SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, July 19, 2009

Nature versus Nurture

Salam SAM. Selamat bertemu kembali. Setelah agak lama 'bertapa', saya berasa terpanggil (meminjam istilah TB...hehe) untuk keluar dari pertapaan apabila membaca soalan dalam "Bincang2 Hujung Minggu" oleh rakan SAM dan juga melihat gambar2 dari Lensa Minda oleh sdr Aldusuni yang antaranya ada memaparkan budaya lepak pelajar2 masa kini. Gambar yang bukan diambil di tempat orang tapi memang original, diambil on the spot di daerah kita sendiri, yang secara tidak langsung menggambarkan betapa semakin bobrok (meminjam istilah Sanguru...banyak pinjam pula kali ni...hehe) anak-anak muda dewasa ini. Rasa terpanggil ini juga adalah ekoran daripada 'sembang2' antara saya dengan seseorang sebentar tadi yang menceritakan kepada saya secara terperinci tentang kisah kejadian di sebalik tabir "rakaman kes rogol(?) pelajar oleh pelajar dengan menggunakan telefon bimbit", kisah yang pernah dipaparkan dalam SAM beberapa minggu lalu oleh LM. Lebih teruk lagi rakaman itu juga malah ada di upload dalam internet(mungkin di you tube) tetapi sudah di delete selepas beberapa waktu. Saya tidak berniat mengulas lebih jauh lagi tentang di mana, siapa dan bagaimana kejadian itu berlaku (walaupun saya tahu jawapannya) kerana bukan itu tujuan saya menulis entry ini. Apa yang bermain2 dalam fikiran saya sepanjang perbualan tadi ialah "nature versus nurture". Bila berlaku kejadian seumpama ini yang merupakan satu refleksi budaya rosak di kalangan pelajar, salahkan siapa? Adakah salah kerana pelajar itu gagal mengawal nafsu semulajadi (nature) atau salahkan faktor sekeliling terutamanya ibubapa yang gagal memberikan bimbingan yang betul kepada anak2 (nurture)? Jika salah nature, maka ibubapa pasti akan menjadikan itu sebagai excuse untuk menyalahkan anak2. Saya pernah mendengar ibubapa mengatakan seperti ini bila anak mereka didapati melakukan sesuatu yang mengaibkan mereka, "andang-andang bah anak kami X itu keras kepala. Macamana pun kami cakap, tetap tidak mau dengar. Semulajadi begitu dari kecil." Persoalannya, semudah itukah ibubapa harus berputus asa lalu mengabaikan tanggungjawab dan kemudian membenarkan diri dengan menyalahkan anak2 tanpa melihat kelemahan sendiri? Bagaimana kalau orang luar mengatakan "ah, tidak hairan bah itu berlaku, like father like son, like mother like daughter (bapa borek anak rintik)"? Jika salah nurture, anak2 pula akan mengambil kesempatan melakukan kejahatan akibat kelemahan ibubapa mendidik mereka. Ibubapa sibuk bekerja mencari nafkah hidup, anak2 pula sibuk bekerja mencari masalah. Ibubapa ketagih meminum minuman keras, anak2 pula ketagih menghisap gam dan dadah. Malah terdapat juga segelintir pelajar di daerah kita yang dikatakan terlibat menjual pil2 khayal yang membahayakan kesihatan mental dan sosial. Bila semakin parah dan menuai akibat perbuatan salah, dengan mudah menuding jari kepada ibubapa sebagai punca di atas segala-galanya. Benarkah itu salah ibubapa kerana gagal memberikan asuhan yang betul? Sekadar untuk renungan, saya tertarik untuk berkongsi tentang sebuah kisah benar yang saya pernah baca berlaku di negara barat suatu ketika dulu. Ada dua orang adik-beradik, Mr A dan Mr B yang dibesarkan oleh seorang bapa yang ketagih meminum minuman keras. Sejak kecil kedua-dua anak ini tidak pernah mendengar bapa mereka bercakap dengan baik. Setiap perkataan yang keluar dari mulut bapa itu adalah kasar, tidak senonoh dan menyakitkan kerana dia sering mabuk2. Tidak hairan jika Mr A membesar menjadi seorang penjenayah terkenal, sering keluar masuk penjara persis seperti bapanya. Namun, sebaliknya yang berlaku kepada Mr B kerana dia berjaya menjadi seorang pelajar cemerlang dan akhirnya menjadi seorang professor yang terkenal. Ramai orang hairan dan sukar untuk mempercayai perbezaan besar di antara kedua-dua anak ini. Pada suatu hari kedua-dua anak ini ditemuramah dan ditanya satu soalan yang sama. Wartawan: Apa yang menyebabkan dan mendorong anda menjadi seperti diri anda pada hari ini? Jawapan kedua-dua anak ini juga sama. Mr A: Kerana saya mempunyai bapa seperti bapa saya. Mr B: Kerana saya mempunyai bapa seperti bapa saya. Mengapa 2 orang anak dengan jawapan yang sama menjadi dua orang yang berbeza tingkah lakunya? Fikir-fikirkanlah....nature versus nurture...persoalan yang tidak ada noktahnya.

8 comments:

SANGURU said...

seperti biasa, sdri mengupas isu dengan amat baik, tepat dan bersifat "inkuiri pembelajaran". Tahniah dari SAM.

Tulunbunou said...

Mcm mana jika kita membuat satu ceramah motivasi khas utk remaja daerah Kota Marudu?

SANGURU said...

Boleh diatur. Selepas program Ngo di Ranau, dan seleps program KUSNET main radio 48 jam.

JMimie said...

Thanks Sanguru di atas penghargaan ikhlas yg diberikan.

Memang bagus kalau ceramah motivasi itu dpt direalisasikan TB. Kita tunggu yg terbaik dari SAM.

Little Mike (LM) said...

pada peringkat ini (perbezaan karekter), kejayaan membina sahsiah diri adalah datang daripada karekter yang kuat, dijayakan oleh anak yg baik. Dan saya percaya TIDAK MUDAH untuk melepasinya.

Tulunbunou said...

Sanguru,Jmimie, LM,
Siap sedia setiap masa..berbakti kepada nusa dan bangsa..

gaaman said...

alangkah baiknya kalau SAM, sanggup untuk mengambil peranan dan merasa bertanggungjawab agar dapat mengubah Mr A(yang mungkin wujud d KM) kepada Mr B..

Jurayina Mimie Mabin said...

Sdr Gaaman,

SAM usahakan apa yg terbaik dan yg mampu dilakukan. Bukan kerana mengharapkan apa2 imbalan tetapi kerana niat ikhlas mahu melihat permata bangsa kita menjadi org2 yg berguna utk bangsa, agama dan negara. Namun, untuk membentuk apalagi mengubah karakter seorang bukan mudah jika tidak dilakukan sejak awal usia hingga dewasa. Dan org yg paling dekat dan wajib melakukan peranan itu adalah ibubapa/keluarga sendiri dan disokong oleh masyarakat sekeliling spt SAM. Semoga tulisan2 dan paparan dlm SAM dpt dilihat sbg salah satu usaha kami ke arah membina akhlak mulia permata2 bangsa yg kita sayangi. Sama2lah kita menjinjing, memikul dan melaksanakan tanggungjawab ini. Thank you.