SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, July 20, 2009

KELUARLAH DARI "PERTAPAAN"

Kota Marudu, Sabah: Istilah "pertapaan" saya mulai gunakan pada tahun 2004. Ketika itu blog belum popular. Istilah ini keluar semasa "bermain" sms dengan Datuk Dr. Maximus J. Ongkili. Ada sebabnya mengapa istilah ini keluar namun tidak perlu dibicarakan di sini. Ramai permata-permata di Kota Marudu dan di semua daerah di Malaysia. Golongan muda yang boleh menyumbang kepada masyarakat dan negara. Golongan veteran pun ada yang "bertapa" walhal amat berwibawa dan berpotensi untuk mewarnai landskap masyarakat. Saya juga pernah memilih untuk jadi "sang petapa" namun setelah berfikir panjang dan didorong oleh keperluan semasa maka saya akhirnya memilih untuk keluar dari "gua pertapaan". Ayuh, rakan-rakan yang punya keupayaan, keluarlah dari "gua pertapaanmu". Kita tidak perlu bermentera panjang atau bersilat di arena gelangang antarabangsa, memadailah kalau kita dapat mengucapkan satu-dua patah perkataan berhikmah untuk sesama manusia di kedai kopi, di pejabat sendiri, di kampung sendiri atau di dalam rumah sendiri...

1 comment:

Anonymous said...

Salam Sejahtera SAM..minta SAM perbanyakkan isu-isu semasa yang berlaku di negara ini.perlu di ketengahkan isu politik,ekonomi dan sosial.adalah amat penting dipaparkan isu yang kurang berlaku di sabah seperti budaya samseng,kongsi gelap,mat rempit,penculikan kanak-kanak dan penyalahgunaan dadah. Lagi bagus SAM siarkan topik pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan oleh para YB kita. sekurang-kurangnya masyarakat tahu perkembangan yang berlaku seiring dengan janji para YB semasa kempen piliharaya.

Sekian dan Terima Kasih....

Maslie..