SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, July 15, 2009

MAN NIK URAI UMNO

Bertemu kembali rakan2 SAM dan semua pembaca SAM. 1-2 minggu saya outstation nampaknya SAM sarat dengan isu2 hangat. Tapi yang menghangatkannya sebenarnya pengulas2 tanpa nama dengan pelbagai tanggapan terhadap SAM. Di tambah lagi dengan ulasan balas rakan2 SAM yang juga cukup menyengat. Saya tidak perlulah lagi menambah komen. Kali ini saya ingin bercerita sedikit mengenai pilihanraya kecil Manik Urai yang berkesudahan PAS menang dengan majoriti 65 orang sahaja. Sedikit tapi sudah cukup untuk mengekalkan kemenangan PAS di kawasan DUN berkenaan. Nampaknya man Nik urai UMNO sekali lagi. Kemenangan tipis PAS mungkin memberikan gambaran bahawa UMNO semakin diterima oleh rakyat Kelantan. Mungkin juga kerana calon UMNO yang lebih berpelajaran dan dapat diterima baik oleh golongan muda, sedangkan calon PAS hanya seorang penjual ikan yang mungkin lebih banyak bersandar kepada aura Nik Aziz. Mungkin juga ia dipengaruhi oleh pentadbiran 100 hari Najib yang dikatakan agak baik. Apa pun alasannya, keputusan pilihanraya ini memberikan isyarat kepada PAS bahawa mereka tidak boleh berharap hanya kepada keramat nama PAS dan Nik Aziz sahaja jika ingin terus menguasai Kelantan. Manakala BN (UMNO) pula tidak boleh terlalu yakin kerana sokongan pengundi boleh berbalik kepada PAS pada bila2 masa saja. Oleh itu BN perlu memperkasakan kempen untuk memenangi hati rakyat Kelantan jika masih menanam cita2 untuk menawan bumi serambi Mekah itu. Namun ia bergantung juga kepada pencapaian UMNO dan BN vs PAS dan PR secara keseluruhannya. Apakah pengundi telah turun membuang undi berdasarkan nama parti atau kredibiliti pemimpin? Bagi saya agak sukar untuk ditentukan kerana pengundi kini lebih bijak dari dahulu. Saya fikir kedua2 faktor itu dipertimbangkan. Bagaimana dengan KM? Mungkinkah pilihanraya akan datang akan menyajikan satu pertunjukan yang hebat juga? Mungkinkan inilah peluang dan pentas terbaik untuk muka baru menggegarkan bumi Marudu? Kita sepatutnya sudah berfikir dari sekarang harus mengundi siapa nanti.

8 comments:

BayuLaut said...

hakikatnya PAS tetap menang walaupun hanya dengan mejoriti 65 undi.
Susah mau ramal orang2 sekarang. Satu negara UMNO turun membantu untuk kempen tapi hakikatnya sedemikian juga..sayang saja duit .

SANGURU said...

untung UMNO letak calon yg hebat, jika harapkan GAH UMNO barangkali majoriti PAS lebih lagi. Rakyat sekarang mahu pemimpin, bkn parti. So, kekalahan ini boleh jadi pelajaran yg berguna kpd mana2 parti.
Di kota marudu ni, susah saya mau gerenti. Tapi klu golongan muda, rasanya "YA", so...eloklah mana2 parti mempertimbangkan perkara ini. JGN MAIN CINCAI LETAK CALON PD PRU AKAN DATANG.... - ikhlas dari saya.

SONSOGON said...

bagi sya soal calun adalah faktor utama..jadi jgn berbangga dirinya ada gelaran "DR"(siapa yg makan lada kokow,dia yg mongosil kapadasan)..belum tentu mendapat sokongan..urg bukit pun kalau kana sokong manang juga bah..jadi belajar apa yang berlaku di PRK Manek Urai..kalau mau ada persaingan yg sengit pada PRU nanti..kamurang mesralah dgn rakyat bermula dari sekarang,berkhidmatlah dgn rakyat dari sekarang..rakyat ada hak menentukan siapa wakil mereka..bukan taim mengundi baru tunjuk taring yg konon2 nya dia adalah seorang pejuang tulin..hahahaha bikin katawa saja.

Umar al-Longobi said...

"Bagi Duit Ambil, Bagi Kain Pakai, Bagi Gula Kacau, Bagi Lembu Tarik... TAPI, tetap undi _______"

inilah kebijakan pengundi2 kelantan. diharapkan pengundi Marudu pun akan ke arah itu juga.

Revolusi Marudu (REM) said...

dijemput ke blog REM (http://revolusimarudu.blogspot.com). sila baca tajuk "tolak". di sana mungkin ada jawaban tambahan bagi persolan masa depan politik marudu. tq...

SANGURU said...

kata orang, KALAH - MENANG ada hikmah. Hikmahnya: BN letak calon "Hebat" (orangnya juga budiman)dan berjaya tarik pengundi, walaupun masih kalah tipis saja. PAS letak "orang biasa" ( si penjual ikan kata orang BN yang nakal...) namun menang juga tapi tipis walaupun guna tiket PAS ...

Mcm syok pula kalau kita renungkan lagi dalam...

ison said...

Maksudnya calon yang berilmu dan budiman penting untuk memancing undi rakyat. Mungkin PAS sengaja letak calon yang 'biasa' untuk sekurang2nya 3 sebab berikut;

1. Manik Urai kubu kuat PAS. Sudah tentu PAS berpendapat bahawa siapa pun calon PAS pasti akan menang.

2. PAS secara simbolik mempersenda UMNO bahawa di Kelantan khususnya Manik Urai, orang yang tidak berpelajaran boleh mengalahkan orang yang dianggap lebih berpelajaran.

3. PAS sengaja mahu menguji kekuatannya di Kelantan. Tindakan tersebut hampir makan tuan. Dengan itu kini PAS sedar bahawa pada mana2 pilihanraya akan datang mereka perlukan lebih dari sekadar 'aura'.

Sekarang siapakah yang lebih bijak UMNO atau PAS? Masing2lah jawab.

Nota: Sudah jelas bahawa kita memerlukan orang2 yang bijak di KM untuk menangani masalah politik di sini.

SANGURU said...

para penganalis politik yg hebat2 dlm TV pun sejak kebelakangan ini sepakat memillih faktor CALON lebih dominan lebih2 lagi dalam trend keruntuhan "keyakinan" rakyat kepada parti2 Mega. Yang kita terkezut nanti kalau satu trend baru berlaku: SESIAPAPUN CALON KALAU MELAWAN CALON PARTI "ABC" PASTI AKAN MENANG! - ini jelas petanda rakyat bosan. Jadi sebelum ini jadi kenyataan, cuba2 la elakkan. "ADAKALANYA MALANG ITU BERBAU..."