SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, July 25, 2009

PENGAJARAN DARI PULAU TIOMAN

Apa khabar semua? Lama tidak mencoret di dalam SAM. Maklumlah dihambat dengan sedikit kesibukan. Syukurlah, SAM semakin matang dan berkembang sekarang. Penulis berbakatnya semakin bertambah, kegiatan offlinenya terus diaktifkan dan jaringan kerjasama dengan rakan-rakan luar KM bertambah erat. Ini satu petanda yang baik dan kita mengharapkan agar impaknya nanti akan dapat menyatukan Permata-Permata Bangsa Utara khasnya dan Sabah amnya di dalam rangka mengangkat peradaban rakyat. Sebenarnya saya baru balik dari Pulau Tioman. Sebuah pulau yang dikatakan sebagai antara terindah di dunia. Berdasarkan pemerhatian saya, 85 % pengunjung pulau tersebut adalah dari luar negara. Berada di Pulau Tioman adalah sama seperti kita bercuti di luar negara. Bermula dari bangsanya, budayanya, makanannya dan lain-lain lagi. Semua itu ala-ala kebaratan. Saya sempat bertanya kepada seorang rakan, "Kenapa kurang malaysian di sini?". Dengan selamba dia menjawab, "Sebabnya malaysian takde (kurang) duit.". Memang betul, bukan sedikit belanja jika hendak ke pulau itu. Makan malam untuk satu keluarga sahaja lebih kurang RM 700.00. Kalau saya seorang, RM 700.00 itu boleh menampung perbelanjaan dapur saya selama 3 bulan. Tapi, bagi mereka nilai itu sama sahaja dengan 70 sen. Demikianlah gambaran kasar berkenaan dengan Permata Bangsa dari negara luar. Saya percaya, sebahagian besar mereka adalah dari negara penjajah. Kalau dulu nenek moyang mereka menjajah kita secara fizikal, sekarang cucu mereka pula menjajah kita secara minda. Dengan membawa budaya hidup yang songsang dengan nilai-nilai agama dan ketimuran. Tapi, adakah mereka bersalah dalam hal ini? Tidak... kita tidak boleh salahkan mereka 100%. Mereka tidak pun melanggar undang-undang negara kita. Sekarang izinkan saya bertanya, di manakah status Permata-Permata Bangsa Marudu? Jawablah dengan jujur... Di mana mereka (Permata luar) berada, kita pasti akan melihat mereka berada dalam keseronokan. Ya, memang budaya hedonisme itu bakal menghancurkan diri dan bangsa. Tapi logiknya, mereka 'layak' berbuat demikian. Kerana mereka lebih maju ratusan tahun ke depan berbanding bangsa kita. Yang menggusarkan, apabila bangsa itu masih dicengkam dengan kemunduran tapi gaya hidupnya mengalahkan `urang putih`. Permata Bangsa Marudu, ingatlah! Masa berseronok untuk kita belum tiba lagi. Sekarang adalah masa untuk bekerja kuat bagi membangunkan rakyat Marudu samada dari segi minda atau fizikal. Sanggupkah kita melihat orang kencing dan menari-nari di atas kubur kesengsaraan rakyat Marudu? Bersama kita renungkan...

3 comments:

baYou said...

harap para permata marudu SANGGUP dan BERSEDIA mengongsikan ilmu yang ada..jangan disimpan saja. Juga elakkan sama sekali lupa Daratann..

Umar al-Longobi said...

terima kasih bayou. kita harap begitulah jadinya. mari kita berganding bahu...!

Little Mike (LM) said...

apakah kita melihat sahaja pencapaian mereka 20 tahun lebih ke depan?