SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, July 18, 2009

Khabar dari Kampung...

Salam semua...terlalu lama rasanya saya tidak berpeluang untuk bertemu rakan2 di Maya ini. Hari ini balik rumah hubby di KB, jadi peluang ini saya gunakan untuk melawat SAM yang dan sulap rakan2. Tiada perkembangan yang menarik sejak bergelar penanam Anggur ini, cuma sekadar menjalankan rutin2 harian sebagai Isteri dan ibu. Berita dari kampung pula tiada yang menarik sangat cuma baru2 ini ada projek menggantikan batang paip dan kerja2 masih dalam proses. Selain itu ada projek memasang gabion di Jambatan Jalan Kandawayon Batu 4. Dengar2 suara sumbang gabion yang dipasang Cin Cai saja sebab hanya budak2 yang memasangnya. Tapi saya tidak berkesempatan melihat sendiri keadaannya. Masalah dewan pula hingga sekarang masih belum diselesaikan. Semasa Ming memaparkan masalah dewan di SAM, kontraktor tersebut dengan pantas datang meninjau dan berjanji akan membaiki semula, tetapi sehingga sekarang JANJI TINGGAL JANJI sedangkan Dewan telah dirasmikan semasa kes komplen belum selesai. Kami sangat bersyukur dengan adanya dewan kampung ini dan sangat berterima kasih kepada Datuk Max kerana mersamikannya tetapi rasanya masa belum sesuai untuk dirasmikan kerana pihak kontrektor belum menunaikan Janji mereka. Baru2 ini ada kerosakan kecil atap dewan akibat di panah kilat dan ia belum dibaiki lagi. Apakah ada bantuan kilat juga? atau adakah yang akan mengambil kesempatan atas kerosakan kecil itu? Itu saya tidak pasti, tunggu dan lihat sajalah. Saya cuma berharap pemimpin2 di kampung akan bertindak menyusul kembali Janji kontraktor tersebut dan meminta bantuan untuk membaiki kerosakan akibat panahan kilat itu. Saya bukannya iri hati kepada mereka2 yang beruntung ini cuma saya ingin merasai sedikit pembangunan di kampung saya seperti mana kampung lain dan ini juga adalah untuk generasi akan datang Kampung kami. Disini saya paparkan kembali gambar2 dewan yang perlu diambil perhatian oleh Kontrektor tersebut. Mana tau Tuan Kontrektor lupa, jadi saya ingatkan kembali agar Pihak Tuan Kontrektor dapat mengambil tindakan sewajarnya...

3 comments:

SOMEONE said...

mana juga durang peduli tu...

Little Mike (LM) said...

harap ada perkembangan yang baik.

Anonymous said...

ingahnya kampung kamu tk mcm kampung wife aku huhuhu