SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, July 10, 2009

Hidup Di Dunia Hanya Sekali!

Petang tadi seorang banduan bernama Jamaludin Saripudin, 31, (berbaju putih di dalam gambar)telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Clement Skinner setelah dia didapati bersalah membunuh Haserawati bt Sarior @ Saridi, 9. Beliau yang mempunyai enam rekod kesalahan lampau (5 kes curi dan 1 kes rogol) didapati bersalah membunuh Haserawati di sebuah kawasan semak, tepi lereng bukit berhampiran dengan Kampung Ratau, Tebobon, Menggatal pada 8 Januari, 2004 di antara jam 7am hingga 8am. Atas kesalahan ini, beliau didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati. Jamaludin ketika ini sedang menjalani hukuman penjara selama 20 tahun dan sebat sebanyak 24 kali kerana merogol budak perempuan tersebut. Semasa perbicaraan (saya turut mengikuti dan membuat liputan perbicaraan ini), bukti menunjukkan bahawa Jamaludin telah mengheret mangsa yang sedang dalam perjalanan ke sekolah, ke dalam kawasan semak tersebut sebelum merogol dan menikamnya beberapa kali. Mangsa mati akibat tikaman yang mengenai lehernya.

Sayang permata bangsa hidupnya berakhir di tali gantung (jika hukuman mati ini dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Yang Di-Pertuan Agong selepas rayuan dibuat) Wahai anak-anak Marudu, semoga ini akan menjadi satu panduan hidup agar kita lebih waspada dengan apa juga tindakan yang kita lakukan. Jangan sampai memudaratkan diri sendiri dan orang lain. Hiduplah di dalam kasih.

Teringat akan kata-kata ini “ Bersukarialah hai pemuda, dalam kemudaanmu, biarlah hatimu bersuka pada masa mudamu, dan turutilah keinginan hatimu dan pandangan matamu, tetapi ketahuilah bahawa kerana segala hal ini Tuhan akan membawa engkau ke pengadilan"

Hidup di dunia hanya sekali. Jangan sia-siakan hidup itu!
Nota: Anda boleh baca berita ini secara terperinci melalui suratkhabar2 tempatan esok (July 11, 2009)

2 comments:

ILLIE said...

jajara!!

Little Mike (LM) said...

jadikan pengajaran dan iktibar. Hidup hanya sekali dan pergunakan kesempatan ini dan usahakan apa yang terbaik.