SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, July 8, 2009

KPI: Indeks Prestasi Kerja Yang Menguntungkan Rakyat Dan Negara

Perlaksanaan KPI dialu-alukan memandangkan selama ini prestasi kerja penjawat awam termasuk ahli politik kurang dipantau secara spesifik. Memetik ucapan Perdana Menteri yang antara lain menyatakan kemajuan negara berpandukan kepada sejauh mana agenda kerajaan dapat diterjemahkan. Tambahan beliau, transformasi bukan semata-mata PEMBAHARUAN tetapi juga PERUBAHAN. Dalam kenyataan susulan, beliau berpendapat hubungan baik antara anggota pentadbiran dengan perkhidmatan awam diperlukan untuk pengukuhan kejayaan agenda negara. Nota: Kota Marudu menyambut baik langkah perlaksanaan KPI memandangkan selama ini KM agak tercicir daripada perhatian kerja yang berprestij. Dengan adanya KPI ini dapat memberikan dorongan dan inspirasi kerja agar pihak berkenaan lebih berinisiatif untuk menjadikan KM sebahagian daripada acuan agenda negara. Kejayaan pembaharuan dan kemajuan di KM melalui pemantauan prestasi kerja sudah pasti memberikan manafaat kepada rakyat. Sebagai tambahan, PEMBAHARUAN dan PERUBAHAN tidak akan ke mana jika PERLAKSANAANnya tidak telus. Harapan yang sudah lama berkumandang - 'LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK KM'. SAM dan rakyat juga boleh bertindak sebagai KPI yang berkesan. Jika rakyat bersuara itu petunjuk ada banyak kerja yang perlu dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam sepak terajang politik.

No comments: