SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, July 30, 2009

Permata Bangsa Sabah Utara, Ke Arah Permufakatan!

Selamat malam!
Permata Bangsa Sabah utara ke arah permuafakatan. Demikianlah perkembangan terkini yang berlaku dan ternyata ia telah menarik perhatian banyak pihak. Samada luar atau dalam Sabah. Sebelum itu, mana yang betul "Utara Sabah" atau "Sabah utara"? Ahhh... tidak kisahlah. Perkara kecil saja. Yang penting maksud kita sama. Tapi, saya lebih selesa menggunakan "Sabah utara" berdasarkan undang-undang nahunya. Baik, tiga daerah yang utama di zon ini iaitu, Kota Marudu, Pitas dan Kudat.
Daerah ini adalah daerah berjiran. Adat berjiran... apabila jiran susah, rumah sebelah akan terkena tempiasnya. Sekurang-kurangnya rasa kesedihan. Apabila jiran senang... rumah sebelah juga akan terasa percikannya, sekurang-kurangnya rasa kegembiraan. Lebih kuranglah situasinya daerah-daerah yang terdapat di Sabah utara. Susah dan senang yang ditanggung oleh salah satu daerah ini, pasti akan memberikan impak besar kepada daerah lain.
Atas sebab itu, permuafakatan khususnya di antara ketiga-tiga daerah itu harus diperkasakan bagi bersama-sama membangunkan zon ini samada dari aspek ekonomi, sosial, politik dan seumpama dengannya. Tahniah kepada Permata Bangsa Kota Marudu dan Pitas. Jalan kesatuan itu telah mula kita lihat. Diharapkan ia akan mencapai matlamat yang digariskan dan berakhir dengan kejayaan. Tinggal lagi, Kudat. Saya percaya atas komitmen yang ditunjukkan, sedikit masa lagi Permata Bangsa dari tiga daerah ini akan dapat disatukan.
BERSATU MENENTANG KEMISKINAN DAN KESUSAHAN!

11 comments:

Jura said...

BERSATU KITA TAGUH BACARAI KITA ROBOH.KAMU MESTI USAHAKANBERSATU.BANYAKTU KEBIH GAGAH DR SEDIKIT.ALANG-2 MENCELUP TONSOMBIAR SAMPAI DIPANGKAL LENGAN.

Anonymous said...

Kalau jiran itu penyemburu???

Mr. Aki Abad 21 said...

kasi bangun ini utara sanang saja;
1. semua manusia d utara barsatu, inda kira agama, bangsa dan pahaman pulitik. bangun dari tidur, bangun dari angan2, bangun dari KALAU... ini untuk manusia saja. munyit, ular,katak,karabau, kuda,ayam, kambing inda tarmasuk......paham kan ?

2.kapandaian semua manusia utara kasi gabung, jangan kasi tampias2 sana siniiiiii.....maksudnya kasi bulat sampai jadi bula..satu kali tandang gunung kinabalu mangagar...paham kan ?

3. jangan banyak buat tiori, banyaknan kasi pulas itu tanaga, kasi pulas itu pikiran, kasi pulas itu garakan untuk kasi laksana apa yg mau d buat.... paham kan ?

akhir sakali, kalau barjilid-jilid buku tiori...kalau inda d buat indada guna. paham ba kan maksud mr. aki ....

biar cakap sikit tapi ada bukti ....mr. aki suda tua dan banyak x dangar carita kusung....

PANDIKAR said...

En. Aki.

{Buang yang keruh, ambil yang jernih. Siapa pun kita, marilah berjuang mengikut kapasiti masing2 tanpa perlu memperlekehkan orang lain}-Dr.Nelison

ison said...

Sesungguhnya kesatuan adalah kekuatan. Teruskan perjuangan membela rakyat.

Umar al-Longobi said...

"Ujub" merupakan penyakit yg biasa menyerang para pejuang. Penyakit ini amat bahaya. Berhati2lah...

Umar al-Longobi said...

Mr. Aki,

komen sdr bernas sekali. sy amat bersetuju dari no. 1 hingga 3. jika hanya banyak berteori, samalah spt sepohon pokok yg tidak berbuah. ya, kita kerja dan kerja lagi. Mr. Aki merupakan seorang pekerja yg rajin. semoga anak2 muda dapat mencontohinya. teruskan!

Gaaman said...

mulakan dgn aktiviti kecil-kecilan dulu utk memperkenalkan keindahan dan keunikan(segi budaya suku kaum yg ada di Utara Sabah) teluk marudu. NGO(pengerusi gabungan org kita juga 'kan) boleh mulakan dgn membawa gabungannya ke Teluk Marudu utk aktiviti perjumpaan/bengkel/seminar/riadah dll...

Umar al-Longobi said...

Terima kasih Gaaman.

Anonymous said...

ada yg salah sangka pulak.. utara.fm tu ada yang ingat negeri utara malaysia iaitu kedah, perlis dan penang...LOL..

Little Mike (LM) said...

sya memang sejak kebelakangan ini (selepas pelancaran dan nama diubah kepada utara.fm) selalu berfikir akan ada orang ingat utara.fm itu di utara semananjung..

apa inisiatif komuniti utara Sabah? penjenamaan semula mungkin diperlukan atau tambahan sesuatu untuk mengesahkan status 'keutaraan'merujuk kepada utara Sabah..