SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, July 1, 2009

JANGAN BERPRASANGKA NEGATIF...

"SAM 1RAHMAT..." Oleh: Tekong SAM Saya menerima aduan daripada rakan-rakan SAM terdapat individu tertentu yang meragui keikhlasan SAM dan berpersepsi bahawa SAM didalangi oleh pihak pembangkang. Ada yang berprasangka bahawa SAM menjadi batu loncatan oleh ahli SAM mempopularkan diri atau "terjun" ke arena politik... Bikin ketawa! Tentang keikhlasan, kami ikhlas. Tahu apa hakikat ikhlas? Saya ringkaskan begini: "buat kerja tanpa mengharap balasan...baik dari manusia ataupun Tuhan. Buat kerana rasa itu memang patut dibuat. Kerja secara sukarela...anggap sebagai satu hiburan/hobi...". Antara tanda-tanda orang ikhlas: kalau dipuji tidak lupa diri, kalau dikutuk atau tidak dihargai, tidak melenting atau berhenti buat kerja. Berdasarkan kepada definisi ini dan "tanda-tanda" tersebut, SAM boleh dianggap IKHLAS. Mudah-mudahan kami semua dapat mengikhlaskan diri sejak "kelmarin, hari ini dan esok". Doakan kami.
Tentang "didalangi oleh pembangkang", hmm...yang ni kami "geram", macam juga A.Samad Said "melenting" bila gerakan "Henti PPSMI" yang beliau sertai dikatakan didalangi oleh pembangkang. Terus terang kami bukan tajaan Pakatan Pembangkang. Bahkan SAM bukan juga tajaan individu/parti Barisan. Berkali-kali sudah kami nyatakan kami badan bebas yang bersahabat dengan semua. Sahabat bermaksud - sokong benda baik, tegur benda tak senonoh, baik dilakukan oleh "Parti A" atau "Parti B" atau oleh sesiapapun. SAM boleh memuji mana-mana politikus. Dengan izin SAM, saya ingin memuji : "Hidup Pak Lah !!! (contoh pemimpin BN yang baik), hidup TG Nik Aziz (contoh pemimpin pembangkang yang baik) !!!... yang lain, kalau mau minta dipuji, contohi mereka. Pasti SAM akan beri pujian sampai ke langit sekalipun.
Persepsi ketiga yang paling melucukan saya. Saya menerima aduan daripada sahabat SAM, ada individu yang mengingatkan beliau agar berhati-hati kerana saya kononnya mahu memperalatkan SAM/ahli SAM untuk tujuan "mempopularkan" diri di Tandek/Marudu bagi tujuan politik. Lucu! Mau popular? sudah lama popular maaaa...,"akar umbi"? sudah "standby" maaaaa... itupun kalau saya mau berpolitik. So, untuk apa saya cemarkan diri saya dan SAM? Saya tidak akan memperalatkan SAM kerana saya ada beberapa "alat" sendiri. Dah lama dahhh... Hmm, inilah susahhh kalau cuba jadi "staring baik" dalam dunia yang sudah bobrok. Inilah "problem" bila terlalu banyak "staring nakal" dipertontonkan kepada kita selama ini, maka kalau ada usaha menjadi "staring baik", orang sukar mau percaya...inilah cabaran kepada sesiapa yang memasuki "alam kebobrokan"... Untuk makluman, SAM ditubuhkan atas inisiatif rakan-rakan dan bukan saya yang terhegeh-hegeh kempen kawan-kawan tubuh SAM. Lantikan sebagai tekong ini pun atas kerelaan dan kemahuan rakan-rakan. Apa bila saya bersetuju "joint" menubuh SAM dan menerima amanah sebagai "tekong", saat itulah saya pasakkan niat dan azam untuk IKHLAS dan berjanji kepada diri sendiri untuk tidak menyalahgunakan SAM. Cukup-cukuplah sudah rakyat melihat banyak penyalahgunaan kuasa/persatuan oleh orang/pemimpin tertentu. Biarlah saya/rakan-rakan mencipta sejarah. Sejarah baik mesti dicipta supaya generasi akan datang tidak lagi berpersepsi negatif kepada pertumbuhan/kelahiran mana-mana badan bebas/persatuan. Kita tidak mahu lagi mendengar cakap-cakap seperti ini: "....alahhh, dia/diorang mau guna persatuan saja bah itu untuk....macam si anu-si anu...". Dan memang benar cakap-cakap itu kerana selama ini, itulah episod/babak yang dipertontonkan kepada kita/rakyat. Jangan salahkan rakyat, kita tunjukkanlah contoh yang baik, yang ikhas. Bah, saya/SAM harap selepas ini, usahlah lagi berprasangka buruk kepada SAM. SAM umpama TV/akhbar yang bebas menulis/melaporkan apa yang difikirkan perlu. Memuaskan hati semua orang itu TIDAK MUNGKIN, memadailah kalau majoriti pembaca menyukainya, dan cukuplah kalau rakyat biasa merasa SAM sebagai sahabat mereka.

No comments: