SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, July 5, 2009

Lensa SAM

http://nazri-suaramualaf.blogspot.com Lensa Minda

"Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".

Oleh: Tekong SAM

Tg. Batu, Tandek, Kota Marudu: "Tadau Moginakan" telah sempurna dilaksanakan dan dirasmikan Oleh ADUN N3 Pitas, En. Bolkiah Hj. Ismail, mewakili Datuk Masidi Manjun. Berbagai acara kebudayaan dan sukan telah dijalankan dan mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Menurut En. Sundian Sapaun, salah seorang AJK penganjur, majlis/program ini dibuat sebagai salah satu acara "Tadau Kaamatan" khususnya bagi suku kaum Kimaragang. Sesuai dengan konsep 1Malaysia, majlis ini juga turut diserikan dengan kehadiran berbagai suku kaum dalam daerah Kota Marudu. Berbagai persembahan kebudayaan turut disajikan kepada tetamu jemputan dan para hadirin.

SAM diwakili oleh dua wartawan yang sanggup meredah hujan lebat semata-mata untuk membuat liputan sebagai tanda sokongan kepada program murni ini. Pihak SAM akan sentiasa menyokong apa jua program yang dilaksanakan oleh apa jua badan/persatuan/parti yang difikirkan baik untuk rakyat/masyarakat.

6 comments:

Mr. Aki Abad 21 said...

aik yuk kanapa YB pitas pulak yg pigi kasi ucapan ? mana pigi YB tandik .... inda lagu ka ?

SONSOGON said...

ngam lah bah aki..YB pitas kan bangsa tulin kimaragang..inda salah bah dia kasi rasmi ni majlis yang ada kaitan sama bangsa kimaragang.Biarpun YB Bolkiah mewakili pitas tapi sebagai bangsa kimaragang,kita patut berbangga sabap ada juga wakil kimaragang dalam DUN.YB N.5 jgn tanya lah aki..sibuk tu dia sanaaaaaaaaa

Anonymous said...

Ah..promote diri sendiri saja c sundian itu. Bilang itu utk kimaragang tapi mana orang-orang kuat kimaragang?.

AnonymousBaik said...

biarlah ba urang anon..
yang ko dangki sangat ni kanapa?
inda payah jimput ba kalau ada puruguram masyarakat saperti ini. Itu tanggungjawab kamu sebagai bangsa dusun kimaragang..Inilah yang bikin baduh bangsa kamurang ni...asik dangki saja..

TOMPINAI said...

Saudara Anony,
bersyukurlah kerana ada juga insan yang sanggup untuk mengurus melaksanakan sesuatu program seperti ini, apatah lagi yang melibatkan ramai orang.

Cuba jangan main dengki saja atau tuduh yang bukan2, dan kalau si tuan ini menonjol pun, ini adalah rezeki dia sebab orang melihat dan menilainya.

Mari saudara anon kita pandang ke depan demi untuk bangsa dan warga Tandek. kasi hilangla tu prasangka tidak baik.

Mr. Aki Abad 21 said...

apa2 saja ba indada nama...dia punya pasal..yg panting diurang buat...