SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, July 27, 2009

INTIPATI UCAPAN PENGERUSI GABUNGAN NGO SABAH: 3 PERKARA

Lohan, Ranau, 25 Julai: Dalam ucapan Pengerusi Gabungan NGO Sabah sempena Majlis Jasamu Diabadikan untuk Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi,En. Androd Sadian mengemukakan 3 perkara. Beliau memilih angka "3" sesuai dengan minat Pak Lah tentang angka "3". 3 perkara tersebut ialah: PERKARA 1 : REKOD: 1. Pertama kali gabungan NGO menganjurkan majlis mengenang jasa pemimpin yang sudah bersara. 2. Pertama kali wujud gabungan NGO Sabah yang bersaiz besar. Kini ada 33 persatuan NGO yang bergabung di bawah Gabungan NGO Sabah. 3. Pertama kali wujud kerjasama sistematik antara gabungan NGO semenanjung dan Sabah. 4. Pertama kali sesebuah gabungan/NGO memiliki Radio sendiri. Gabungan NGO Sabah mempunyai radio online - utara.fm, yang turut dilancarkan oleh Tun Abdullah 5. Pertama kali NGO berbakti kepada masyarakat dalam bentuk yang kreatif iaitu menaja perkhawinan. 6. Pak Lah luar biasa. Naik bukan cara meminta, turun sebab diminta-minta (namun beliau tidak berkeras untuk bertahan) PERKARA 2 : VISI DAN MISI GABUNGAN NGO SABAH * Gabungan NGO Sabah akan mengeratkan kerjasama sesama persatuan di negeri Sabah. * Gabungan NGO Sabah akan berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan pemimpin untuk menganjurkan berbagai program kemasyarakatan * Membantu semua ahli gabungan menganjurkan program-program persatuan masing-masing * Memperkasakan Gabungan NGO Sabah. * Membesarkan saiz Gabungan NGO Sabah. PERKARA 3 : PERMINTAAN NGO SABAH * Kerajaan dan pemimpin menganggap NGO sebagai sahabat * Kerajaan dan pemimpin prihatin kepada keperluan-keperluan NGO.

8 comments:

Gaaman said...

Dengan kekuatan yg ada pada SAM/Gabungan NGO Sabah, tidak mustahil Utara Sabah dapat dikeluarkan dari lingkaran kemiskinan. Pun begitu diharap SAM mengamalkan pendekatan 'berbaik-baik' dengan semua agensi kerajaan dan parti politik(pemerintah/pembangkang)..

SANGURU said...

benar gaman. NGO mesti berbaik-baik dengan semua pihak termasuk pembangkang. Pembangkang pun pejuang juga. Mereka pun sayang rakyat.

Ngo sekalian, marilah menjadi NGO SEJATI...

Umar al-Longobi said...

'inti'nya sedap sekali. sebenarnya kalau pembangkang bijak, berlambak isu di KM utk diisukan. ampai2 kemenangan di tangan pembangkang. tapi, sayang...

nota: mungkin KM bukan prioriti pembangkang malaysia.

Gaaman said...

Umar al-Longobi,

aiikkk, sdr umar kembali kepada perjuangan utama REM!!. jgn gadaikan maksud utama utk memartabat, memperkasa, memakmurkan dan memajukan Utara Sabah. Elakkan mencampur aduk perjuangan REM dgn politik. Utara Sabah masih perlu seiring dan seobjektif dgn kerajaan utk mempercepatkan pembangunan. Tiada guna sekalipun menang(tapi pembangkang) sedangkan rakyat masih di takuk kemiskinan tegarr. Teguran membina, kritikan positif dan desakan berterusan REM/SAM/NGO lain SANGAT2 diperlukan untuk memanaskan kerusi empuk pihak berkenaan supaya BERTindak segera dalam perlaksanaan projek pembangunan di Utara Sabah. sabarr Umar!..

Umar al-Longobi said...

sdr. gaaman,

trma kasih atas nasihat dan ingatan. saya amat menghargainya. namun, apb berbicara soal memerangi kemiskinan dan mengangkat peradaban, kita tidak boleh lari drp menyentuh soal politik. kerana akhirnya, `kuasa` itu akan menjadi pemutusnya.

apapun, pendekatan kita mestilah adil dan profesional. jgn salah menghidu ayat2 sy. kdg2 ia memang condong ke arah pembangkang, tapi sy tidak menyebelahi mana2 parti. samada parti pemerintah atau pembangkang. yg sy bela (aisemen, hehe..) adl rakyat dan kerajaannya.

'desakan berhemah` kpd pihak berkenaan memang harus diteruskan agar kemundurun KM dapat di atasi. yg menyedihkan saya, pembangkang di KM seolah2 seekor harimau yg kepatahan taring. walhal, suara mereka ini yg akan lebih didengari (sepatutnya). adakah ini menunjukkan pembangkang di KM lemah?

cuba kau ulas dulu ni Gaaman...

Gaaman said...

pembangkang bukan lemah di KM, cuma pihak pemerintah masih teguh dan mendapat sokongan akar umbi. kelihatannya banyak isu yg boleh boleh menggugat namun jika diperhalusi isu tersebut hanya berkisar kepada pemilihan calon saja. Tapi hakikatnya begini la demokrasi, ada yg terpaksa dikorbankan demi kepentingan keseluruhan. Kes di MP K Marudu bukan asing malah sama seperti di kawasan lain contohnya Datuk Musa Aman(berasal dari Beaufort) di Libaran, Sandakan. Dtk V K Liew(dari K Belud) MP Sandakan, ADUN Kudat, YB Teo dari Kuala Penyu, Dtk Jainab ADUN Karambunai(dari Tawau), Dtk Edward Khoo ADUN Kepayan(Sandakan)dan banyak lagi. Bagi Tandek, Gaaman yakin akan diterajui juga akhirnya oleh anak watan cuma kena bersabar la. Tapi penyandang 'kan org(pengundi)tempatan juga, walaupun bukan dr 'suku' kitaorang.

DINAKAN said...

MUDAH-MUDAHAN... BERTAMBAH BIJAK ORG KM DALAM PRU AKAN DATANG... AMIN.

Anonymous said...

Betul itu gaman. sukung panuh tapi inilah bah susah kalau rakyat masih kebuduh-buduhan dan kebingung-binggungan...senang2 kana main2...cuba suruh orang-orang yang gaman sebut itu batanding di kelantan ka, selangor ka, alamat nda balik wang pertaruhan dorang di Musa, Maximus dll itu. hahahaha