SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, July 23, 2009

MOHD JASNI KUSNET.FM: GURU INOVATIF ICT PITAS

Isteri & Anak tercinta yang begitu setia memberikan sokongan.
SK PEKAN, PITAS: Mohd Jasni Ahmad Shukri yang lebih dikenali sebagai DJ Rumputt telah dipilih sebagai Guru Inovasi ICT peringkat daerah Pitas sempena Hari Guru Pitas 2009 yang diadakan di Dewan SK.Pekan Pitas II hari ini.
Sebelum ini, tekong SAM juga telah menerima anugerah Guru Inovatif peringkat Negeri sempena Hari Guru Negeri Sabah 2009 yang dilangsungkan di Keningau. Syabas dan tahniah.
Panel Pemilih Anugerah yang diketuai oleh En. Halim Bin Bidin @ Bibin, Pegawai Pelajaran Daerah Pitas sebulat suara bersetuju memilih Encik Jasni sebagai penerima anugerah berkenaan di atas pencapaian dan sumbangan beliau, khususnya dalam memartabatkan penggunaan ICT dalam bidang pendidikan dan juga daerah ini. Beberapa sumbangan beliau dalam dalam bidang tersebut termasuklah:
  1. Membangunkan laman web SK Pinggan-Pinggan Pitas.
  2. Menjuarai pertandingan courseware design kategori sekolah rendah dalam pertandingan WCCD 2007 yang dianjurkan oleh Unit ICT kerajaan negeri Sabah.
  3. Membangunkan laman web komuniti online pitasonline(PONET), utarasabah (KUSNET).
  4. Membangunkan radio online UTARAFM.

7 comments:

NONG said...

TAHNIAH Tuan Rumputt..
Semoga terus suksess dan terus cemerlang dalam segala perbuatan.
TUHAN memberkati..

Little Mike (LM) said...

Semakin mantap DJ Rumput!

Gaaman said...

Hebattt..kembangkan lagi potensi DJ Rumput. Semoga usaha sdr menyinarkan cahaya kecemerlangan permata Utara Sabah khususnya PITAS. Cungkil, cungkil, cungkil..dan ketengahkan warga Utara Sabah yang tidak kurang hebat dan emmm..itu!!

tulunbunou said...

TAHNIAH!TAHNIAH!TAHNIAH...BERJAYA DAN TERUS BERJAYA!

ming2elly said...

TAHNIAH TUAN !

semoga utarafm akan terus berkembang !

ILLIE said...

bukan alang2 ko tuan rumputt..TAHNIAH!! dan teruskan kecemerlangan tuan untuk daerah Pitas khasnya dan untuk Utara Sabah amnya...

Aldusuni said...

siapa cakap utara tdk boleh ?