SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, July 26, 2009

Gambar Aldusuni

Kejayaan 1Malaysia bergantung kepada rakyat -utusan malaysia

RANAU 25 Julai - Kejayaan konsep 1Malaysia amat bergantung kepada sejauh mana rakyat negara ini menterjemah dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, jika rakyat tidak mengamalkannya, konsep itu tidak akan bermakna sedangkan gagasan yang terkandung adalah untuk kebaikan semua bagi jangka masa panjang.

"1Malaysia perlu diamalkan dan ini penting, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun menjelaskannya, kejayaan (konsep 1Malaysia) adalah daripada amalannya.

"Semua pihak perlu memahami dan mengamalkannya, maka segala apa yang dicita-citakan dalam 1Malaysia akan menjadi kenyataan. Ini penting dan perlu ditekankan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis Jasamu Dikenang dan pelancaran Utara FM, iaitu radio dalam talian di Rumah Rehat Lohan, Kampung Lohan, dekat sini hari ini.

Majlis anjuran Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sabah itu adalah bagi mengenang jasa serta sumbangan Abdullah terhadap pembangunan di negeri ini ketika menjadi Perdana Menteri.

Abdullah berkata, konsep tersebut amat relevan dan terbaik pada masa ini dan rakyat tidak harus menolaknya hanya kerana keliru atau tidak memahami matlamatnya.

Sementara itu, beliau berkata, sektor pelancongan di Sabah perlu mengeksploitasi sepenuhnya alam semula jadi kerana masih banyak tempat yang belum dikomersial sebagai ekopelancongan.

Selain itu katanya, pelancongan berasas kebudayaan dan kesenian juga perlu dijadikan produk baru berikutan keunikan kumpulan etnik yang pelbagai di negeri ini.

Mengenai perkembangan Koridor Pembangunan Sabah (SDC), beliau berpuas hati kerana pelaksanaannya masih berjalan walaupun setelah dirinya tidak lagi berada di tampuk pemerintahan.

"Saya senang hati dengan langkah-langkah yang diambil sejak SDC dilancarkan antaranya perjanjian yang telah dibuat, ini petanda baik untuk masa depan Sabah," katanya.

10 comments:

ILLIE said...

kepada pendengki2 SAM..inilah hasilnya yang SAM buat..tengok sendiri dan nilai sendiri...

LeTtY said...

Congrat! SAM

Umar al-Longobi said...

syukurrrr... teruskan, jangan berhenti.

Anonymous said...

yang pasti bukan sijil melangit parasarat menjulang dunia...

SANGURU said...

siapa pun kita, ngo atau individu, dalam gabungan atau bukan, ayuhhh...BERBAKTI IKUT KAPASITI DAN KEMAMPUAN KITA.

Anonymous said...

saya hanya menjawab suara2 sumbang yang berkata sijil adalah parasyarat utama menjadi pemimpin. Terbukti mereka yang tidak punya sijil lebih banyak yang datang di LOHAN. Seoalan ini wajib di jawab ....!!!

SANGURU said...

betul itu anonymous...yang penting ada ilmu (ilmu x semestinya tinggi2), kemahiran, keinginan berbakti, keikhlasan, sanggup berkorban...boleh sudah tu untuk membangun

ison said...

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Siapa pun kita, marilah berjuang mengikut kapasiti masing2 tanpa perlu memperlekehkan orang lain.

DINAKAN said...

aik.. aldusuni... apa kau pegang d depan Pak Lah tu...? apa pun, SAM mmg MANTOP.

SANGURU said...

dipendekkan cerita, semua orang ada potensi buat kebajikan, hatta membuang duri d jalan sekalipun. Berdiam diri jg satu kebajikan...suatu hari sy bercita2 berdiam diri...