISA, Kan ada akta jenayah sosial.

Umar al-Longobi said...

Baik buruk ISA, hanya yg pernah menjadi mangsa sahaja yg tahu. selagi tidak kena pada batang hidung sendiri, selagi itu kita tidak nampak keperluan penambahbaikan akta ini.

Nota: Jika menangkap kucing itu "ditafsirkan" oleh si A boleh menyebabkan tergugatnya keamanan negara, ia boleh dikenakan ISA.

presint 11 said...

semestinya ISA memang patut d pertahankan. tak perlu d mansuh, kalau nak ubah kandungan ubah sikit je.

Batu Pahat JB said...

ISA? Ape tujuan puak2 pro-ISA ni nak wat demonstrasi serentak dengan demonstrasi anjuran anti-ISA? Adakah mereka sengaja ingin menimbulkan huru-hara pada 1 Ogos nanti..??
Rasanya, baik jgn d kaji lah ISA ni.

suara Johor said...

SDR DINAKAN, adakah ini sebahagian intipati cadangan Majlis Gabungan Ngo Pembela Negara, MAGARAN pula juga ingin menganjurkan demonstrasi mempertahankan ISA pada tarikh, tempat dan masa yang sama. Mereka yang disertai 10 NGO Melayu yang mana salah satunya adalah Persatuan Silat Seni Lincah, mendesak GMI supaya membatalkan demonstrasi tersebut, jika tidak mereka juga akan berdemo menentang GMI. Adakah mereka ingin mencetuskan pertempuran gergasi antara dua pihak??

wisma putra said...

ISA perlu dipertahankan dalam menjamin keharmonian kaum, sdr2 sekalian sedarlah dan insaflah dan beringatlah kita sebagai kaum melayu mempunyai FASAL 152 Perlembagaan Malaysia.

pewaris keadilan said...

tuan/puan sekalian, ayuh hadiri perhimpunan sabtu ini.kerana,
GMI telah menyeru orang ramai menghadiri perhimpunan dikenali sebagai Perhimpunan 100,000 rakyat di beberapa lokasi antaranya Masjid Jamek, Kompleks Sogo dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong mendesak supaya ISA dihapuskan.

pro ISA said...

pewaris keadilan, jgnlah ikutkan perasaan jangan sampai terdapat segolongan lagi yang seperti : Perwaris dan Perkasa pula merancang mengadakan perhimpunan di Padang Merbok, Pasar Seni dan Masjid Negara bagi menyokong agar ISA dikekalkan.

Shah Alam said...

sewajarnyalah saya setuju cadangan sdr dinakan, ini kerana sbg penjawat awam atau tidak kita perlu menyokong ISA dan bukan membantah.

kajian terhadap sesuatu perbuatan perlu dilakukan jika mengubah atau menambahbaik sedikit dasar ISA.

Anonymous said...

Perlembagaan Negara dan Kontrak Sosial memang perlu dikekalkan tanpa diubah atau tambah baik meskipun zaman dah berubah...

walau bagaimanapun, ISA perlu dipertahankan juga kerana ianya kunci generasi akan datang. bayangkan jika di mansuhkan? mungkin terdapat banyak jenayah berlaku dimalaysia amnya dan sabah khususnya.

sewajarnya pertahankan ISA.

keramat KK said...

awasi dino sdr dinakan, ISA memang patut dikekalkan dan pertahankan namun kajian untuk menambahbaikan mmg perlu dibuat.

tokou tulun km, jgn sekali-kali kasi susah mak bapak kalau d luar sabah, jaga budaya dan keharmonian negara, bangsa dan agam tokou.

Anonymous said...

BAH.. OK LA TU JUGA KALAU SAYA PASAL ISA INI.

Little Mike (LM) said...

Pemansuhan ISA satu langkah ke belakang.

SANGURU said...

Undang-undang perlu. Langkah pencegahan juga perlu. Tanpa undang-undang, berantakan segalanya. Tanpa pencegahan, terpaksa merawat perkara yang bukan senang di rawat.

Kekalkan ISA. Perbaiki kelemahannya. Telus, Adil dan Ikhlas. Cara menahan dan melayan hendaklah berbeza "sebelum didapati salah" dan "selepas didapati salah".

Kalau pendapat2 umum yang baik dan rasional diambil kira, saya fikir ISA itu masih mampu "menakutkan" orang tapi tidak lagi "menganiaya" orang.

Oya, tq sahabat2 dari PJ (Putra Jaya). Kami di SAM seronok bersama sdr/i...

Gaaman said...

ISA senjata mesra kerajaan, kelihatan lembut dan halus tapi pemusnah kpd "dorang-dorang"(yg inda ngam dgn putera jaya telipok??)...

Anonymous said...

ISA perlu untuk pencegahan, ISA tidak sewenang-wenang tahan orang. lepas tahan ISA akan nilai orang kena tahan. kalau ok bebas, tidak ok, lanjut tahan. mcm itu saja. bukan mcm keputusan mahkamah.mahkamah cakap penjara 10 tahun, maka 10 tahun la dalam penjara.kalau semasa dalam penjara penampilan baik, maka akan dipertimbangkan jangka masa hukum penjara..TINGKALANON

Lem said...

sedikit pembetulan anonymous

sebenarnya jika mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun terhadap seseorang, dia sebenarnya secara automatik mendapat diskaun 1/3 daripada hukuman penjara tersebut. Ertinya dia hanya menjalani hukuman selama 2/3 daripada 10 tahun penjara. So orang ini hanya menjalani hukuman 6 tahun lebih2...dan tidak ada kena mengena dengan berkelakuan baik dapat mengurangkan hukuman.

Anonymous said...

Kekalkan ISA! Ia merupakan salah satu banteng untuk Negara untuk kekal aman dan rakyat dapat menikmati hidup harmoni dan nikmatilah keamanan kita sekarang. Sekiranya ISA dimansuhkan maka ramai org yg tidak punya batasan atau tata tertib untuk bersuara atau bertindak dan menurut fikiran sendiri. ISA hanya perlu diperbaiki pelaksanannya agar sesuai untuk zaman ini. Maksudnya, diperbaiki agar ianya adil, mesra dan memberi peluang kepada tertuduh untuk mempertahankan diri.
..just a thought to share to all of you friends.

Sinurat di: Nokumpit