SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, July 4, 2009

"PEMBACA DIUTAMAKAN, KERJA TIDAK CINCAI..."

"BUDAYA LAHIR DARI KEBIASAAN..." Oleh: Tekong SAM Berkat sepakat dan kerja kuat, SAM berubah. Lebih teratur dan lawa. Semua ini dilakukan untuk memenuhi citarasa pembaca. Agar pembaca senang dan puas hati. Sebab kami pegang pada prinsip - "PEMBACA DIUTAMAKAN...KERJA TIDAK CINCAI" Apapun kerja akan jadi bagus kalau ada budaya kerja cemerlang. Orang Jepun misalnya memang sangat pentingkan kecemerangan kerja. Mungkin inilah yang diadaptasi oleh seorang Anak Marudu - sdr. Illie, staf SAM yang kini di Kyoto, Jepun. "Budaya" pula lahir dari kebiasaan. Bak kata orang Melayu: "siakap senohong, gelama ikan duri..." (pembaca sambunglah sendiri ya...). Nah, kalau kita biasa buat kerja dengan teliti, cermat, hati-hati dan sungguh-sungguh maka ia akan menjadi budaya kerja kita secara individu. Bila ramai individu berbudaya macam kita, maka lahirlah budaya kerja di peringkat kumpulan atau komuniti, dan bila sebuah bangsa ada budaya kerja sedemikian, maka barulah dikatakan BUDAYA BANGSA. Bukan mudah membudayakan bangsa. Perlu ada pendidikan. Mesti ada "role model". Harus ada galakan dan insentif. Tun Mahathir pun mengakui gagal membina sebuah bangsa khususnya bangsa Melayu yang diimpikannya (mempunyai budaya-budaya yang terpuji). Namun usaha mesti diteruskan di semua peringkat. Di peringkat SAM kami akan menyokong semua usaha ke arah melahirkan bangsa Malaysia yang berbudaya mulia dan pada masa yang sama menolak budaya yang tidak wajar misalnya...BUDAYA KERJA CINCAI...BUDAYA "BIARLAH BAHHH..."...BUDAYA "TAK APAISME"....BUDAYA DENGKI...dan sebagainya.

3 comments:

Anonymous said...

sokong SAM. Semoga terus aktif membudayakan masyarakat

Umar al-Longobi said...

tahniah tekong! inilah yg dikatakan sbg "keanjalan". dasar x berubah tapi pendekatan dipelbagaikan...

Anonymous said...

Berkaitan dgn cukai pintu, DO baru buat penerangan kerja-kerja dari rumah ke rumah oleh majlis daerah baru2 ini bertujuan utk membuat jangkaan sewa yg boleh dikenakan oleh rumah terlibat jika ingin mengenakan sewa kepada penyewa. Sebrg kekeliruan mereka salahkan PR majlis daerah. Jadi sekarang mereka mencari alasan setelah menerima banyak komen & memungut duit bantahan. SAM tolong rujuk lebih lanjut. kita boleh saman mereka jika perlu