SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, July 8, 2009

KEMPEN KEBERSIHAN OLEH MDKM

( gambar diambil pada jam 7.30 malam, 7/07/09 )
KOTA MARUDU: Nampaknya Daerah Kota Marudu maju selangkah lagi dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaiknya. Majlis Daerah Kota Marudu telah mula menaikkan papan tanda amaran berkaitan dengan pembuangan sampah merata-rata tempat. Kalau berdasarkan amaran ini, mana-mana individu yang didapati membuang sampah merata-rata akan dikenakan denda RM500.00. Adalah menjadi harapan, dengan berkuatkuasanya sistem denda ini, Pekan Kota Marudu akan mengalami transformasi wajah. Diharap juga pihak MDKM dapat menyediakan semula tong-tong sampah di sekitar kawasan pekan. Selain itu, membuat penjadulan semula proses pemungutan sampah dari tong sampah di sekitar kawasan Kota Marudu. SAM
nota: maaf kerana gambar diambil pada waktu malam, tidak terperasan waktu siang tadi, Waktu saya keluar tengah hari, nampak beberapa orang pekerja sedang memasang banner besar tapi tak kisah sangat, jadi bila saya keluar lebih kurang jam 7.30 malam , baru nampak..

6 comments:

SONIT said...

TAHNIAH MDKM..
lebih banyak kempen lagi kasi lancar lepas ini supaya kurang kutukan kamu dapat..laksanakan perkhidmatan supaya orang bayar cukai. Kalau tiada perkhidmatan tapi tiba2 pungut cukai, habis kamu nanti kena bantai.

TAHNIAH SAM atas paparan ini.

ILLIE said...

Satu langkah yang baik dari MDKM dan saya harap kempen ini serius kalau boleh tubuh 1 pasukan pemantau untuk memastikan kempen ini berkesan.

Alangkah baiknya kalau MDKM dapat meniru cara majlis daerah tempatan di Jepun menangani masalah sampah.Pihak berkuasa tempatan Yamashina (macam daerah) telah membuat peraturan kepada seluruh penduduk iaitu menetapkan tempat letak sampah dan dalam masa yang sama menetapkan masa untuk pengutipan sampah.Hari2 biasa selain daripada masa tersebut,jarang sekali kelihatan plastik2 sampah.

Satu lagi cara yang dijalankan oleh majlis tempatan disini ialah teknik pengasingan sampah iaitu sampah biasa,sampah plastik dan sampah botol/tin.Setiap penduduk disini ada 3 jenis sampah dan masa pembuangan sampah pun berlainan mengikut jadual.Sebagai contoh hari isnin ialah pemungutan untuk sampah biasa,hari rabu untuk sampah jenis plastik dan hari jumaat untuk sampah jenis tin/botol dan sebulan sekali ada pengutipan sampah untuk surat kabar/majalah.

Dikedai-kedai pula setiap blok disediakan 2 jenis tong sampah yang ada ditulis untuk sampah biasa dan untuk tin/botol.Kaedah ini amat berkesan sekali.Daerah tempat tinggal sia yang mempunyai bilangan penduduk lebih kurang 100,000 orang tidak pernah merungut dengan peraturan ini.

Soal kebersihan setempat,kita tidak boleh bergantung kepada MDKM sahaja.Ianya bermula daripada diri sendiri.Bila penampilan anda bersih,jiwa anda bersih,minda anda bersih..sia pasti apabila diluar anda sentiasa mahukan yang bersih.

Dungkarou said...

waah,
satu idea yang boleh dikongsikan bersama saudara Illie.Tapi satu budaya orang Kota Marudu ini pun kadang2 satu hal juga.Pemalas dan pengotor.Kalau ditambah lagi dengan sikap penguatkuasa yang sambil lewa, nah..memang susah mau cakap.

Syen said...

kempen ni bagus.. tapi soal denda tu ... korang tau tak tu cara nak ambik duit rakyat. kempen kesedaran tu penting.. bukan denda.. rasanya makin di denda makin orang nak buat.. rasanya tu tak berapa bagus lah.. orang terdorong buang sampah pasal banyak sampah. cuba banyak kan tong sampah. pekerja pun tambahkan untuk indah kan pekan marudu tu. biasanya bila sesuatu tu indah orang tak kan nak rosakkan. betul tak. kalu asik denda ja. berapa ramai nak di denda? berapa banyak duit rakyat bayar denda. kalu tak dapat bayar macam mana? saman pulak? sampai bila? cuba lah denda buat kerja amal. kan lagi bagus. ambik nama no kad semua. buat kerja amal. kalu tak buat baru lah saman jalan...

sekadar luahan.

Little Mike (LM) said...

setuju juga dengan syen... kecantikan kawasan menyebabkan orang sayang untuk kasi semak. Jadi, cantikkan landskap KM. Kempen kebersihan pun kalau KM LUSUH... mentaliti buli jadi tawar berada di tempat awam yg tidak teratur (kalau bagi mereka yang tidak mahu berfikir lebih ke depan la)... apa pun, langkah MDKM ini satu langkah positif juga... bersama jaga kebersihan kawasan kita...

SANGURU said...

BAGUSSSS...

Rakyat jangan buang sampah merata-rata dan MDKM kena juga membersihkan jika ada sampah. Kutip sampah ikut jadual. Syarikat yang dilantik jalankan tugas.Buat perkhidmatan yang sepatutnya. dll. Barulah pembayar cukai ringan hati mau bayar cukai! Simple...