SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, July 18, 2009

KESATUAN DALAM KEPELBAGAIAN

Konsep 1 Malaysia dalam erti kata perpaduan antara kaum bukanlah suatu perkara asing yang perlu dihuraikan ertinya dalam masyarakat majmuk di Sabah. Kita tidak perlu merujuk kepada kamus untuk memahami maksudnya, kerana di sini kita sudah hidup dalam kerukunan sejak zaman-berzaman. Minta maaf, tetapi saya melihat kadang2 pertikaian antara kaum di Semenanjung pula yang sedikit sebanyak telah mencacatkan perpaduan yang utuh di Sabah. Sejak dari kecil, kita sudah diajar erti saling hormat-menghormati antara sesama. Kita terdiri dari pelbagai bangsa, bahasa, dan agama, tetapi kita tetap hidup rukun, aman dan damai. Memang pertikaian dan perbalahan kadang2 wujud di sana sini, tetapi ia tidak pernah merobohkan kesatuan yang sudah tercipta sejak sekian lama. Saya sentiasa sukakan perpaduan dalam kepelbagaian. Ketika saya masih di bangku sekolah menengah, kami ada satu kumpulan yang terdiri daripada orang2 Dusun, Bajau, dan Cina. Ketika saya di Matrikulasi, kumpulan teman2 rapat saya juga pelbagai. Sampailah ketika di universiti pun kawan2 saya terdiri daripada orang2 Melayu, Cina, India, dan tidak perlu disebut lagilah peribumi Sabah dan Sarawak kerana memang satu kepala. Kini dalam SAM juga kepelbagaian itu tetap wujud. Hal ini bukan dirancang, tetapi itulah hakikatnya. Kita telah lama hidup bersatu-padu dalam kepelbagaian. Saya fikir, tidak susah sebenarnya untuk bersatu. Kita hanya perlu ada rasa hormat terhadap orang lain, dan tidak terlalu mementingkan diri sendiri. Kita boleh saja mempertahankan prinsip2 hidup kita sendiri, tetapi pada masa yang sama kita harus menghargai orang lain dengan prinsip2 hidup mereka. Semoga konsep 1 Malaysia dalam erti kata perpaduan antara kaum tetap terpelihara dalam SAM dan bahkan dapat menjadi model yang baik (kalau bukan yang terbaik) kepada orang lain. Nota: Kesatuan tidak boleh dipelajari dan diikuti. Ia harus dihidupi dan diwarisi.

3 comments:

SOMEONE said...

manakah durang peduli tu..

TanakGouton said...

perpaduan kaum perlu kita kekalkan sampai selamanya untuk mengekalkan keamanana negara kita.
teramat sayang kalau keamanan yang kita warisi dan pertahankan sejak dulu dengan sekelip mata diruntuhkan oleh insan2 yang tidak bertanggungjawab semata2 sikap tamak dan sebagainya.
Dan langkah jalinan komuniti yang dijalankan oleh SAM dan Ponetfm@Utarafm ini wajar mendapat pujian tinggi dan wajar dicontohi oleh seluruh masyarakat negara kita.
SYABAS dan TAHNIAH buat Dr.Nellson atas tulisan yang menaikkan semangat ini..

SANGURU said...

SAM teruskan jadi model yang baik. Benda baik perlu diteruskan walaupun secara kecil-kecilan.