SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, July 6, 2009

IDEA MENAMBAH KEMAJUAN KOTA MARUDU MELALUI TAMBAHAN PARLIMEN DAN ADUN

Kota Marudu merupakan sebuah daerah yang berpotensi untuk dibangunkan menjelang Rancangan Malaysia Ke-10 atau RMK-10, ini kerana kesesuaian lokasi dan kedudukan geografinya yang terletak ditengah-tengah utara sabah. Iaitu, dikelilingi oleh Daerah Pitas, Daerah Kudat, Daerah Kota Belud mahupun Daerah Ranau. Keluasan Kota Marudu adalah sama dengan Negeri Kedah dan Perlis. Oleh itu, pada pandangan saya jika sesiapapun dipilih menjadi wakil rakyat berdasarkan keluasan daerah ini, semestinya tidak dapat memajukan daerah ini sampai bila-bila pun. (Ianya ibarat, seorang Ibu tunggal susah membersihkan atau menjaga kawasan tanah peninggalan sang suami seluas 50 ekar seorang diri melainkan dibahagi-bahagikan kawasan tanah kepada anak-anaknya untuk dijaga tanpa perlu mengupah orang lain) Namun begitu, bagaimana agaknya jika ditambah bilangan wakil rakyat dari Daerah Kota Marudu dengan cara membahagikan kawasan tetentu kepada beberapa Zon. Contohnya, Parlimen dipecahkan kepada 3 Bahagian dan ADUN dipecahkan kepada 5 Bahagian. (sedia ada 1 Parlimen dan 2 ADUN) Bagi saya, cara ini sebenarnya dapat memberi manfaat kepada kemajuan Daerah Kota Marudu pada masa akan datang. Kerana dalam banyak-banyak perkara, isu seperti ini rasanya tidak pernah terlintas difikiran atau dibincangkan atau dicadangkan sesiapa. Justeru, adalah wajar jika kita usulkan idea ini. Saya percaya pelbagai pihak sebenarnya mempunyai berbagai-bagai pandangan berhubung perkara ini. Tapi, tak salah jika kita belajar berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara.

118 comments:

Umar al-Longobi said...

cadangan yang baik! sy bersetuju. sekurang2nya ada ruang utk permata2 marudu duduk dan berhujah di parlimen dan dun. persaingan yg wujud di antara kws2 itu akan memangkinkan pembangunan dan rakyat & negara akan mendapat manfaatnya.

SOLYMONE said...

Salam perkenalan untuk rangkaian penulis Suara Kota Marudu dan sdra Dingbat khas nya.
Semoga kalian success.

Satu topik yang menarik kerana ia nya berupa 'innovation' dari sdra penulis.

Dari kontek logistic, tidak dapat di pertikaikan. Saperti yang di lapur, ia nya akan dapat memberi manfaat kepada kemajuan Daerah Kota Marudu dalam beberapa hal-hal yang tertentu.

Antara nya mengurangkan tanggung jawab YB-YB yang sedia ada. saperti yang di sentuh "berdasarkan keluasan daerah ini, semestinya YB yang sedia ada, tidak dapat memajukan daerah ini sampai bila-bila pun". Bagi saya, dari segi logistic juga ia nya logik dan rasional.

Now, untuk tujuan kongsi pandangan di sini saya 'highlight' kan beberapa perkara yang harus juga kita fikirkan, antara nya;

i) 'Chain reaction' akibat tambahan kawasan Parlimen dan DUN di Kota Marudu pasti nya akan melibatkan penambahan serupa di seluruh kawasan di Sabah. Sama ada ia nya ada 'benefits' kepada kawasan yang lain atau tidak, siasatan dan kajian penuh perlu juga di buat. Justru itu ia nya akan melibatkan proses yang akan akan memakan masa. Bayang kan?

ii) Kos pembayaran gaji dan alaun kepada YB-YB akan bertambah. Dalam keadaan 'recession' masa kini, ia nya di anggap sebagai 'liability' yang harus di tanggungkan oleh kerajaan dan rakyat (income taxes dsn).

iii) Dengan tambahan kawasan mengundi ini, ada kah jentera kerajaan saperti pejabat daerah dan lain-lain Jabatan akan bertambah? sekurang-kurang nya kearah pengujudan 'sub-district'? Pasti nya, hal ini akan melibatkan banyak commitment dan 'accountability' yang perlu ditanggung oleh kerajaan.

iv) Dalam kaedah pengagihan itu nanti, parti yang mana satu di bagi 'prioriti'? UMNO ? PBS ? UPKO? dll. Pasti nya ada perchanggahan, ya? semesti nya hal saperti ini perlu compromi yang tinggi dan harus di urus dengan kemas dan hati-hati. kerana hal saperti ini boleh di kira sensitif juga.

Banyak lagi, tetapi cukup lah buat masa ini.
Fikir-fikir kan lah

Salam dan Aramai Ti, untuk semua

RumputHijau said...

Salam Solymone,
Terima kasih atas perkongsian ini.
Pada pendapat saya,idea seperti ini SANGAT perlu dilaksanakan bukan sahaja di kawasan Kota Marudu ini tetapi di mana juga kawasan2 yang serupa..
Negara mahu melihat penurunan statistik kadar kemisikinan dan kadar perbezaan arus pembangunan di setiap bahagian di seluruhh negara tetapi tiada usaha untuk melaksanakannya dengan lebih ikhlas.
Saya setuju dengan pendapat saudara Solymone bahawa untuk mengwujudkan kawasan seperti ini bukanlah suatu perkara mudah dan terpaksa melakukan kajian terperinci dan jika hasrat ini ada, sepatutnya kajian berhubung perkara ini sudah dilakukan sejak lama dulu..
Saya orang Kota Marudu secara peribadi mengharapkan kemajuan dari segi pembangunan bukan saja di kawasan KM ini tetapi juga diseluruh kawasan dalam negara kita.
Rasionalnya cadangan kepada idea ini bagi saya ialah, untuk mengwujudkan kuota kepada parti komponen yang lain seperti UMNO/UPKO/PBRS yang terdapat dalam kawasan KM ini.
Idea ini saya rasakan bukan sahaja akan mengukuhkan ikatan erat dalam parti komponen tetapi juga akan memudahkan keseimbangan perkembangan pembangunan dalam semua aspek.
Idea ini adalah cadangan/pandangan dari akar umbi dan kami sangat2 mengharapkan agar cadangan2 kecil tapi bersifat besar ini diberi perhatian biar sekecil kuman pun.

Salam perpaduan.

Mr. Aki Abad 21 said...

cadangan yang bagus... mr. aki mau lihat km saja aaaaaaa

kalau pasal gaji dan barkaitan pd yb, mr.aki nampak bulum ada sajarah YB d malaysia ini MATI inda dapat makan gara2 inda cukup gaji...yg ada mati karana banyak panyakit gara2 banyak makan...karana banyak duit !!! jadi pada pikiran mr. aki inda masuk akal sagala itu ini tarmasuk alaun jadi batu panghalang, yg panting sikarang adalah YB itu sendiri kasi bagus karaja ...

tulisan dinakan ini walaupun pandangan tapi mr. aki rasa ini juga suara ati rakyat km/tandik ..mr. aki urang bukit juga tingal d kawasan km ...tarasa sagala ke inda jujuran wakil rakyat kamik.. cuma saja indada yang barani d kalangan urang2 pintar ambil phd tantang tandik/km tarutama barkaitan pulitik....kalau ada, pasti sagala suara ati rakyat mereka dengar !!!

mr. aki punya perinsip ' jangan banyak cakap, banyakkan karaja '

Anonymous said...

pindik kata,pandangan dinakan ini ialah 'persempadanan semula'.perkara ini suda dibuat sebelum ini yang mana banyak kawasan DUN suda ditambah.tapi apa rasionalnya,dari segi kerja, ia memudahkan SPR bagi pengurusan PRU atau PRK.tapi kalau kita tingu dari segi politik,ia adalah untuk mengelakkan perebutan kawasan DUN atau Parlimen antara parti komponen BN mana2 negeri.apa lagi di SABAH yang banyak parti komponen.satu lagi,untuk menambah kekuasaan ke atas sesebuah kawasan. UMNO misalnya yang menerajui pemerintahan negara mahu 'persempadanan semula' ini dan UMNOlah yang banyak menguasai kawasan baru tersebut. jadi kalau persempadanan semula itu untuk memudahkan wakil rakyat kerja saya setuju seperti apa yang saudara Dinakan katakan.tapi kalau ada mainan politik (kekuasaan)maka harus dikaji kita bantah.sebab kita rakyat juga yg susah.bila menang,'turun padang' pun susah macam yg kita dapat sekarang.apa yg baik kita sokong yg tidak baik kita bantah.-W

Anonymous said...

saya setuju cadangan dinakan ini, kerana dapat membantu semua masyarakat untuk maju ke hadapan... hidup PBS..

Anonymous said...

saudara dinakan, bagi saya mewakili mayarakat dusun kimaraggang amat setuju dengan syor ini, kerana dapat mengukuhkan ikatan perpaduan semua masyarakat km, tambahan pula dapat agihkan kerusi kepada komponen parti.

Anonymous said...

saya rasa cadangan ini ada baiknya kalau didengar oleh pihak berkenaan kerana ianya satu buah fikiran bersesuaian pada masa sekarang.

jangan hanya bergantung kepada idea orang lain untuk membuat pembahagian sempadan kawasan laut mcm UMNO KM.

Apa rasional kalau begitu? memecah belahkan masyarakat adalah.

Anonymous said...

Pandangan org-org SAM adalah baik untuk diketengahkan kepada kerajaan dan pemimpin, seperti cadangan dinakan ini ianya dapat membantu kita maju darisegi kawasan dan ekonomi.

tentu ada pelaburan yang baik dalam cadangan dinakan ini.. betulkah dinakan?

salam penghargaan keberanian saudara dinakan mengemukakan pandangan ini. inilah kita tunggu2..

UPKO mesti juga dapat satu tambahan kon oi?

Anonymous said...

SOLYMONE, jangan cuba kecilkan cadangan dinakan ini.. sebenarnya banyak kebaikan yang boleh kita dapat tau...

macam saya karaja jual getah, amat setuju cadangan ini, walaupun kali pertama buka SAM.

Ayuh... ramai-ramai kita sokong cadangan ini.. dengarlah YB?

Anonymous said...

kalau bagi saya, memang saya tidak setuju cadangan ini.. pasal banyak keburukan kepada kerajaan pada masa depan...

buat dinakan, apa kau fikir ini cadangan baik? cuba kau cermin diri dulu, tengok bajet kerajaan dan ekonomi bumiputera d km, buleh maju meh kalau cadangan ini diterima?

Anonymous said...

mr. Aki, kalau kau pun sokong cadangan ini, saya pun sokong juga tau.

tapi, kenapa sanguru kamu tidak komen, dia tidak setuju kah cdangan ini?

saya pun urg bukit bah, tapi baik juga cadangan ini tau..

sekurang-kurangnya banyak faedah kepada km... bule maju tobo.

Anonymous said...

rumputhijau dan solymon, jangan fikir sempit dalam setiap cadangan dikemukakan.

Cuba kamu fikir, kalau kita dapat tambahan dun dan parlimen, semua org ada wakil bah.. kita sama-sama maju juga tau.

kalau d km, ada bajau, dusun, cina dan brunei... semua wakil rakyat kita pilih, bagi dorang peluang jadi wakil rakyat..

ada UMNO, PBS, UPKO, PBRS dan kalau MCA pun kita bagi juga...

ini baru perpaduan.

Anonymous said...

kalau ada cadangan sebegini, memang patut dirasakan oleh semua golongan komuniti km.

itu sebab, kita boleh bersaing dengan bangsa lain. Buleh dapat kesaksamaan pembahagian sesuatu sumber macam ekonomi, modal insan atau politik.

saya amat setuju jika cadangan ini dapat diutarakan diparlimen.

Anonymous said...

terdapat kepincangan dalam cadangan ini. Mungkin saudara dinakan ada bnk idea kenapa mengusulkan cadangan begini.

Bagi saya, cadangan ini buleh merosakkan org km, pasal kita tidak tau apa sebenarnya dorg mau atau tidak dan ini cadangan kalau saya lah ianya bukan dari akar umbi.

Anonymous said...

Dalam kaedah pengagihan ini, mana yang dapat bnk kerusi d km, UMNO ? PBS ? UPKO? Pasti nya akan wujud suasana politik tidak sihat, kan?

semesti nya hal saperti ini perlu d kaji mendalam dan harus di urus dengan kemas dan hati-hati. kerana hal saperti ini adalah amat sensitif bagi semua kaum. ianya seolah-olah ada udang d sebalik batu.

Anonymous said...

mr. aki, saya urg pintar juga bah. jadi, cadangan dinakan ini bnk kebaikan kepada kita semua.

cuba kau tanya yb, apa dia rasa cadangan ini? mesti dia sokong.

Anonymous said...

kalau kita imbas kembali sejarah kaum d km, banyak yang sensitif. ini kerana majoriti dusun kimaragang dan bajau saja buleh jd wakil rakyat.

jadi, buat apa cadang ada MCA lagi...
baik kamu cadang satu parti baru d sabah utk semu kaum.. baru CLASS.

NONG said...

salam kepada semua Anonymous,
saya ingin menjawab bagi anonymous yang bertanya kenapa Sanguru tidak mengulas berhubung artikel Saudara Dinakan ini.Sebenarnya Sanguru (Pengerusi NGO Sabah) sekarang berada di Kuala Lumpur menghadiri prorgam bersama mantan PM Pak Lah.

Anonymous said...

saudara dinakan dan org2 SAM, kamu sudah kaji kah rasional pertambahan 'seat' ini?

kamu sudah bajet kah berapa wang kerajaan habis?

kamu sudah tau kah mcmana btk kemajuan yang buleh d buat d km...?

Anonymous said...

salam dinakan, ini idea darimana kau dapat? kau punya idea kah atau sanguru kamu?

kamu semua org2 SAM mcm ada matlamat lain bah kan buat blog ini?

Anonymous said...

cuba dinakan fikir, berapa kerusi atau wakil kaum buleh masuk dalam pertambahan kerusi ini?

baik buat persempadanan baru saja bah, mcm PBS untuk kawasan bukit. Jadi kawasan laut bagi UMNO.

kalau kasi bnk2 tambahan kawasan mcm idea ini, bikin pecah-belah saja kaum d km?

apa org2 SAM ada hati kah mau jadi wakil rakyat?

jadi, tembirang ja lah jadi mata telinga rakyat mcm kata sanguru itu?

Anonymous said...

org2 SAM, cadangan ini ada baiknya juga kalau ianya buleh membawa kemajuan. Tapi, kalau setakat untuk rancangan kamu mau masuk jadi wakil rakyat tidak payahlah... saya tidak sokong org2 dalam SAM ini.

saya mmg setuju cadangan anon yg lain, terutama yg membantah.. saya mmg tidak setuju cadangan ini. tidak masuk akal.

Anonymous said...

anon yg tidak setuju, baik kamu org pindah dari km kalau tidak setuju.

kami d km, org2 dusun amat setuju cadangan dinakan ini.

Anonymous said...

sejauh manakah cadangan ini buleh menjelaskan kebaikan kepada myt km?

d mana sanguru kamu tidak bagi komen? apa setakat ada d KL untuk meeting NGO? kenapa, dia punya cadangan kah ini?

Anonymous said...

org2 SAM mmg ada plan bah tu anon yg tidak setuju, saya pun rasa2 begitu itu.

manalah tau sanguru dorg mau jadi wakil rakyat, sbb itu dia perna bergambar mlm d jambatan gantung runtuh itu.. ada muslihat bah tu kan?

Anonymous said...

pertambahan kerusi yg d cadangkan dinakan itu sebenarnya untuk siapa?

apa dinakan ini org UMNO atau PBS atau pembangkang?

ini semua cetusan idea yg kurang baik. pasal, bayangkan kalau bnk wakil rakyat yg dekat2 ja kawasan, dorg buleh kasi maju kah atau dapat duit projek?

kalau utk sanguru, baik dia singkirkan ja org2 SAM yg buat idea ini atau sanguru punya plan?

kita sekampung bah sanguru.

Anonymous said...

Parlimen dipecahkan kepada 3 Bahagian dan ADUN dipecahkan kepada 5 Bahagian.

mana bah kawasan yg sdr dinakan maksudkan? tandek? langkon? matunggong? tanjung batu? bengkongan? atau d gana?

Anonymous said...

bila mr. aki dan umar setuju cadangan ini. kenapa org2 anon bnk tidak setuju?

d mana org2 SAM yg lain tidak komen? adakah dorg setuju atau sebaliknya?

d mana tekong SAM tidak memberi ulasan, adakah sengja melarikan diri ke KL? atau ada juga d rumah d km?

Anonymous said...

aik NONG, sanguru d KL? jumpa Pak Lah? apa dia buat jumpa, mau melobi kah tu berdasarkan cadangan c dinakan ini.

Anonymous said...

cetusan idea sebegini adalah telah lama kita inginkan. saya amat setuju jika idea ini d utarakan dalam mana2 mesyuarat bahagian tidak kira cawangan atau parti apa. kerana ianya dapat suarakan dan majukan km serta sabah khasnya d persekutuan atau KL.

kalau bung moktar tau, mesti dia utarakan dan sokong cadangan ini. saya amat setuju sdr dinkan.

Anonymous said...

sdr SOLYMONE, sy stuju kau ckp 'Chain reaction' akibat tambahan kawasan Parlimen dan DUN di Kota Marudu pasti nya akan melibatkan penambahan serupa di seluruh kawasan di Sabah.

mmg bnk masalah itu bo.. jd org2 SAM jgn cadang kalau tidak tau pasal politik.

Anonymous said...

itu sanguru d putrajaya KL, jumpa Pak Lah. jadi, ini cadangan sebahagian kah dari motif dia mo datang p KL?

kalau sayalah, malu too... minta jadi calon akan dtg. kalau kerja kerajaan buatlah kerja, jgn sibuk politik.

Anonymous said...

d mana kita kalau ada pertambahan kerusi ini?

kalau org tandek, dorg mesti ikut c anita, kalau org langkon mesti pilih c max, kalau org d marasinsim, koromoko, tanjung batu, taritipan, longob, mosolog, damai dan salimandut? pilih siapa? sanguru?

Anonymous said...

saya org langkon, setuju cadangan dinakan ini. pasal UMNO akan dapat kerusi d KM kalau ada idea mcm ini.

itu dinakan org apa? UMNO ka?

Anonymous said...

ini cadangan sanguru kah? d mana bah org2 SAM ini?

takut ba tu kan anon?

Anonymous said...

kalau kita mengemukakan sesuatu cadangan, ada baiknya kalau kita bincang dulu dgn org2 penting.

contohnya YB, DO, Ketua Kampung, org2 politik? atau org2 bawahan mcm petani dan nelyan baru tau.

kalau main ckp saja, baik jgn cetuskan idea begini.

ini apa, idea dari sanguru kah? atau idea peribadi dnkan?

NONG said...

salam kepada semua pengulas sebagai 'ANON' dalam ruangan ini..

Terlebih dahulu saya ingin memohon berjuta kemaafan jika apa yang saya katakan di sini akan menyinggung sedikit rasa hati kalian.

secara peribadi, saya sebagai ahli SAM ini sangat terguris dengan ulasan segelintir anon ini yang menuduh bukan2 pada SAM terutamanya Cikgu Androd..

Entry ini adalah pandangan dari Saudara Dinakan saja.Kamu ada baca habis dan faham ka apa isi dia?
Kalau hal ini diberi perhatian dan diambil tindakan oleh kerajaan, ini satu bonus kepada kita ba.. dan kalau sebaliknya TIDAK pun ia bukanya menjadi satu ancaman kepada mana2 pemimpin KM sekarang.
Kalau kamu tidak kenal siapa Dinakan, tolong jangan buat sebarang kenyataan yang mencalar maruah seseorang terutama Sanguru.

Entry Dinakan ini hanya sekadar pandangan beliau sebagai salah seorang yang lebih tahu hal2 atasan..sama ada logik atau tidak ianya diwujudkan di Kota Marudu ini, terpulanglah kepada kerajaan.

PEACE!

Anonymous said...

bukan mudah mengutarakan sesuatu yg mustahil. Bukan mudah berkata setuju atau tidak.

sanubari seseorang sukar d baca, sukar d mengertikan, sukar d terima oleh kita semua.

kalau hendak menjadikan ianya realiti, adalah mustahil d terima kerajaan.

saya tau, semua org2 SAM adalah kerja kerajaan, tapi ada silapnya kalau cadangan ini d terima semua pihak.

RANGABON said...

kalau kita mengemukakan sesuatu cadangan, ada baiknya kalau kita bincang dulu dgn org2 penting.

contohnya YB, DO, Ketua Kampung, org2 politik? atau org2 bawahan mcm petani dan nelyan baru tau.

kalau main ckp saja, baik jgn cetuskan idea begini.

ini apa, idea dari sanguru kah? atau idea peribadi dnkan?

July 7, 2009 8:04 PM



ini cadangan sanguru kah? d mana bah org2 SAM ini?

takut ba tu kan anon?

July 7, 2009 8:01 PM



terdapat kepincangan dalam cadangan ini. Mungkin saudara dinakan ada bnk idea kenapa mengusulkan cadangan begini.

Bagi saya, cadangan ini buleh merosakkan org km, pasal kita tidak tau apa sebenarnya dorg mau atau tidak dan ini cadangan kalau saya lah ianya bukan dari akar umbi.



cuba dinakan fikir, berapa kerusi atau wakil kaum buleh masuk dalam pertambahan kerusi ini?

baik buat persempadanan baru saja bah, mcm PBS untuk kawasan bukit. Jadi kawasan laut bagi UMNO.

kalau kasi bnk2 tambahan kawasan mcm idea ini, bikin pecah-belah saja kaum d km?

apa org2 SAM ada hati kah mau jadi wakil rakyat?

jadi, tembirang ja lah jadi mata telinga rakyat mcm kata sanguru itu?



anon2 yang dimuliakan, kamu sebenarnya dengki dengan orang2 SAM yang semakin mendapat tempat sekarang.
SAM bukan mau jadi YB macam kamu orang..kenapa? takut terancam ka wahai anon?

Anonymous said...

NONG, pandangan anda sebenarnya sama dengan saya. Cadangan dinakan adalah yg terbaik buat masa ini.

Bagi saya, dinakan wajar menjadi contoh kepada semua pemimpin dan myt km umumnya. kerana cetusan idea ini boleh menjadi modal masa akan datang.

saya sebagai pembaca setia SAM, amat menyokong cadangan dinakan ini walaupun saya tidak kenal beliau, tetapi hasil tulisan dan ideanya bnk yg boleh d manfaatkan nanti.

Anonymous said...

RAGABON, kau tau kah apa erti tambahan kawasan?

kalau kau ada belajar pasal sains politik, tambahan kawasan yg dibuat dinakan adalah tidak wajar.

pasal;
1. boleh mengasingkan myt bandar dan luar bandar atau bukit dan laut.

2. boleh merenggangkan hubungan kita semua d km.

3. motif sebegini sebenarnya seolah-olah tidak puas hati dgn apa yg ada sekarang.

jadi, saya ini dusun + bajau juga bah, tapi idea begini mcm lain tau.
kecuali kalau dinakan dpt utarakan maksud sebenar.

Anonymous said...

wahai anon semua yg mcm tidak setuju cadangan dinakan. Saya pembaca setia SAM akan terangkan sedikit maksud yg bagi saya ianya apa yg saya fikir.

1. Kita akan dapat suara kuat d parlimen dan bnk pembangunan akan masuk d km.

2. kita akan dpt sasarkan negara maju menjelang tahun 2020.

3. kita akan hidup harmoni dgn setiap kaum d km ada wakil rakyat.

4. pemikiran politik kita akan maju kedepan dan tidak ke belakang.

5. anak-anak kita masa akan dtg akan menikmati bnk kesenangan.

pendek kata tiada yg irihati nanti.

PUTERI NONG said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kota marudu sebenarnya mempunyai kawasan luas, mmg betul mcm kedah atau perlis.

jadi, tidak salah jika idea begini d terima oleh kerajaan dan semua myt km.

saya selalu mengikuti SAM, bnk teguran dan cadangan SAM adalah membina dan modal yg cukup mahal utk kita sama-sama memajukan KM.

Jadi, anon yg tidak setuju tu sebenarnya kurang arif dalam politik atau keadaan semasa, jadi mcm katak d bawah tempurung.

RANGABON said...

Anon,

(RAGABON, kau tau kah apa erti tambahan kawasan?

kalau kau ada belajar pasal sains politik, tambahan kawasan yg dibuat dinakan adalah tidak wajar.

pasal;
1. boleh mengasingkan myt bandar dan luar bandar atau bukit dan laut.

2. boleh merenggangkan hubungan kita semua d km.

3. motif sebegini sebenarnya seolah-olah tidak puas hati dgn apa yg ada sekarang.

jadi, saya ini dusun + bajau juga bah, tapi idea begini mcm lain tau.
kecuali kalau dinakan dpt utarakan maksud sebenar.

July 7, 2009 8:18 PM)

ko ni memang buduh..saya tidak nampak pun dalam entry dinakan ini yang sampai mau kasi pecah2 ini kawasan mengikut kaum..
Ko ingat yang sekarang ni semua masyarakat KM bersatu.
Ini hanya pandangan dinakan saja bah!..jangan2 ko takut ni misi ko terancam kan?

Mr. Aki Abad 21 said...

aik nak kamu.... mr. aki puji kamu yang barani bagi pikiran dan kiritikan... mr. aki pangkat 'A' lulus.

cuma yg inda lulus tanya pikiran ini sanguru atau dinakan.. kanapa ? kalau sanguru kamu buat apa ..? kalau dinakan kamu buat apa ?

mereka dan tanpa nama ada hak inda setuju dan ada hak terima..namanya pun cadangan / pandangan..untuk apa d kasi panjang2 tanpa hasilnya ... sadangkan yg buli tarima pandangan ini lebi ramai..tarima saja lah kakalahan, kalau ini sipat kita mau ...

paca ka dia, apa ka dia itu lain carita...pikiran ini kaluar pun pasal ini km/ tandik suda NABABAK ooleh banyak pakara.. pikiran ini kaluarpun karana mau kasi jahit yg pacaaaaa / nababak ... ada paham

Anonymous said...

ANON-ANON yang masih d takuk lama, belajarlah daripada org yg lebih matang drpd kamu.

Bagi saya, saya tidak nampak pula apa kekurangan pandangan dinakan ini, malah ianya satu bonus untuk kita buka minda hasil idea ini.

saya pertahankan idea dinakan kerana saya kenal beliau adalah org yg berfikiran jauh dan bangga dgn dia kerana anak jati km yg ada ciri2 pemimpin.

pembaca setia SAM said...

Mr. Aki Abad 21, betul kau cakap. anon2 yg tidak setuju tu memang tidak tau apa2, buduh, tolol.

bagi saya, cadangan ini bagus dan terbaik buat masa ini. Kalau kita ajukan kepada yg berkenaan mmg mesti dorg setuju, tanyalah secara lisan org2 km kalau ada yg tidak setuju.

dinakan mmg bulh tahan, idea dia bernas... saya sokong.

PEMBACA SAM said...

betul cakap RAGABON dan Mr. Aki, org2 anon yg tidak terima idea ini mmg takut privaci dorg tergugat.

anon-anon mcm ini sebenarnya faham maksud idea dinakan, tapi dorg takut hilang kepentingan skrg... ala org cina ckp... 'MANYAK PLOJEK MA SIKALANG'

ORG LAUT said...

Anon-anon yg takut hilang sesuatu kepentingan, jgn gelabah... ini cuma cadangan saja bah oleh dinakan.

bukan buleh terus OK pun. Contohnya kalau kamu org Anon2 lain mau p kedai, cadangan baru mau p kedai, belum pun sampai kedai.

ini anon2 tau kah apa beza CADANGAN, TEGURAN, ULASAN, BERITA atau PERBINCANGAN?

Anak itik said...

Aik..naaa... buleh tahan kio cadangan dinakan ini, sy setuju 100%, pasal kita akan maju seiring tempat lain dan bangsa lain.

Anonymous said...

betul-betul-betul dan betul, saya skong idea ini. Kita akan terus maju.

Anonymous said...

saya dengan ini setuju jika cadangan ini dikemukakan kepada org penting KM.

ini lah idea yg d tunggu-tunggu kita selama ini.

jgn ikut Anon yg tidak setuju itu, tiada tamadun itu. kecil2 suruh belajar 'ESCAPED' bila besar 'PALUI'.

Permata Baru said...

bagi saya, cadangan atau cetusan idea ini sebenarnya amat baik.

syabas dinakan, kami akan pertahankan cadangan ini.

buat anon yg tidak setuju, belajarlah berfikir atau muhasabah diri d cermin.

Putera BN said...

cetusan idea dinakan adalah amat wajar, bernas dan bagus.

saya bangga anak muda skrg mampu berfikiran jauh dan ada potensi bersaing dgn bangsa lain.

harap sdr dinakan jadi wakil rakyat UMNO atau PBS akan datang.

kami sokong penuh.

org tanah rata said...

SALAM DINAKAN...

kalau idea ini yg dicadangkan, saya yakin penuh. Kita akan ada REVOLUSI MARUDU ABAD BARU.

Saya setuju sgt idea dinakan, jgn pedulikan anon2 tu.. menyampah ja.

Pu3 Damai said...

adeess... buli tahan kio idea org2 SAM. iti barulah wasi kiambagu boo..

syabas dinakan.. teruskan mencadang idea2 baru... bukan REVOLUSI tapi TRANSFORMASI KOTA MARUDU.

Saya tetap sokong dinakan.

Mr. Aki Abad 21 said...

indada utak saja yg inda setuju bah pikiran dinakan ini....takut inda ada tampat dalam pulitik km/tandik

kaluar bah ko kasi tunjuk muka..mr.aki cabar ko ( makan minum sampai ko puas mr.aki kasi balanja ) bincang2 sampai puas...

kanapa ko inda setuju...kanapa mr.aki setuju

mr. aki wakil inda resmi pada SAM ...tapi wakil pada urang bukittttttttttt ada pahammmmmm

kalau ko ikhlas mau badabat...tingalkan no hp d emil mr. aki kita jumpa sya balanja ko makan...kalau susa suda ko cari makan dengan pandangan dinakan

org minyak said...

bnk pula pengunjung SAM, saya beru pertama kali layari SAM..SYABAS dan Tahniah pasal kewujudan SAM.

Saya setuju sgt cadangan dinakan ini, pasal buleh membuka minda semua pengunjung SAM.

Saya bangga bnk komen utk idea dinakan, tak sangka idea ini membolehkan saya melihat sejauh mana org kenal SAM.

Syabas dinakan... syabas sanguru...

UMNO-PBS said...

aik... bnknya komen ini ruangan, apapun.. saya setuju cadangan dinakan, betul ckp si mr aki.

kalau berani kasi bg no.hp atau email nnt sya kontek kamu anon.

saya kasi sewa free marudu inn lg satu malam dan mkn free... sia tanggung...

ini adalah cadangan dinakan saja, jadi tak salah mencadang... kenapa dorg mr aki tercabar?

Petani Moden said...

BETUL CKP SI AKI ORG BUKIT TU... Kita mesti pertahankan cadangan dinakan.

tapi, ini kan cadangan dia saja. bukan cadangan kerajaan pun.

MULAU dorg anon itu.. jgn takut dinakan, saya sokong kau.

HIDUP SAM

budak pejabat said...

saya mewakil dinakan amat kecewa dgn anon yg tidak faham perkataan 'CADANGAN'. Apa anon2 ini tiada sekolah kah?

Secara peribadi saya setuju cadangan dinakan ini, bnk input menarik kalu kita fikir secara rasional, jadi jgn berfikiran sempit.

miss pekan lama said...

kalau jadilah cadangan dinakan ini. saya org pertama gembira dan belanja dia apa saja dia mau.

saya setuju kalau ada pertambahan kawasan atau kerusi d km... manalah tau saya pun dpt satu kerusi.

mr. brunei said...

cantik cadangan dinakan ini, saya suka, setuju dan sokong. Kecuali Anon2 yg tiada pelajaran ja tidak faham.

syabas dinakan.. teruskan mengeluarkan idea berguna, bernas dan berfaeah. syabas juga SAM.

Lintah said...

aramai ti... aik-aik-aik, mcm2 kamu ckp pasal si dinakan arrrr....
kamu kenalkah dia siapa? kalau kamu kenal ja, mesti bangga tau pasal dia anak jati km yg paling berjaya setakat saya tau.

walaupun dia diam2, tapi sifat rendah dirinya membuatkan saya tertarik.

saya sokong kau punya cadangan dinakan.

puteri KL said...

betul lintah... kalau si dinakan, mmg ramai yg bangga sikap atau sifat dia, tambahan pula dia mmg bnk idea, kwn, lemah lembut, cute dan hensom...

saya sokong cadangan dinakan ini. mmg lama sudah saya nantikan dia keluarkan idea transformasinya.

syabas SAM, Syabas Dinakan... teruskan...

org utan said...

cadangan dinakan ini ada baik dan buruk.

baiknya; dapat memupuk dan mengeratkan perpaduan d km.

buruknya; menjadikan suasana politik km terbuka mcm d semananjung.

gadis putrajaya said...

ngam itu dinakan.... kalau ada cadangan begini dari dulukan bagus.
nampaknya rencak juga org komen tulisan idea kau ini.

tapi secara peribadi dan jujur saya memang setuju sangat. nnt saya blk km kita jumpa.

sama km said...

arancak iti komen2 tulun km terutama anon. bah dinakan ngam bana cadangan nu eh.. koleh kiti projek. hehe..

baby KK said...

syabas dinakan, syabas sang guru, syabas SAM.... Saya setuju cadangan dinakan ini.

jgn pedulikan anon2 itu..

Anonymous said...

apa bah kamu setuju cadangan itu, kamu fikir kita tidak terpinggir kah? kita buleh dapat perubahan kah?

kecuali SAM saja tu.. pasal org2 SAM buat cadangan tidak ketentuan.

Anonymous said...

ingin saya sedikit mengulas SAM.

SAM sepatutnya membuat cadangan2 untuk memajukan KM, bukan mencadang idea mengarut.. KM daerah miskin dan kawasan kecil jadi kalau kasi tambah lagi kawasan semula, tambah kecil lah... apa lah wakil rakyat buat.. paling2 menyigup, duit dtg dan tidur ja atau jalan2 p luar negeri.

Anonymous said...

Dinakan, harap anda dpt memberi kupasan tambahan cadangan ini atau mana2 ahli SAM untuk di kongsi bersama.

bagaimanapun, ini idea baik dan saya suka.

TOMPINAI said...

Terima kasih kepada para pengulas, samaada yang membantah dan yang menyokong. Andalah sebenarnya kekuatan SAM.

SAM hanya mengutarakan idea atau memaparkan cadangan, yang membincangkan adalah anda semua. Kamu kutuk SAM bermakna kamu kutuk diri kamu sendiri, kamu sokong SAM bermakna kamu sokong diri kamu sendiri.

Yang mengatakan Sanguru dan Dinakan ada hati mau jadi wakil rakyat sebenarnya kamu telah menyatakan keinginan kamu sendiri. Walau kamu tidak menyatakan siapa kamu sebenarnya, yang jelas kamu telah berjaya meluahkan apa yang tersirat dalam hati kamu..tahniah.

Yang menuduh SAM ada agenda, sebenar kamu risau kalau sekiranya SAM berjaya memaparkan segala permasalah dan juga membuka minda warga KM. Kamu sendiri yang ada agenda.

Kekuatan SAM sebenarnya ada pada kamu semua...Kamulah yang menjadikan SAM semakin matang.

Fikir-fikirlah dengan sebaik mungkin idea-cadangan ini...

Salam SAM

TOMPINAI said...
This comment has been removed by the author.
VVIP said...

bagus, bernas dan berkualiti cetusan idea dinakan ini. Saya sokong idea ini terutama dinakan dan SAM. kalau dapat, saya inginkan bnk lg cetusan idea d keluarkan oleh Dinakan.

siapa tak kenal dinakan, beruntung SAM dapat ahli mcm dia. Kerana, bnk perubahan kemajuan d malaysia amnya adalah kreativiti 27% d terima daripada idea dinakan.

syabas dinakan.. sy telah buka SAM pertama kali hari ni.

kwn karib said...

syabas tompinai kerana membantu menyokong idea dinakan. sebenarnya saya setuju cadangan ini. kerana sdr dinakan pernah utarakan dalam bincang kopi 'O' di Langkawi baru-baru ni.

tak salah idea ini telah mula d keluarkan dinakan. bagaimanapun, seluruh warga km d semananjung ini sokong dinakan. dinakan bukan calang2 org, bnk idea dan pembaharuan. sikap rendah dirinya membuatkan dia utuh d pentas atas.
yg sy tidak nyatakan.

apapun.. syabas dinakan.

Rashidi said...

TAHNIAH SAM & Dinakan

member pahang said...

dinakan sama-samalah kita majukan dan bawa perubahan kepada km. syabas dan tahniah cadangan itu.

saya bangga dgn anda. saya setuju setiap cadangan anda.

Anonymous said...

mencadangkan sesuatu adalah baik, tetapi cadangan sesuatu perlu d fikir baik-baik.

Anonymous said...

dari matunggong sampai ke tandek, dari indarason sampai ke marasinsim, kalau cadangan begini pendek, ada apa-apakah d sebalik SAM?

baby said...

woi..yoo.. mana suda itu dinakan, bnk pula org komen tulisan dia... syabas dinakan... teruskan... saya setuju cadangan ini...

Mr. Aki Abad 21 said...

idupppppp dinakan ....idup sam ....tanpa nama bukan km itu, kalau urang km pasti dia inda cakap macam kana sampukkkkkkkkkkkk

patualang pada km pigi jalan lahhhhhhhhhhhhhhhh

kalau barani jumpa urang SAM bila2 bah sanang saja tanda kalau inda ko kanal ada lambang baju...inda tapuk2 macam antu...

org kita said...

kali pertama mengunjungi SAM, saya berminat tulisan dan cetusan cadangan dinakan... syabas dinakan. saya setuju cadangan ini.

adalah baik jika kita dapat tambahkan kerusi d km juga seluruh sabah. ini akan menguntungkan semua lapisan masyarakat km khasnya.

kalau cadangn ini d dengar org2 politik mmg mcm2 pandangan dorg ada setuju dan tidak. tapi hakikatnya, cadangan ini berguna kepada generasi akan datang.

tahniah dinakan... tahniah SAM... tahniah sanguru..

RumputHijau said...

{dari matunggong sampai ke tandek, dari indarason sampai ke marasinsim, kalau cadangan begini pendek, ada apa-apakah d sebalik SAM?

July 7, 2009 9:54 PM}

ko sebenarnya yang ada niat baitu Anon..
nda pandai paam2 ko ni..

Anonymous said...

betul juga bah cadangan dinakan ini... saya setuju dan tidak 50-50.

wajarkah kalau buat pertambahan? org SAM fikir bagus kah?

ala setakat baju? tak payah tayanglah.. tembirang ja kau mr aki.

Anonymous said...

hahaha.... SAM ada baju? mo belanja makan? simpan ja duit tu utk rakyat..

saya pun ada duit bah. bikin malu ja kamu ni aki.

tak setuju cadangan ini.

Anonymous said...

mr aki, cadangan dinakan ini utk kasi luas kawasan UMNO dan PBS. jadi, kalau PBRS dan UPKO tiada lah ni dapat.

baik dia kasi satu sabah terus..

Anonymous said...

ngam kawan2 anon... susah2 kita kasi satu kawasan ja satu sabah. tidak payah km.

teruna km said...

syabas kau dinakan.... saya setuju kita kasi bagi2 kawasan. mcm tandek, langkon, kota marudu, marak-parak, matunggong.... silap2 jadi bandar mcm d kk.

buat anon.. kamu diam2 ja kalau tidak tau perkataan cadangan dan senyap ja kalau terbongkar rahsia2 kamu.

saya sokong cadangan ini dinakan... syabas SAM.

Mr. Aki Abad 21 said...

jumpa kita bah tanpa nama....jangan banyak cakap.. baju / lambang maksud sya pasal mereka itu inda tapuk2 macam ko pahamm ka...alamak ko ini indada nama...tambirang butul,

jalanlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
haprakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
buta atiiiiiiiiiiiiiiiiii


bagi no hp bah........kita jmpa apa mau takut....sya balanja ko makan sampai kanyanggggggggg
kalau ko mau hotel sya balanja...ko bulum kanal mr. aki oooooooooooo

kalau untuk rakyat barani main sialanggggggggggggg oooooooooo
antar d emil mr. aki

STOP !!!

lembaga kuning said...

aik... aki... kau relak bah... biasalah anon2 ni tiada pelajaran... penakut... tidak mcm kita berani.

aku rasa2 org2 ini, kuat main projek lah aki.. pasal mcm takut dan tidak suka cadangan dinakan.. apapun, memang dorg ni tidak siuman bah aki...

baik juga cadangan dinakan ini, kalau tidak susah juga kita mo tau org2 begini masi ada kah atau d telan zaman.. hehehe...

syabas dnakan... syabas sam... teruskan mencadang.

kupang said...

cukup hebat lah cadangan kau dinakan... syabas... saya tetap sokong kalau cadangan ini jadi kenyataan....

Anonymous said...

apa bah kamu ni org2 SAM... betul bah cakap anon...

kita kena terangkan detail bah kalau mau buat cadangan.... lg satu, anon2 ni bukan tidak setuju 100% cuma mo detail... itu ja.

pak imam said...

adeeeeeeesssss.... ngaaaaammmm.... saya sokong setuju cadangan dinakan ni. bagi anon yg tidak setuju... sedia2 lah proses liberalisasi akan dtg tak lama lagi.

syabas dinakan.

shariff said...

astaga...anon-anon... kamu kena belajar tatabahasa bah... 'CADANGAN' kamu tau juga kah maksud tu...

saya setuju cadangan dinakan pasal ini bawa kemajuan pd km...

Ranau.KM said...

teruskan mencadang dinakan... saya kenal kau.. bnk idea bernas dan baik... saya sokong cadangan ini.

anon2, takutkah cadangan dinakan?

Anonymous said...

alaa... cadangan cari projek kah tu untuk SAM?

Anonymous said...

ngam anon... dorg SAM ni tercicir, jd cari projek dgn cara halus lah... heheheheheehehehehehehe..... kesian dilo.

KUMBANG said...

saya setuju cadangan ini dinakan.... baik dan sesuai masa kini. jgn pedulikan anon2 tu...

syabas dinakan..

TanakGouton said...

{Justeru, adalah wajar jika kita usulkan idea ini. Saya percaya pelbagai pihak sebenarnya mempunyai berbagai-bagai pandangan berhubung perkara ini. Tapi, tak salah jika kita belajar berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara.}- Petikan terakhir entry Saudara Dinakan.

harap anon2 yang tidak puas hati tu buka mata.Jangan sampai menyentuh peribadi orang lain.
Posting ini sekadar cadangan saja ba!..inilah kamu orang ni. Hasad dengki melampau sampai sanggup menghancurkan orang lain..TERUK!

Teruskan SAM dan ahli-ahlinya..

TOMPINAI said...

Mr. Anonymous,

alaa... cadangan cari projek kah tu untuk SAM?

Anonymous said...

ngam anon... dorg SAM ni tercicir, jd cari projek dgn cara halus lah... heheheheheehehehehehehe..... kesian dilo.

July 7, 2009 10:27 PM

Mr.Anonymous,
Terima kasih atas kelantangan kamu untuk menuduh SAM.
Komen kamu lebih kepada rasa tidak puas hati dengan SAM...jadi minta maaf je la...sedarkah kamu yang kamu sendiri tidak menyatakan atas apa kamu tidak setuju dengan CADANGAN ini...tapi kamu lebih banyak menuduh SAM yg bukan2.

Apa2 pun sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kritikan dan tohmahan para anon2 semua, sebenarnya kamulah kunci kekuatan SAM...Kepada mereka yang memahami maksud CADANGAN terima kasih kerana telah mencetuskan idea yang bernas...

SAM masih lagi dengan pendiriannya, memaparkan segala permasalah dan idea untuk warga KM, yang membincangkannya adalah para pembaca semua...

SALAM SAM

SOMEONE said...

SAM ada baju sendiri pun di dengki o.
Apa punya anon..SAM bukan minta duit dari ko bikin beli baju pun.

Terang2 label entry dinakan itu adalah "CADANGAN"..buta ka itu mata!

kita berkongsi idea/cadangan ba. diberi perhatian atau tidak soal kedua..yang penting kita ada idea. Kita berhak melontar idea kita seperti mana anon yang melontarkan idea dengan menuduh Sanguru dan SAM buat misi halus..
Inilah kenapa orang Kota Marudu ni susah mau maju..terlalu cetek pemikiran.Ada kalangan sendiri yang ada potensi pun kerana dangki,maulah konon cantas..

TERUSKAN SAM!

SANGURU said...

aina, sebelum sy ke kl/putrajaya, komen cuma 3. Sampai d kk, dah 104! Saya setuju! Benda baik bah tu...rasa2nya perlis blh majukah mcm skg klu cuma 1 parlimen dan 2 adun? X kisahlah bah siapa dpt kuorta, yg penting kawasan besar dpt dikecilkan. Berhentilah bergaduh pasal kuorta, bukankah rakyat perlu didahulukan. Apapun, penuhilah dulu syarat2 dpt parlimen dan adun. Cabaran pertama: MARI BUAT ANAK RAMAI2

SANGURU said...

hmm, sy mo jd wakil rakyat? X perlu bah, dah lama jd sahabat rakyat. Dr remaja sy dah jd penulis, bkn baru sekarang. Dah lama sy memperjuangkan apa yg wajar, bkn baru skg. terserah utk meragui, tp eloklah jgn meragui. Sy ulangi peraturan sam, apa yg ditulis bukan arahan saya. Tanyalah semua penulis SAM. Inilah keunikan SAM, sendiri mau tau, sendiri mau ingat...
Tentang budget, itu blh diadjust kalau ikhlas utk rakyat, x masalah yg x blh diselesaikan.

SANGURU said...

anon, sy peg, kerajaan yg diiktiraf kecemerlangannya di pkt nasional. kakitangan kerajaan digalakkan sertai ngo yg boleh bantu masyarakat. Sy ke kl urusan ngo malaysia. Gabungan ngo msia mengandungi lebih 200 gabungan ngo termasuk ngo kakitangan awam kerajaan. Bukan urusan melobi atau politik. Ngo msia beri anugerah/kenang jasa Bekas PM. Kena sedar, era pak lah lah gaji kakitangan kerajaan naik.

Aldusuni said...

salam semua para pembaca yang budiman, pujian seharusnya patut bagi pada dinakan kerana punya lontaran fikiran yang saya kira tajam ...demi membangunkan kota marudu. Pada saya anon atau tanpa nama ini merupakan seorang yang cukup perhatin tapi tidak pada tempatnya, cadangan menurut dewan bahasa adalah 1. anjura,usul,saranan; setelah di luluskan oleh menteri. 2. persedian apa bila perlu. 3. rencana. Jadi di sini jelas maksud dinakan bukan ?

perkara baik tdk harus di lihat busuk atau bangkai ..oleh kita.

salam perjuangan, teruskan dinakan memberi lontaran minda untuk km.

SANGURU said...

anyway tk atas semua komen d tuduhan liar. X kisah laa...sebahagian suda d jawab oleh pembaca, yg lain sy dah jelaskan. Lain kali fikir dulu sebelum ikut kata hati. Syak wasangka x baikkk...x baikkk...xxx baikkkkkkk...

MARUDU BLOGGERS said...

wowwwww..sampai 109 komen..bagus.Selain daripada blog orang2 hebat seperti Tun Dr.Mahathir dan DSAI yang mana blog2 mereka kita lihat ada beratus komen,nampaknya blog biasa seperti SAM bukan calang2.

Biarpun yang ramai bagi komen ialah sdr/i ANONYMOUS yang malu2 kasi sertakan nama sandaran atau nama2 kampung.Saya menghargai segala komen anda.Tetapi kadang2 saya dapati ada komen dari ANONYMOUS yang talampau "keras" sehingga memperlekeh ahli2 SAM dan juga pengomen yang lain.Ini adalah perangai yang tidak sihat dan perlu dihentikan.Saya mahu tengok komen2 yang "keras" tetapi ada mesej yang berguna disamping dalam suasana yang harmoni.

Sebagai pemilik akaun blog SAM,saya berhak untuk menyekat mana2 individu daripada membuat komen atau menapis segala komen2 sebelum dipaparkan pada blog ini.Tetapi saya tidaklah sampai hati melakukan perkara ini,kerana saya anggap semua komen2 dari pembaca adalah SUARA ANAK MARUDU.Selain daripada kandungan entri,kita juga akan dapat pengetahuan melalui komen2 pembaca.

Oleh itu samada pembaca ada nama atau tanpa nama,saya mahu minta kerjasama agar membuat komen berdasarkan pada tajuk entri.Jika anda merasakan tidak bersedia atau geram dengan seseorang,maka tidak perlulah membuat komen.

SONSOGON said...

hahahaha..sya katawa baca komen2 dari anon2.kepada anon2 kamurang baca baik2 bah entri sdr dinakan ini dan baca sekali labelnya.disana ada kana tulis label:Cadangan..jadi apabila suda ditulis cadangan bererti ianya cadangan dari penulis saja dan tidak perlu kah bah kita talampau serius sampai mangantam individu yang inda kana mangana dalam topik ini.sya bukanlah ahli SAM tetapi sya terpanggil untuk mempertahankan ahli2 SAM yang anon antam tanpa melulu.

tugas kita adalah untuk bertukar-tukar idea mengenai cadangan sdr.dinakan.kita mau baca komen2 yang pro dan kontra.

sya juga ada cadangan,kembalikan semula kawasan N.6 Langkon yang dahulu dalam parlimen Kota Marudu tetapi dimansuhkan.adalah tidak adil kerana kawasan Langkon memang andang2 suda wujud sejak dulu lagi dan mengapa tiba2 dimansuhkan? dan mengapa parlimen Kudat ada 3 kawasan DUN? parlimen Kota Belud 3 DUN dan mengapa Kota Marudu yang pada asalnya ada 3 DUN tetapi tinggal 2? sya harap kalau cadangan sdr.dinakan tidak boleh diterima pakai oleh anon2 semua..macam mana pula dgn cadangan sya ini? kita mahu kawasan DUN Langkon dikembalikan semula kerana ini bukan tambahan..kita mahu hak yang telah diambil.

Tulunbunou said...

Salam sejahtera kepada semua...

Nampaknya entri Dinakan mendapat pelbagai reaksi dari pembaca. Tidak salah kita memberikan sebanyak mana pun pendapat tetapi adalah satu KESALAHAN menggunakan isu ini sebagai platform untuk memperlekehkan org lain apatah lagi jika sehingga sampai ke tahap SERANGAN PERIBADI yang belum dipastikan kesahihannya.

Dinakan telah menyatakan secara terang2 kepada kita. CADANGAN.. intipati atau ertikata ayat ini perlu difahami oleh kita semua.

Nawaitu adalah penting...

Bagi saya cadangan Dinakan ini memang ada baik buruknya. Baiknya adalah seperti yang telah dinyatakan oleh Dinakan. Buruknya pula menimbulkan suasana tidak tenteram/terancam buat sesetengah individu.

Salam perpaduan...

Lintagu said...

Salam...
warga SAM & Dinakan, teruskan membuat lontaran idea. Allah beri kita akal supaya kita kita sentiasa berfikir dan menyumbang ke arah kebaikan. Selagi kita pegang niat baik, 100 cacian dan kutukan yang diterima tidak akan mengurangi sedikitpun kecantikan niat kita....Teruskan

TOMPINAI said...

Salam untuk semua,

Saya percaya segala persoalan mengenai entry Dinakan dan Sanguru sudah terjawab. Kami warga SAM sentiasa bersama dalam hal yang melibatkan serangan dan tuduhan terhadap mana2 warga SAM. Pun begitu, Setiap entry itu, adalah hasil idea penulis sendiri, pandangan sendiri dan juga pemerhatiannya sendiri. Tulisan itu seharusnya dinilai, dibaca berulang kali,dilihat secara menyeluruh. Baru buat komen yang bernas, pernyataan samaada setuju atau tidak. Buatlah komen beretika.

Telah saya nyatakan yang sesetengah anon lebih cenderung kepada menghantam individu tertentu dalam SAM dan bukannya pada topik persoalannya. Ini adalah satu sifat yang buruk. Jika sekiranya mana2 anon yang tidak puas hati dengan mana2 individu, sila terus berhubung dengan individu SAM tersebut. Nyatakan ketidakpuasan hati itu. Pasti ini lebih baik daripada mengutuk tak tentu pasal.

Entry kali ini berjaya memancing komen terbanyak. Ini menunjukkan betapa tingginya 'aura' tulisan Dinakan. Syabas Dinakan. Tulisan yang bernas pasti memberikan hasil yang baik.

Adalah menjadi harapan SAM, para pembaca dapat berkongsi pendapat melalui komen. Oleh itu, janakan idea yang bernas, idea yang mampu mengubah wajah KM. Biarlah Idea itu menjadi salah satu asas kepada kemajuan perubahan KM. Teruskan...

Komen anda semua telah menjadikan SAM semakin Matang. Komen2 ini telah menunjukkan betapa SAM mendapat tempat di Hati Warga KM.

SALAM SAM

SANGURU said...

bah, cukup la tu aaa....masej ni dah dibaca pihak tertentu. Barang tentu sudah difahami. Fahami apa yg ditulis. Menulis dgn beretika. Etika kunci sajahtera. SALAM SEJAHTERA SEMUA...

TULUN KIMARAGANG said...

intatangan ku waro ie anon awasi ot komen da'alo nga 2-3 koyuwan no anon andang ko mulau om mogorotan babanar.monginsupot nopo sitid SAM.kumaa tongo kinoruangan momoros oku..kada diko'o tumboyo'o tongo anon taraat dino.mangara'ag dot tiwow ong ilo ot totoyo'on..aso takal babanar om amu nosukup ajaran mole'eng.

Boroson aso sikul nga amu ie apatut tu kelo ie mamakai komputer andang ko munjong unjong ot takal.Natarangan noh babanar waro nokotulis "cadangan" kah..amu ie kapa'am tongo anon.Ong ela'an ku no isai at tongo anon dilo..andang ko dunsulon ku boh tongo tulu da'alo..kotogiranan ku babanar..

Umar al-Longobi said...

sodaqallahul`azim... ;)

SANGURU said...

SAM BERJAYA BERDIRI DAN MENDIRIKAN PENDIRIAN. SYABAS DAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA. SEMUA BOLEH BAIK KALAU KITA MAHU YANG BAIK.