SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, July 22, 2009

Mungkin perlu ada...

Salam sejahtera kepada semua pengunjung yang dihormati. Sebenarnya sudah lama saya berfikir dan ingin mencadangkan hal ini kepada pihak yang berkenaan. Syukur dengan ujudnya blog SAM akhirnya cadangan ini dapat saya utarakan dengan cara yang cukup sederhana. Kali ini saya ingin berbicara tentang kampung kelahiran ibu saya iaitu Kg.Minitampak,Kota Marudu. Kg. Minitampak terbahagi kepada 3 kawasan iaitu (Kg.Minitampak, Kg.Minitampak 2 dan Kg.Minitampak 3.) ia merupakan sebuah kampung di kawasan perbukitan dengan jumlah penduduk yang agak ramai dan berjiran dengan Kampung Salimandut, Kg. Lingkabungan, Kg.Bengkoka, Kg. Longob, dan Kg. Bombong 3. Sektor pekerjaan utama penduduk kampung ialah bertani dan menoreh getah dengan purata pendapatan bulanan sebanyak RM 300.00/isirumah. Sumber air diperolehi melalui paip graviti manakala bekalan elektrik pula sehingga hari ini belum dapat dinikmati oleh penduduk kampung.Oleh itu bagi penduduk yang berkemampuan, mereka membeli mesin janakuasa untuk kemudahan seharian. Mungkin kerana faktor muka bumi yang berbukit-bukau dan terletak di kawasan pedalaman, pembangunan di kawasan ini agak lambat berbanding kampung di kawasan tanah rata. Diantara kemudahan sedia ada di kampung ini ialah jalanraya, Balairaya (turut dijadikan tempat Prasekolah - mula beroperasi pada awal tahun ini), jambatan (baru didalam pembinaan merentasi sungai Salimandut). Selepas beberapa tahun melakukan pemerhatian saya dapati penduduk di Kampung Minitampak,Kg.Lingkabungan dan Kg.Bengkoka memerlukan perhatian khas daripada pihak berkenaan khususnya didalam perkhidmatan Pendidikan dan Kesihatan kepada penduduk setempat. Permohonan perkhidmatan ini pernah diajukan kepada pihak yang berkenaan oleh mantan Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK sebelum ini dan disambung oleh pelapis namun belum ada maklumbalas proaktif yang dirasai oleh penduduk kampung. Kawasan ini mungkin memerlukan.... 1. Perkhidmatan pendidikan (Sebuah Sekolah Rendah) Pada hari ini, semakin ramai murid yang berasal dari kawasan ini menamatkan persekolahan semasa berada didalam darjah 3, darjah 6 dan tingkatan 1. Ada diantara penduduk dikawasan ini menghantar anak mereka bersekolah di SK. Marak-Parak kerana sekolah tersebut menyediakan kemudahan asrama kepada murid yang tinggal jauh dari sekolah. Saya telah melakukan temuramah secara lisan kepada beberapa orang penduduk kampung mengenai faktor yang menyebabkan keciciran pembelajaran anak.Kebanyakan daripada mereka menyatakan dua faktor penghalang berikut:- - Jarak yang jauh dari rumah ke sekolah. Bayangkan seorang budak kecil berumur 7tahun dengan beg yang sarat dengan buku teks terpaksa berjalan kaki ulang-alik dari sekolah dengan perjalanan dari rumah ke sekolah mengambil masa lebih kurang 1jam 30 minit (Menuruni bukit) dan perjalanan dari sekolah ke rumah mengambil masa lebih kurang 2jam (Mendaki bukit). Maka tidak hairanlah jika murid-murid dari kampung ini sampai ke rumah sekitar jam 4 atau 5 petang ! Perjalanan ke sekolah yang meletihkan.. Keadaan ini secara tidak langsung mengurangkan minat mereka untuk bersekolah. - Keselamatan Ibubapa risau dengan keselamatan anak kerana perjalanan ke sekolah banyak kawasan sunyi (Hutan dan kebun getah). Sebenarnya ramai dikalangan murid-murid yang tercicir ini jika digilap berpotensi untuk menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat dan negara. 2. Perkhidmatan Kesihatan (Sebuah Klinik) Ibu hamil dari kampung ini mendapat jagaan ibu mengandung dari Klinik Desa Salimandut. Kg.Minitampak dan Kg.Lingkabungan merupakan salah satu daripada 7buah kampung yang terdapat di dalam kawasan operasi KD. Salimandut. Jika dilihat dari sudut geografi dan jumlah penduduk, kawasan Kg.Minitampak sangat sesuai didirikan pusat kesihatan seperti yang terdapat di Kg.Gana dan Kg.Samparita. Masalah yang sama iaitu faktor jarak dan keselamatan diri mempengaruhi kedatangan penduduk yang memerlukan jagaan kesihatan susulan di klinik. Oleh itu individu yang sangat memerlukan jagaan rapi dan suntikan imunisasi seperti ibu hamil, bayi dan kanak-kanak sering menjadi kes cicir (tidak datang pada masa yang ditetapkan). Dengan adanya klinik di kawasan ini, penjagaan kesihatan dapat diberikan dengan lebih berkesan kepada penduduk kampung. Sebagai maklumat tambahan, wanita di kawasan ini hampir 98% daripadanya adalah masih produktif dan sudah tentunya memerlukan penjagaan kesihatan yang sempurna untuk melahirkan generasi pelapis yang sihat! Saya bagi pihak penduduk kampung sangat berbesar hati sekiranya cadangan ini dapat dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan. Walau apa pun ini hanyalah cadangan.. p/s: Bagi pengunjung yang ingin melihat Map Kampung Minitampak dengan lebih jelas, Sila klik laman web ini:- http://wikimapia.org

10 comments:

TULUN SOKID said...

Memang wajar hal ini diberi perhatian oleh pihak berwajib.
Bila lagi mau laksanakan kemudahan untuk orang2 pedalaman.
Kalau di kawasan kudat misalnya, berlambak SMK, apa salah jika sebuah dua binalah SRK di kawasan pedalaman yang betul2 memerlukan.

Tulunbunou said...

TULUN SOKID, Terima kasih diatas sokongan..teruskan bersama kami di SAM!

SANGURU said...

bukan "MUNGKIN" atau "WAJAR"...tahniah, satu paparan yang baik untuk semua khususnya rakyat di perbukitan.

LULUSSSSS....

NONG said...

TAHNIAH atas paparan dan perkongsain idea dan cadangan ini TB.
Betul kata Sanguru, cadangan ini bukan setakat "MUNGKIN" tetapi "SANGAT PERLU" untuk masyarakat terutama di kawasan perbukitan yang banyak tercicir dari arus pembangunan..

Bayangkan kanak2 kecil dari Kg.Minitampak berjalan kaki jauh berbatu2 untuk sampai ke sekolah di SK.Tumunda Salimandut dengan melalui jalan hutan bukit yang tidak terjamin keselamatannya.

Saya berharap pihak berwajib dapat
membantu mengatasi permasalahan ini untuk mengelakkan lebih banyak generasi muda kita tercicir dari menikmati pelajaran.

Dengarlah RINTIHAN & HARAPAN masyarakat pedalaman dan perbukitan.

SALAM PERPADUAN!

Gaaman said...

Isu menarik dan perlu dihebohkan!!.wahai SAM ringan2kan la tangan utk membawa perkara seumpama ini kepada pihak berwajib(bukan setakat luahan-disokong dan dilulusss- dalam blog saja)..

ison said...

Mmm... Kenapa sampai sekarang tiada bekalan elektrik di sana ah? Sedangkan di kg isteri saya di Ranau (Kg. Gaur) setengah jam perjalanan dengan kenderaan dari pekan Ranau, turun naik bukit (lebih kurang ja jalan ke Samparita tu) sekarang da ada bekalan elektrik.

Sekolah dan Klinik memang satu perkara yang sangat penting dalam sesebuah penempatan. Memang perlu diberikan perhatian yang serius.

Kalau tidak dibina, kena berikan alternatif sokongan yang lain seperti kemudahan pengangkutan dan atau asrama yang sesuai, mobile clinic dan sebagainya...

Semua ni memerlukan kerjasama dari banyak pihak, tapi kalau tidak ada driving force yang kuat dari orang2 tertentu khususnya para pemimpin masyarakat kita, maka semua perkara itu hanya tinggal kertas cadangan. Sedangkan rakyat terus menderita...

SANGURU said...

masej ni dah kira sampai kr antara pembaca blog ni adalah org2 yg ada kuasa. So, SAM dah buat apa menurut kapasiti kami. Marilah sama2 membantu dgn kapasiti masing2 ya. Ni la 1Malaysia...

Gaaman said...

Sanguru,
Mungkin juga 'dorang' antara pembaca blog ini, tapi dorang boleh 'pura-pura' tidak tahu 'kan?..Dan apabila perkara ini jadi isu nanti(mungkin masa pilihanraya) dorang akan katakan tiada sapa-sapa pun yang menyuarakan masalah ini. Harapan saya SAM lebih proaktif dan beberapa langkah ke depan berbanding 'dorang-dorang'. Istilah 'saya fikir atau saya yakin atau kira dah sampai la tu' bahawa masalah ini dorang tau akan memakan diri dan mengecewakan..Come on...SAM mampu lakukan lebih drpd 'harap-harap'saja!!.

TULUN SOKID said...

Saya setuju SAM ketengahkan perkara ini lebih lanjut.
C gaman ini pun apa kurangnya juga. tetapi tau cakap saja. Sayang ba.

Aldusuni said...

suara kami, suara mereka ..